Utama Kenapa Sunnah? Berselawat Dan Mohon Wasilah Selepas Azan

Berselawat Dan Mohon Wasilah Selepas Azan

32
0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0491.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash R.A. bahawa dia pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda: “Apabila kamu mendengar panggillan azan, ucapkanlah seperti ucapan muazzin, kemudian bacalah selawat untukku, kerana orang yang membaca selawat untukku sekali, Allah menganugerahkan kepadanya sepuluh selawat (rahmat), lalu mohonlah kepada Allah S.W.T. wasilah (kedudukan yang tinggi) untukku. kerana wasilah itu suatu kedudukan (tertinggi) di syurga, yang hanya sesuai bagi seseorang di antara hamba-hamba Allah, dan aku harapkan semoga akulah dia yang menempatinya. Maka siapa yang memohonkan wasilah itu untukku kepada Allah, wajiblah dia mendapat syafaat”.

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Muslim, Tirmizi dan Nasaai.

Komen dan Soalan