Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.1.4 al Masih al Dajjal / 3

TBK 10.1.4 al Masih al Dajjal / 3

29
0
BAHAGIAN 3 : Hadith Salim dari Ibn Umar

انطلق بعد ذلك رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وأُبيُّ بنُ كعبٍ الأنصاريُّ إلى النخلِ التي فيها ابنُ صيَّادٍ . حتى إذا دخل رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ النخلَ ، طفِق يتَّقي بجذوعِ النخلِ . وهو يَختِلُ أن يسمع من ابنِ صيادٍ شيئًا ، قبل أن يراه ابنُ صيَّادٍ . فرآه رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وهو مُضطجعٌ على فراشٍ في قطيفةٍ ، له فيها زَمزمةٌ . فرأت أمُّ ابنِ صيادٍ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وهو يتّقي بجذوعِ النخلِ . فقالت لابنِ صيَّادٍ : يا صافُ ! ( وهو اسمُ ابنِ صيَّادٍ ) هذا محمدٌ . فثار ابنُ صيَّادٍ . فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ” لو تركتُه بَيَّنَ ” .

الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2931

 

Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata: Sesudah demikian, Rasulullah saw dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun beliau segera berlindung di balik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat beliau. Maka Rasulullah saw dapat melihat ia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat difahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah saw yang sedang bersembunyi di balik batang pohon kurma lalu mengejutkan Ibnu Shayyad: Hai Shaaf, (nama panggilan Ibnu Shayyad), ini ada Muhammad! Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah saw bersabda: Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia.
(HR Muslim, no 2931)

 


Fiqh hadith:

Selepas interkasi pertama dengan Ibn Syayyad bersama Umar ra, Nabi saw pergi kali kedua ke lokasi Ibn Syayyad dengan mengintipnya, tetapi Nabi saw tidak berjaya kerana ibu Ibn Syayyad dapat mengesan kehadiran Nabi saw dan Ubay bin Kaab. Hadith ini juga memberi indikasi Ibn Syayyad bukanlah al Masih al Dajjal kerana Nabi saw tidak dapat mengintipnya.

Komen dan Soalan