Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 274: Harga diri adalah Iman dan Akhlakmu (ثمنُك إيمانُك وخُلُقُك)

La Tahzan 274: Harga diri adalah Iman dan Akhlakmu (ثمنُك إيمانُك وخُلُقُك)

162
0
Iklan

🌟🌟🌟🌟

La Tahzan 274: Harga diri adalah Iman dan Akhlakmu (ثمنُك إيمانُك وخُلُقُك)

Kisah Julaibib رضي الله عنه*, si miskin yang disayangi Nabi ﷺ, walaupun beliau miskin, Nabi ﷺ mengaturkan perkahwinannya dan beberapa hari selepas perkahwinannya itu, beliau menyertai suatu ekspedisi perang dan beliau terbunuh syahid.

إنَّ ثمنَ جليبيبٍ ، إيمانُه وحبُّ رسولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – له ، ورسالتُه التي مات من أجلِها . إنَّ فقره وعدمَه وضآلةُ أسرتِه لم تُؤخِّرْه عنْ هذا الشرفِ العظيمِ والمكسب الضخمِ

Nilai Julaibib رضي الله عنه adalah pada keimanannya, kecintaan Rasulullah ﷺ kepadanya serta prinsip hidupnya (inginkan mati syahid) di mana beliau menemuinya. Kemiskinan dan kekaburan nasabnya tidak menghalang untuk meraih kemuliaan yang besar.

Firman Allah ‎ﷻ:

(فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ)

Mereka dalam keadaan gembira kerana kurniaan Allah yang diberi kepadanya.

[Ali Imran: 170]

✳️ Julaibib, disebut oleh Abul Farj Ibn Jauzi dalam kitabnya Sifatus Safwah daripada Ibn Sa’ad, ada disebut tentang Julaibib , beliau adalah lelaki daripada Bani Tsa’labah sekutu kaum Ansar Madinah. (ذكر أبو الفرج بن الجوزي في كتابه (صفة الصفوة)، عن ابن سعد قال: وسمعت من يذكر أن جليبيباً كان رجلاً من بني ثعلبة حليفاً في الأنصار), beliau tidak dikenali dan biografinya tidak ada, terbunuh dalam satu peperangan pada tahun 1 atau 2 Hijrah.

Komen dan Soalan