Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran CAHAYA ISLAM MERDEKAKAN WANITA DARI ZON BUANGAN DAN KEZALIMAN

CAHAYA ISLAM MERDEKAKAN WANITA DARI ZON BUANGAN DAN KEZALIMAN

240
0
Iklan

TAZKIRAH HARIAN UiTO:

~Tadabbur Kalamullah 15 Rabiulawwal 1437H~

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ * بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, – kerana dosa apakah mereka dibunuh?”[Surah at-Takwir 8-9]

#Diantara tradisi masyarakat Arab jahiliyah yang sangat sadis ialah menguburkan anak perempuan hidup-hidup. Perilaku ini layak disebut sebagai puncak kekerasan hati, kasarnya perangai dan puncak kekejaman.

#Antara alasan mereka melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu ialah:

1. Bimbang kelak dia akan menjadi tawanan musuh dalam peperangan beerti ayahnya telah mendapat aib yang sangat memalukan. (Rujuk tafsir Ruuhul Ma’ani dan Tarikh al-Arab Qablal Islam)

2. Kerana kesulitan mencari rezeki atau disebabkan kesulitan hidup (Rujuk surah al-An’am 151 dan al-Israk 31)

3. Kerana kecacatan si anak seperti warna kulitnya yang hitam, tempang, lumpuh atau lain-lain kecacatan.

#Adat dan tradisi kejam ini hilang tatkala setelah kedatangan Islam kerana Islam sememangnya mengharamkan dan mengecam perbuatan tersebut.

#Dengan cahaya Islam yang dibawa dan diperjuangkan oleh Rasulullah saw, dunia mengetahui bagaimana nikmatnya kehidupan kaum wanita di bawah naungan Islam. Islam telah menjaga dan meletakkan wanita pada darjat yang tinggi di mana Islam mengakui hak asasi dan hak-hak kekeluargaan mereka secara sempurna serta menjaga mereka daripada perlakuan yang menjadikan mereka sekadar barang dagangan, barang buangan, barang hinaan, objek seks dan tempat memuaskan hawa nafsu semata-mata.

#Wanita di sisi Islam dilihat sebagai golongan yang memiliki peranan yang amat besar dalam pembentukan tokoh-tokoh yang kelak mampu menggerunkan musuh di malam hari mahupun di siang hari.

♡Allahumma Solli ‘Ala Muhammad wa’ala aali Muhammad. Tidak terbalas jasamu ya Rasulullah♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Allah SWT berfirman:

قُلْ تَعَالَوْا اَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ اَ لَّا تُشْرِكُوْا بِهٖ شَيْئًـــا وَّبِالْوَالِدَيْنِ اِحْسَانًا  ۚ  وَلَا تَقْتُلُوْۤا اَوْلَادَكُمْ مِّنْ اِمْلَاقٍ ۗ  نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَاِيَّاهُمْ  ۚ  وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ  ۚ  وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِيْ حَرَّمَ اللّٰهُ اِلَّا بِالْحَـقِّ   ۗ  ذٰ لِكُمْ وَصّٰٮكُمْ بِهٖ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ

Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.”

(QS. Al-An’am 6: Ayat 151)

Allah SWT berfirman:

وَلَا تَقْتُلُوْۤا اَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ اِمْلَاقٍ ۗ  نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ  وَاِيَّاكُمْ ۗ  اِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْاً كَبِيْرًا

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.”

(QS. Al-Isra’ 17: Ayat 31)

Komen dan Soalan