Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Mimpi Bertemu Nabi..

Mimpi Bertemu Nabi..

723
0
Iklan

Soalan:
Maaf sekadar bertanye je, selalu dengar ustaz-ustaz menyampaikn bahawa beruntung lah orang yang bermimpi bertemu Rasulullah saw..

Apakah ada hadis tentang kelebihan bertemu Nabi dalam mimpi?

Jawapan Ustaz Adli Khalim:
Ada perbahasan yang agak panjang tentang bab mimpi bertemu Nabi ﷺ. Pelbagai tafsiran yang disebutkan oleh para `ulama’ tentang hadits tu, antaranya adalah mana-mana kaum muslimin yang hidup pada zaman Nabi ﷺ, bermimpi bertemu baginda, pasti akan bertemu baginda sebelum baginda wafat.

Sekiranya ada orang yang mendakwa bermimpi bertemu baginda, kena clarify bagaimana ciri-ciri individu yang dianggap sebagai Rasulullah ﷺ dalam mimpi tersebut. Ibn Sirin pernah mendengar seorang mendakwa bermimpi bertemu Rasulullah, lalu Ibn Sirin tanya ciri-ciri “Nabi” yang dilihat dalam mimpi. Kalau ciri-cirinya tidak sama dengan sifat Nabi yang disebutkan dalam riwayat yang shahih, maka Ibn Sirin akan kata: Sesungguhnya engkau tidak melihatnya.

Memang syaitan tak mampu nak menyerupai fizikal Rasulullah ﷺ. Tapi syaitan boleh menyerupai mana-mana lelaki lalu mendakwa dirinya adalah Nabi. Sebagai orang yang tidak pernah melihat rupa paras Nabi, mungkin kita akan terpedaya. Sebab tu, Ibn Sirin akan tanya ciri-ciri fizikal orang yang dilihat dalam mimpi.

Kemudian, sekiranya bertemu Rasulullah ﷺ dalam mimpi, mungkin itu merupakan satu kemuliaan kepada dirinya. Tapi itu bukanlah satu hujah sebab tiada siapa yang mampu membenarkan mimpi tersebut. Kalau orang belajar hadits-hadits tentang sifat fizikal Nabi, dia boleh je mengaku bermimpi jumpa Nabi kemudian sebutkan satu persatu ciri fizikal sebagaimana hadits yang dipelajarinya.

Ada pula sesetengah pihak mengaku berjumpa Nabi ﷺ, dan mendakwa Nabi ﷺ telah mewasiatkannya untuk buat begitu dan begini. Part ni bahaya sikit. Sebab ada pihak yang mengambil kesempatan untuk reka satu amalan baru yang kononnya diwasiatkan oleh Nabi ﷺ (kalau wasiat tu sekadar suruh buat sunnah-sunnah yang shahih tiada masalah). Dakwaan sebegini bercanggah dengan ayat Al-Qur’an yang kata agama Islam telah lengkap. Mereka yang mendakwa sebegini seolah-olah nak kata “masih ada syari`at yang Nabi belum sampaikan, tapi Allah awal-awal lagi dah kata agama telah lengkap.”

Wallahu a`lam.

Komen dan Soalan