Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) SIRI LA TAHZAN: Bab 204 — Erti Kehidupan Yang Baik (مفهم الحياة...

SIRI LA TAHZAN: Bab 204 — Erti Kehidupan Yang Baik (مفهم الحياة الطيبة)

216
0
Iklan

La Tahzan 204-1: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

يقولُ أحدُ أذكياءِ الإنكليزِ : بإمكانك وأنت في السجنِ منْ وراءِ القضبانِ الحديديةِ أنْ تنظُرَ إلى الأُفُقِ ، وأنْ تُخْرِج زهرةً منْ جيبِك فتشُمَّها وتبتسم ، وأنت مكانك ، وبإمكانِك وأنت في القصْرِ على الديباج والحريرِ ، أنْ تحتدَّ وأنْ تغضب وأنْ تثور ساخطاً منْ بيتِك وأسرتِك وأموالِك

Berkata seorang tokoh pemikir Inggeris (majhul/tidak diketahui siapa), “Katakan anda terpenjara dalam jeriji besi, anda masih boleh memandang ke luar dan mencium bau bunga-bungaan. Begitu juga sebaliknya, anda boleh berada di istana yang dikelilingi kemewahan, tetapi anda mengalami kemurungan kerana pelbagai masalah rumahtangga, keluarga dan harta.

إذنْ السعادةُ ليستْ في الزمانِ ولا في المكانِ ، ولكنَّها في الإيمانِ ، وفي طاعةِ الدَيَّانِ ، وفي القلبِ . والقلبُ محلُّ نظرِ الرَّبَّ ، فإذا استقرَّ اليقينُ فيه ، انبعثتِ السعادةُ ، فأضفتْ على الروح وعلى النفسِ انشراحاً وارتياحاً ، ثمَّ فاضتْ على الآخرين ، فصارتْ على الظِّرابِ وبطونِ الأودية ومنابتِ الشجرِ

Maka sebenarnya kebahagiaan itu tidak terletak pada masa dan tempat, akan tetapi kebahagiaan berada dalam hati iaitu hati yang beriman, taat dan hati berpusatkan penilaian Tuhan. Kemudian muncullah kebahagiaan yang mengalirkan kedamaian dan keteduhan dalam jiwa dan rohnya. Selepas itu kebahagiaan akan terpancar ke segenap bukit, lembah dan pepohon.

 

La Tahzan 204-2: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

Kehidupan sederhana (simple) Imam Ahmad رحمه الله

أحمدُ بنُ حنبل عاش سعيداً ، وكان ثوبُه أبيض مرقَّعاً ، يخيطُه بيدِهِ ، وعندهُ ثلاثُ غُرفٍ منْ طينٍ يسكُنها ، ولا يجدُ إلا كِسرَ الخُبْزِ مع الزيتِ ، وبقي حذاؤه – كما قال المترجمون عنهُ – سبع عشرة سنةً يرقِّعها ويخيطُها ، ويأكلُ اللحم في شهرٍ مرَّةً ويصومُ غالب الأيامِ ، يذرعُ الدنيا ذهاباً وإياباً في طلَبِ الحديثِ ، ومع ذلك وجد الراحة والهدوء والسكينة والاطمئنان ؛ لأنهُ ثابتُ القدم ، مرفوعُ الهامةِ ، عارفٌ بمصيرِه ، طالبٌ لثوابٍ ، ساعٍ لأجرٍ ، عاملٌ لآخرةٍ ، راغبٌ في جنَّةٍ

(Imam) Ahmad bin Hanbal رحمه الله hidup bahagia meskipun jubahnya penuh dengan tampalan jahitan sendiri, rumah tanah liat tiga bilik miliknya, makanan harian roti dengan minyak zaitun, kasut yang dipakainya jahitan sendiri dan dipakai selama 17 tahun, makan daging cuma sebulan sekali, banyak berpuasa dan kerap kembara untuk urusan hadith. Walaupun demikian, beliau merasai kehidupan yang sejati, sakinah, hati yang berwawasan dan sentiasa memburu pahala dalam mengejar akhiratnya.

 

La Tahzan 204-3: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

وكان الخلفاءُ في عهدِه – الذين حكموا الدنيا – المأمونُ ، والواثقُ ، والمعتصمُ ، والمتوكلُ عندهم القصورُ والدُّورُ والذهبُ والفضةُ والبنودُ والجنودُ ، والأعلامُ والأوسمةُ والشاراتُ والعقاراتُ ، ومعهمْ ما يشتهون ، ومع ذلك عاشُوا في كَدَرٍ ، وقَضَوْا حياتَهم في همٍّ وغمٍّ ، وفي قلاقل وحروبٍ وثوراتٍ وشَغَبٍ وضجيجٍ ، وبعضُهم كان يتأوَّهُ في سكراتِ الموتِ نادماً على ما فرَّط ، وعلى ما فعل في جنبِ اللهِ

Sebaliknya para khalifah (dinasti Abbasiah di zaman Imam Ahmad رحمه الله) yang berada di persada dunia, seperti al Ma’mun, al Mu’tashim, dan al Mutawakkil memiliki segalanya, istana mewah, emas perak, segala kemewahan termasuk tentera. Akan tetapi kehidupan sebenar mereka diseliputi kecemasan, kegelisahan kerana sentiasa diancam peperangan, rampasan kuasa, pemberontakan dan pelbagai kekacauan. Bahkan sebahagian mereka mengeluh pada saat sakaratul maut lantaran kerana penyesalan atas kecuaian dan perlanggaran terhadap Allah ‎ﷻ.

 

La Tahzan 204-4: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

Kehidupan zuhud Imam Ibn Taymiyah رحمه الله

ابنُ تيمية شيخُ الإسلامِ ، لا أهل ولا دار ولا أسرة ولا مال ولا منصب ، عندهُ غرفةٌ بجانبِ جامعِ بني أمية يسكنُها ، ولهُ رغيفٌ في اليومِ ، وله ثوبانِ يغيِّر هذا بهذا ، وينامُ أحياناً في المسجدِ ، ولكنْ كما وَصَف نفسه : جنَّتُه في صدرِه ، وقتْلُه شهادةٌ ، وسجْنه خِلْوةٌ ، وإخراجهُ منْ بلدِهِ سياحةٌ ؛ لأن شجرة الإيمانِ في قلبِهِ استقامتْ على سُوقِها ، تُؤتي أُكُلَها كلَّ حينٍ بإذنِ ربِّها يمُدُّها زيتُ العنايةِ الربانيةِ

Berbeza pula dengan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah رحمه الله (w.728H, Damshiq) tidak memiliki apa-apa, baik keluarga, rumah, kekayaan dan pangkat. Beliau menumpang sebuah bilik di Masjid Banu Umayyah, memiliki dua helai jubah dan memakan sebuku roti sehari. Beliau menceritakan siapa dirinya (جنَّتُه في صدرِه ، وقتْلُه شهادةٌ ، وسجْنه خِلْوةٌ ، وإخراجهُ منْ بلدِهِ سياحةٌ) “Syurga ada dalam dada, jika dibunuh syahid, penjara adalah khalwah, buang daerah adalah pelancongan”. Ini kerana pohon imam sudah mantap dalam dadanya yang sentiasa mengeluarkan buah setiap waktu kerana keizinan dan pertolongan Rabbani.

Firman Allah ‎ﷻ

كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

“Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.” [47:2]

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ

“Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya.” [47:17]

 

La Tahzan 204-5: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

Kisah Kezuhudan Abu Dzar رضي الله عنه

خرج أبو ذرٍّ رضي اللهُ عنه وأرضاهُ إلى الرَّبذةِ ، فنصب خيمتهُ هناكَ ، وأتى بامرأتِه وبناتِهِ ، فكان يصومُ كثيراً من الأيامِ ، يذكُرُ مولاهُ ، ويسبِّحُ خالقهُ ، ويتعبَّدُ ويقرأُ ويتلو ويتأمَّلُ ، لا يملكُ من الدنيا إلا شمْلةً أو خيمةً ، وقطعةً من الغنمِ مع صحْفةٍ وقصْعةٍ وعصا ، زارَهُ أصحابُه ذات يوم ، فقالوا : أين الدنيا؟ قال : في بيتي ما أحتاجُه من الدنيا ، وقدْ أخبرنا – صلى الله عليه وسلم – أنَّ أمامنا عقبةً كؤوداً لا يجيزُها إلا المُخِفُّ .

Kisah Abu Dzar رضي الله عنه yang membawa diri ke wadi Rabdzah (di pinggir kota Madinah), membawa bersamanya isteri dan anaknya. Beliau kembali hidup secara badwi (duduk dalam khemah) dan kegiatan harian dengan beribadah kepada Allah ‎ﷻ. Ketika beberapa sahabat mengunjunginya bertanya khabar, bertanyakan mana harta duniamu? Abu Dzar menjawab, tidak ada apa-apa, kecuali apa yang aku perlukan sahaja (keperluan asas) kerana beliau teringat pesan nabi ﷺ kepadanya bahawa di hadapan nanti ada halangan yang sukar kecuali orang yang meringankan bebanan dunianya.

————————————————

* Abu Dzar atau nama sebenar, Jundub bin Junadah, sahabat besar, daripada suku Ghifar di pergunungan utara Madinah terkenal dengan seorang yang zuhud dan ketika beliau berada di Syria, beliau selalu menyusahkan pentadbiran Muawiyah bin Sufyan kerana mengkritik gaya hidup mewah Muawiyah. Maka Muawiyah mengirim berita kepada Khalifah Uthman رضي الله عنه di Madinah supaya membawa pulang Abu Dzar رضي الله عنه ke Madinah. Apabila tiba di Madinah, Abu Dzar رضي الله عنه pula mengkritik pentadbiran Uthman رضي الله عنه. Selepas perbincangan dengan Uthman رضي الله عنه, maka Abu Dzar رضي الله عنه memilih untuk mengasingkan dirinya ke wadi Rabdzah, sebuah wadi yang terpencil, tiada seorang manusia pun di sana, hanya bersama isteri dan anaknya. Beliau wafat di wadi tersebut.

Komen dan Soalan