Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim TANGGUNGJAWAB DAN HAK HAIWAN PELIHARAAN

TANGGUNGJAWAB DAN HAK HAIWAN PELIHARAAN

558
0
Iklan

~Tadabbur Kalamullah 10 Rabiulawal 1437H~

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ ۚ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)”
[Surah al-An’am 38]

#Ayat ini memaklumkan bahawa haiwan juga mempunyai nilai dan haknya. Maka manusia mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap binatang.

#Tanggungjawab dan hal ehwal binatang:

1. Memberikan makan dan minum
2. Mengasihi binatang
3. Tidak sekali-kali menyeksa binatang
4. Memahami perasaan binatang
5. Tidak membunuh dengan dibakar menggunakan api
6. Pastikan binatang peliharaan tidak mengganggu orang lain
7. Membayar ganti rugi jika haiwan peliharaan menyebabkan kerosakan atau kerugian pada orang lain

#Ya’la bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yang datang kepada Nabi dengan berlinangan air mata. Rasulullah bertanya:”Dimana pemilik unta ini? Ia mengadu kepadaku banyaknya kerja dan sedikitnya makanan yang diberikan kepadanya. Berbuat baiklah kepadanya(HR Ahmad)

#Terdapat kisah sahih dalam hadis al-Bukhari dan Muslim mengenai seorang perempuan dihumbankan ke neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati tanpa diberi makan dan minum.

Pastikan hukum hakam dalam pemeliharaan binatang. Jangan diabaikan hak-hak binatang kerana boleh menyebabkan penyesalan di Mahsyar kelak

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan