🔴 Adakah zakat wajib dibayar di negeri kita bekerja atau boleh memilih PPZ (Pusat Pungutan Zakat) tempat lahir/ kampung dan sebagainya?
🔷 Pada asalnya, pihak yang menguruskan zakat adalah pihak local (pihak berkuasa tempatan). Dalilnya: Perintah Nabi ﷺ ketika melantik Muaz bin Jabal ke Yaman.
..فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ (رواه البخاري (1395)، ومسلم (19))
“ Maka beritahukanlah kepada mereka, bahawa Allah ﷻ mewajibkan kepada mereka zakat yang diambil dari orang-orang kaya mereka dan diberikan kepada para faqir miskin mereka. ” (Bukhari: 1395. Muslim: 19)
Tiga mazhab iaitu Asy-Syafi’iy, Hanafi dan Hanabilah, zakat dikeluarkan di tempat bermastautin manakala Maliki pula membolehkan zakat dipindahkan ke kawasan lain jika ada maslahat berbuat demikian.
Setakat ini di Malaysia, ia urusan yang didiamkan. Maksudnya pengeluar zakat harta bebas menyalurkan zakat ke negeri-negeri yang dipilihnya. Selagi pihak penguasa tidak mengeluarkan peraturan khas menghalang pergerakan zakat maka rakyat bebas berbuat demikian berdasarkan ijtihadnya.
🔴 Bagaimanakah cara hendak berzakat di dalam bisnes/ perniagaan yang dikongsikan bersama rakan? Adakah dibahagikan mengikut jumlah harta/ modal masing-masing kemudian berzakat sendiri jika mencukupi jumlah harta yang wajib dikenakan zakat? Berapakah jumlah harta yang wajib untuk dikeluarkan zakat?
🔷 Revenue (pulangan) tolak expenses (perbelanjaan). Jika total net profit (jumlah keuntungan bersih) melebihi harga semasa 85 gm emas maka wajib zakat 2.5%. Katakan net profit RM 100,000 maka zakat 2.5%. Ini untuk accounting year (akaun tahunan) semasa prepare income statements (menyediakan penyata pendapatan).
🔴 Jikalau seseorang itu melabur di dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera), AHB (Amanah Hartanah Bumiputera) atau apa-apa sahaja jenis pelaburan adakah dividen yang diterima dan dibelanjakan wajib dikenakan zakat?
🔷 Kena zakat. Sila browse (layari) PPZ (Pusat Pungutan Zakat) seperti PPZ Selangor kerana ada calculator (cara kiraan) nya.
🔴 Adakah zakat fitrah afdal dibayar di tempat kita mencari rezeki/ bekerja?
🔷 Tempat di mana kita menyambut 1 Syawal.
🔴 Bolehkah orang yang tidak ada hubungan kekeluargaan seperti kawan membayarkan zakat fitrah kita?
🔷 Tujuan zakat fitrah adalah untuk membersihkan diri. Ruling (peraturan):
Jika anak dara yang belum bekerja yang mengeluar/ bayarkan zakat adalah walinya. Jika isteri pula suami yang keluar/ bayarkan. Jika bujang tetapi telah bekerja dia perlu keluar/ bayar sendiri. Kawan pun boleh bayarkan tetapi menjadi sedekah sahaja.
Dalil:
والعبد ممن تمونون (روى الدارقطني عن ابن عمر قال: أمر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بصدقة الفطر عن الصغير والكبير والحر والعبد ممن تمونون؛ (حديث حسن) (إرواء الغليل للألباني جـ8 حديث 835).
” Dan atas siapa saja yang kamu tanggung keperluan asas hidupnya. “
(Daruqutni, dinilai hasan oleh al albani, al Irwa’: 835)
🔴 Jika suami tidak bekerja tetapi isteri bekerja dan mempunyai seorang anak yang masih bersekolah bolehkah isteri yang membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anaknya yang masih bersekolah itu?
🔷 Boleh sahaja. Dalil hadithnya:
لَهُمَا أَجْرَانِ أَجْرُ الْقَرَابَةِ وَأَجْرُ الصَّدَقَةِ
“ Kedua wanita itu mendapatkan dua pahala iaitu pahala membantu kerabat dan pahala sedekah.” (HR. Bukhari no. 1466 dan Muslim no. 1000)
🔴 Bagi lelaki atau perempuan bujang yang belum bekerja walinya yang bayarkan dan yang sudah bekerja perlu bayar sendiri atau anak dara yang sudah bekerja pun walinya yang bayarkan zakat fitrah?
🔷 1. Status tanggungan untuk anak bujang atau anak dara yang masih di kolej dibayar oleh walinya.
2. Jika anak bujang atau anak dara sudah keluar IPT (Institusi Pengajian Tinggi) dan bekerja maka dia bayar sendiri kerana sudah ada pendapatan sendiri. Ada pendapatan sendiri itulah petanda kena bayar zakat fitrah. Untuk anak dara jika malu hendak bayar sendiri, boleh berikan duit kepada ayah sebagai wakil.
3. Zakat fitrah boleh diagihkan sendiri kepada fakir miskin atau orang yang susah. Nilai minima cuma RM7.00 sahaja. Maka apabila cari/ jumpa orang miskin maka berilah RM10.00. (jumlah ini sebagai cadangan sahaja)
🔴 Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah bagi wanita yang telah berkahwin dan tidak bekerja dan juga untuk wanita bujang?
🔷 1. Wanita status berkahwin atau surirumah yang tidak bekerja dibayar oleh suami.
2. Wanita bujang yang tidak bekerja dibayar oleh walinya.
🔴 Seseorang yang baru mengalami accident (kemalangan) kemudian mengadu yang dia tidak boleh bekerja untuk menyara anak dan isteri kerana tulangnya patah. Adakah orang ini kita boleh beri zakat fitrah?
🔷 Ini panduannya.
Fakir = tidak ada income (pendapatan) langsung
Miskin = ada income (pendapatan) tetapi 50% sahaja mencukupi untuk menyara hidup
Maka orang itu termasuk dalam golongan fakir.
🔴 Jika income (pendapatan) cukup untuk sara hidup sahaja tetapi mempunyai hutang dengan orang lain termasuk dalam golongan mana? Miskin atau fakir?
🔷 Hutang ada banyak jenis. Hutang dengan along, hutang dengan bank, loan (pinjaman) rumah atau kereta, hutang dengan sahabat handai/ kawan atau hutang dengan family (keluarga). Hutang yang mana satu?
🔴 Jika hutang dengan sahabat?
🔷 Kena faham konsep dahulu. Jika tidak, soalan akan muncul tanpa henti. Perlu faham bahawa fakir tafsirannya adalah tiada income (pendapatan) langsung manakala miskin pula mempunyai income (pendapatan) tetapi tidak dapat menampung kos hidup sepenuhnya. Hanya mampu menampung perbelanjaan 50% sahaja.
🔴 Contoh hanya mampu menampung perbelanjaan 50% itu bagaimana?
🔷 Contoh:
Kos untuk menampung sara hidup sebulan adalah RM2,000.
Pendapatan pula hanya RM1,000.
Terlebih dahulu senaraikan kos perbelanjaan seperti sewa rumah, pinjaman motosikal, bil eletrik, yuran pengajian/ tuisyen anak, kos petrol, bil astro, bil telefon dan sebagainya.
Oleh itu pendapatan dia cuma dapat menampung 50% sahaja kos perbelanjaan. Jalan penyelesaiannya adalah perlu membuat lebih daripada satu pekerjaan atau isterinya perlu bekerja.
🔴 Adakah zakat dikenakan bagi duit KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang dikeluarkan?
🔷 KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) telah ada dua skim iaitu skim caruman patuh syariah dan skim caruman konvensional. Orang Islam perlu mengambil opsyen (pilihan) syariah. Jika wang masih di dalam akaun/ caruman konvensional, maka ketika pengeluaran pada usia 55 tahun hendaklah dikenakan zakat sebanyak 2.5% ke atas jumlah yang sempurna milik.
🔴 Pengeluaran dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada umur 50 tahun dan 55 tahun. Pengeluaran semasa umur 50 tahun itu dikenakan zakat juga atau pengeluaran semasa umur 55 tahun sahaja?
🔷 Perlu dikeluar/ bayarkan zakat juga kerana sudah sempurna milik. Sebelum ini milik tidak sempurna kerana di bawah kawalan pihak KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).
🔴 Bolehkah duit zakat diberikan kepada anak kecil yang miskin berumur 10 tahun?
🔷 Golongan yang layak menerima zakat.
Asnaf 1: Golongan fakir
Asnaf 2: Golongan miskin
– Jika anak kecil dan keluarganya termasuk di dalam golongan kedua-dua asnaf ini maka memang boleh diberikan zakat.
Asnaf 3: Amil Zakat
Asnaf 4: Muallaf (orang-orang yang dilunakkan hatinya)
Asnaf 5: Untuk memerdekakan budak
Asnaf 6: Orang Yang Berhutang
Asnaf 7: Ibnus Sabil (musafir yang berada di suatu negeri dan tidak memiliki sesuatu apa pun yang boleh membantunya dalam perjalanan)
Asnaf 8: Fi sabilillah (orang yang berjuang pada jalan Allah ﷻ) termasuk rumah anak yatim
🔴 Perlukah disebut/ beritahu kepada penerima zakat tentang zakat yang kita bayar?
🔷 Hendak beritahu atau hendak rahsiakan pun boleh.
🔴 Adakah kita boleh menerima duit daripada seorang asnaf atas alasan as a token of appreciation (sebagai tanda penghargaan) kerana menolong merujukkan kes dia ke PPZ (Pusat Pungutan Zakat)? Saya berasa pelik untuk menerimanya kerana sumbernya daripada duit zakat.
🔷 Jika anda di dalam kalangan orang yang berada, maka kena tolak. Jika dia hendak beri juga, maklumkan kepada dia yang anda akan masukkan ke dalam tabung masjid.
🔴 Bolehkah zakat diberikan kepada non (bukan) muslim?
🔷 Menurut mazhab Asy-Syafi’iy tidak boleh. Mazhab yang membenarkan adalah sebahagian daripada Hanabilah dan Hanafi. Fuqaha’ kontemporari (semasa) yang mengatakan boleh ialah Dr Al Qaradhawi (fiqh zakat), Dr Abdul Kareem Zaydan (Al Mufassal) dan Dr Umar Sulaiman Al Asyqar Jordania.
Nasnya: At-Tawbah ayat 60 (… non (bukan) muslim yang akan dijinakkan hatinya..), Al-Mumtahanah ayat 8-9 dan ijtihad Khalifah Umar Al Khattab ra:
“ Sesungguhnya sedekah (zakat) itu untuk golongan fakir… ”, beliau berkata: “ Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) ” (atsar Riwayat Ibn Abi Syaibah)
إِنَّمَا الصَّدَقاتُ لِلفُقَراءِ وَالمَساكينِ وَالعامِلينَ عَلَيها وَالمُؤَلَّفَةِ قُلوبُهُم وَفِي الرِّقابِ وَالغارِمينَ وَفي سَبيلِ اللَّهِ وَابنِ السَّبيلِ ۖ فَريضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ
“ Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ” [At-Tawbah: 60]
لّا يَنهٰكُمُ اللهُ عَنِ الَّذينَ لَم يُقٰتِلوكُم فِي الدّينِ وَلَم يُخرِجوكُم مِّن دِيٰرِكُم أَن تَبَرّوهُم وَتُقسِطوا إِلَيهِم ۚ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ المُقسِطينَ
“ Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. ” [Al-Mumtahanah: 8]
إِنَّما يَنهٰكُمُ اللهُ عَنِ الَّذينَ قٰتَلوكُم فِي الدّينِ وَأَخرَجوكُم مِّن دِيارِكُم وَظٰهَروا عَلىٰ إِخراجِكُم أَن تَوَلَّوهُم ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّٰلِمونَ
“ Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. ” [Al-Mumtahanah: 9]
🔴 Apakah dalil mazhab Asy-Syafi’iy untuk tidak membolehkan memberi zakat kepada non (bukan) muslim?
🔷 Mereka menurut fatwa imam Asy-Syafi’iy di dalam Al-Umm. (kitab)
“ Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang telah masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sedekah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi ﷺ telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian daripada harta fai (harta rampasan) atau dari harta Nabi ﷺ sendiri. Bukan dari harta zakat . ” (Al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi)
Jawapan daripada:
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito
Assallammualaikum….soalan saya ialah…jika seseorang itu pndapatan sebulan kurang dari rm 1000 dan mempunyai tanggungan yang ramai..perlukah dia membayar zakat….trima kasih
Sila masuk ke bilik telegram online UiTO:
https://t.me/FiqhSunnahUiTO
Kawan saya bekerja di Australia bertanya, bagaimana cara nak bayar zakat fitrah pd tahun ini..kebiasaannya dikutip dn diserahkan kpd wakil masjid..namun tidak bagi tahun ini kerana masjid ditutup akibat virus corona..bolehkah diniatkan dn diberi kpd gelandangan yg ditemui dlm bulan Ramadan memandangkan tidak dpt ditemui asnaf2/ pihak yg wajib menerima zakat?
Boleh masuk ke bilik telegram online UiTO dgn klik link di bawah:
https://t.me/FiqhSunnahUiTO
Ustaz. Saya nak tanya. Boleh ka zakat pendapatan diberikan untuk pembinaan masjid. Terima kasih