Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah Qurthubi: Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan Dunia – Metod...

At-Tazkirah Qurthubi: Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan Dunia – Metod melembutkan hati yang keras (1)

240
0
Iklan

At-Tazkirah Qurthubi (W671H)
Kod 4.0 Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan dunia (باب ما يذكر الموت والآخرة ويزهد فى الدنيا)

4.6: Empat metod melembutkan hati yang keras 1

فصل : قال العلماء رحمة الله عليهم : ليس للقلوب أنفع من زيارة القبور و خاصة إن كانت قاسية فعلى أصحابها أن يعالجوها بأربعة أمور

Berkata ulama’ (qurthubi tidak menyatakan siapa ulama’ yang dimaksudkan), ziarah kubur memanglah ubat paling ampuh untuk melembutkan hati, akan tetapi ada 4 faktor semuanya yang boleh melunakkan hati yang keras.

أحدها : الإقلاع عما هي عليه بحضور مجالس العلم بالوعظ و التذكر ، و التخويف و الترغيب ، و أخبار الصالحين . فإن ذلك مما يلين القلوب و ينجع فيها

Pertama: Sering menghadiri majlis ilmu kerana ia sarat dengan nasihat dan peringatan dan kisah-kisah orang soleh. Majlis ilmu memberi rasa takut kepada Allah SWT, memberi motivasi. Ini semua mampu melembutkan hati dan makanan kepadanya (akal dan jiwa).”

4.6: Empat metod melembutkan hati yang keras 2

الثاني : ذكر الموت من ذكر هادم اللذات و مفرق الجماعات و ميتم البنين و البنات كما تقدم في الباب قبل ، يروى أن امرأة شكت إلى عائشة رضي الله عنها قساوة قلبها . فقالت لها : أكثري من ذكر الموت يرق قلبك . ففعلت ذلك فرق قلبها . فجاءت تشكر عائشة رضي الله عنها

Kedua: Sering mengingati mati, maka hendaklah ia perbanyakkan untuk mengingati kematian yang menjadi pemutus kelazatan. Sebuah atsar daripada Aisyah ra, seorang wanita mengadu kepada ummul mukminin betapa keras hatinya, maka berkata Aisyah, “Perbanyakkan mengingati mati kerana ia melunakkan hati kamu”. Lantas wanita tersebut beramal dengan nasihat Aisyah ra dan hatinya menjadi lembut. Dia kemudian berterimakasih kepada Aisyah ra. (Atsar Riwayat Imam al Ghazali dalam Ihya’ Uloomiddin, [ 4:412 ], juga Ibn Rajab al Hanbali dalam Zamm al Qaswah al Quluub, ms 27)

Komen dan Soalan