Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 131.14 Epilog Bab al Mahdi

131.14 Epilog Bab al Mahdi

149
0
Iklan
131.14 Epilog Bab al Mahdi

وأخيرا
هل يعني الإيمان بالمهدي القعود عن الدعوة والعمل؟
Dan akhirnya (yakni kami menutup isu al Mahdi dengan isu), apakah dengan keimanan kepada al-Mahdi bermaksud menghentikan dakwah dan usaha (pembaikan masyarakat)?

مع تدافع الخير والشر وظهور الفساد وانتشار الظلم وضعف الدعوة إلى الخير في كثير من البلدان وقع في قلوب أعداد من المسلمين يأس وقنوط وصاروا ينتظرون خروج المهدي ليقودهم إلى النصر
Terj:
“Fenomena pergolakan antara kebaikan vs kemungkaran, meluasnya fasad (kerusakan akhlak dan politik), kendurnya dakwah (dan amar makruf nahy mungkar) di kebanyakan negara umat Islam (OIC) menimbulkan benih putus asa dan kecewa di segenap hati umat Islam. Mereka mengambil sikap menunggu munculnya Imam al Mahdi untuk memimpin mereka meraih kemenangan.”

Syarah:

Antara bab negatif dari iman kepada keluarnya al-Mahdi ialah sikap menunggu kemunculannya dan menghentikan semangat ingin berdakwah dan memperbaiki umat dari kelemahan dan kegawatan politik yang melanda umat Islam.

 

BAHAGIAN 2

وبالتالي قعدوا عن العمل والدعوة وسكتوا عن الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر وتقاعسوا عن طلب العلم ونشره بل عن التجارة والعمل وعمارة الأرض وصار أحدهم يقول لنفسه:الأمر أعجل من ذلك وهذا زمن ظهور المهدي
Terj:
akibatnya seterusnya, umat Islam tidak lagi mahu beramal dan berdakwah, tidak lagi melakukan amar makruf nahi mungkar, tidak lagi bersemangat menuntut ilmu dan meninggalkan sektor ekonomi dan perdagangan. Ini gara-gara pemikiran pessimistik, kenapa melakukan ini semua sedangkan al Mahdi akan muncul tidak lama lagi.

والنهج الشرعي في التعامل مع الأحاديث الواردة في المبشرات من أشراط الساعة مثل:

* أحاديث المهدي ونصر الله عز وجل الدين به
* أحاديث قتال المسلمين لليهود وانتصارهم عليهم
* أحاديث قتال المسلمين للروم النصارى وانتصارهم عليهم
إلى غير ذلك
Pendekatan syar’iy dalam beriteraksi dengan hadith-hadith berupa khabar gembira tentang tanda-tanda kiamat seperti berikut:

◾Hadith-hadith seputar al Mahdi dan pertolongan Allah SWT terhadap agama Islam melalui beliau.

◾Hadith-hadith seputar pembantaian umat Islam terhadap Yahudi dan kejayaan mereka mengalahkannya.

◾Hadith-hadith seputar peperangan dengan kuasa Barat (Rom/Salibiah) dan berjaya mengalahkan mereka.

 

BAHAGIAN 3

هذه العلامة وغيرها لا تعدو أن تكون مفرحة للمؤمنين مصبرة لهم مبشرة بأن الدين محفوظ منصور
لكننا مع ذلك نعمل ما أمرت به الشريعة عموما من نصر الدين والدفاع عن بلدان المسلمين وإقامة الجهاد في سبيل الله والقتال لرفع راية الإسلام
ولا نقعد خاملين ننتظر أن ينزل النصر من السماء أو يخرج من الأرض دون جهد منا
فعلى المسلمين اليوم أن يعدوا العدة لقتال اليهود وإخراج النصارى المحتلين من بلدان المسلمين ولا نقعد خاملين أذلة صاغرين ننتظر خروج المهدي ليقودنا …بل نجتمع وننصر ديننا فإن خرج المهدي نصرناه
Terj:
kesemua khabar gembira bahawa akhir zaman umat Islam bahawa agama ini akan dibela memang membahagiakan kita, namun kita harus tegar mengamalkan perintah Allah yang baku dalam AQ, (dakwah, amar makruh nahi mungkar, jihad), terus membela umat Islam yang ditindas (melalui bantuan kemanusiaan, diplomatik dan NGO), menegakkan jihad, dan berperang jika terpaksa demi menjaga maruah Islam.
Bukan berdiam diri bermalasan dan menanti kemenangan dari langit dan bantuan dari bumi (al mahdi dan nabi isa), ini sikap pessimistik.
Tanpa menunggu, kita kena terus melakukan persiapan dan meneruskan usaha menghadapi ancaman Yahudi dan Nasara dan kembali merampas bumi kita yang ditawan mereka. Merapatkan barisan kita dan bersatu dan bila al Mahdi keluar kitalah yang pertama membantu beliau.

 

Tamat sudah 131 episod alamat sughra atau tanda-tanda kecil Kiamat dengan berakhirnya siri al Mahdi. Episod seterusnya ialah 10 tanda Besar Kiamat bermula dengan kemunculan al masih al Dajjal.

 

Komen dan Soalan