Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita: TAFSIR MIMPI TAWAF KAABAH

Soal Jawab Fiqh Wanita: TAFSIR MIMPI TAWAF KAABAH

55
1

🔴 Bolehkah sheikh tafsir mimpi saya ini?

Saya bermimpi mengerjakan tawaf di Kaabah bersama suami. Mereka yang bertawaf di situ semuanya berbangsa Arab kecuali saya dan suami.

Apabila terjaga daripada tidur, saya berasa gembira sangat seolah-olah saya benar-benar telah berada di sana kerana dengan jelas suasana Mekah dan Kaabah itu.

Untuk pengetahuan sheikh, saya dan suami belum pernah lagi ke sana.


Mimpi melaksanakan rukun Islam mengandungi dua maksud:

1. Mimpi mainan akal sebab apabila kita teringin sangat hendak ke Mekah, maka ia terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Contoh:
Kita teringin sangat hendak melihat Taj Mahal, Haya Sofia, maka bermimpi pergi ke Taj Mahal atau Haya Sofia di Istanbul. Oleh itu, bila teringin sangat hendak ke Mekah mengerjakan Umrah atau Haji, jadi ia akan terbawa-bawa ke alam mimpi.

2. Mimpi yang sahih.
Seseorang yang bermimpi mengerjakan haji, tawaf saie adalah orang yang telah menyempurnakan agamanya. Ini bermakna agamanya telah lengkap dan diterima sebagai Muslim serta bersama dengan bangsa pilihan Allah‎ ﷻ yakni bangsa Arab, bangsa yang diangkat nabi akhir zaman.

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito 

 

1 KOMEN

  1. Assalamualaikum.. saya nak bertanyakan mengenai mimpi yg saya alami berulang kali. Saya kerap bermimpikan seorang kawan lelaki yg dikenali di tempat kerja. Diikutkan sebelum ini kami berurusan atas sebab kerja. Selepas beberapa lama, kami tidak lagi berurusan. Dalam tempoh tersebut, saya kerap bermimpikan dia. Dalam mimpi tu saya dan dia kelihatan sedih (saya pun tidak faham maksud mimpi tersebut). Kami memang tidak berhubung. Hanya baru2 ini dia ada bertemu saya bertanyakan khabar dan keadaan bekerja sekarang. Tidak lama selepas itu saya bermimpikan dia lagi. Pada 1 hari, dia ada luahkan masalah dia kepada saya. Dia minta saya berjanji untuk rahsiakan daripada sesiapa. Saya faham, masalah yg dihadapinya perlukan masa untuk diselesaikan. Sekarang ni, kami berhubung seperti biasa shj. Disebabkan kerap mimpikan dia buat saya jadi tertanya2 apa makna tersurat dan tersirat. Untuk makluman, saya dan kawan saya telah berkahwin. Hanya disebabkan mimpi tersebut saya rasa berbelah bahagi utk berurusan kerja dengannya selepas ini. Saya harap ada pandangan dapat diberi… Saya ada buat solat istikharah dan hajat. Kadang2 sy tertanya, adakah kawan saya ini suka pada saya atau sekadar menjadikan saya tempat dia meluahkan masalah yg sedang dihadapinya… Saya buntu

Komen dan Soalan