Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 11

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 11

41
0

Fiqh Doa
Waktu doa mustajab

11. Berdoa apabila dua pasukan tentera bertempur atau saat bermulanya perang.
Dalil hadith:
Dari Sahl bin Sa’ad ra, Rasulullah saw bersabda,
ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ أَوْقَلَّمَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَ عِنْدَ الْبَأْسِ حِيْنَ يَلْتَحِمُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا
Terjemahan:
“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak;
1. Doa pada saat azan
2. Doa tatkala perang berkecamuk”.
(Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab solat istisqa’ 3/360. al- Hakim di dalam mustadrak 1/189. Dishahihkan oleh Imam an-Nawawi di dalam al-Adzkaar hal. 341 dan Syaikh al-Albani di dalam ta’liq alal misykat 1/212 No. 672)
Menurut pendapat Dr Abu Ammar, di dalam keadaan situasi yang tegang , di antara hidup dan mati, maka Allah mengabulkan doa ketika situasi sebegini.
اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ
Terjemahan:
“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan :
1. Bertemunya dua pasukan
2. Menjelang solat dilaksanakan
3. Di waktu hujan sedang turun
(HR al-Syaf’iy, al-Umm)
Tahqiq dari Syaikh al-Albani:
الراوي : مكحول | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 1469 | خلاصة حكم المحدث : حسن لشواهده
(Hadith ini hasan dengan penguat)
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: silahul mukmin

Komen dan Soalan