Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.05.03 Pengajaran (diambil) Pada Umumnya Lafaz, Bukan Pada Khususnya Sebab (Bhg 03)

06.05.03 Pengajaran (diambil) Pada Umumnya Lafaz, Bukan Pada Khususnya Sebab (Bhg 03)

892
0
Iklan

Panel: BroSyarief
asSalaamu ‘alaikum, nota seterusnya telah siap. Semoga bermanfaat.

#050117 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.05.03 Pengajaran (diambil) Pada Umumnya Lafaz, Bukan Pada Khususnya Sebab (Bhg 03) – الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Adapun sekiranya sebab penurunan ayat bersifat khusus dan lafaz ayat tersebut berbentuk umum, maka para ulama Usul berbeza pendapat sama ada pengajaran diambil dari umumnya lafaz atau khususnya sebab?

1. Jumhur ulama berpegang kepada pandangan bahawa pengajaran diambil dari umumnya lafaz, bukan khususnya sebab. Hukum yang diambil dari lafaz yang umum mengjangkau lebih dari bentuk sebab nuzul yang disebutkan.

Contohnya ayat-ayat tentang Li’an (iaitu tuduhan zina oleh suami terhadap isterinya) yang turun pada kes tuduzan Qazf oleh Hilal ibn Umayyah terhadap isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, katanya:

Hilal ibn Umayyah datang mengadu kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bahawa isterinya berzina dengan Syarik ibn Sahma’.

Lalu Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkata:

الْبَيِّنَةُ أَوْ حَدٌّ فِي ظَهْرِكَ

“(Mana) Buktinya.. atau (engkau dihukum) sebatan di belakangmu?”

Lalu, Hilal bertanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذَا رَأَى أَحَدُنَا رَجُلاً عَلَى امْرَأَتِهِ أَيَلْتَمِسُ الْبَيِّنَةَ

‘Wahai RasululLah, sekiranya sesiapa dari kalangan kami melihat seorang lelaki berhubungan bersama isterinya, adakah dia perlu pergi mencari bukti dahulu?’

Maka, Nabi ulang kembali: “(Mana) Buktinya.. atau (engkau dihukum) sebatan di belakangmu?”

Hilal berkata lagi:

وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ إِنِّي لَصَادِقٌ وَلَيَنْزِلَنَّ فِي أَمْرِي مَا يُبَرِّئُ ظَهْرِي مِنَ الْحَدِّ

“Demi Allah yang telah menurunkan Engkau dengan kebenaran, sesungguhnya aku mengatakan yang benar. Pasti Allah akan menurunkan ayatNya pada urusanku ini yang membebaskan belakangku dari disebat.”

Maka, kemudian turunlah ayat-ayat berikut:

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ

“Orang-orang yang menuduh isteri-isteri mereka (berzina) dan mereka tidak mempunyai saksi-saksi kecuali diri mereka sendiri, maka persaksian setiap mereka itu (adalah dengan) 4 kali persaksian (sumpah) dengan nama Allah, bahawa dia merupakan dari kalangan orang yang benar (pada tuduhan yang disebutkan).”

وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan (lafaz persaksian) yang ke-5, bahawa laknat Allah akan menimpanya sekiranya dia merupakan dari kalangan orang-orang yang berbohong.”

وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan untuk wanita itu mengelakkan dari dihukum, hendaklah dia menyatakan (sumpah) persaksian sebagai 4 kali di atas nama Allah, bahawa lelaki itu (yang menuduhnya) merupakan dari kalangan orang-orang yang berbohong”

وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ

“Dan (lafaz sumpah) yang ke-5, (menyebutkan) bahawa kemurkaan Allah akan menimpanya, sekiranya dia (yakni: suaminya yang menuduhnya itu) adalah dari kalangan orang-orang yang benar (pada tuduhannya)”

[an-Nur(24):6-9]

Maka hukum yang diambil merangkumi keumuman lafaz وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ yang bermaksud sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan zina (yakni: Qazf) terhadap isteri-isteri mereka, bukan hanya khusus kepada peristiwa yang berlaku kepada Hilal, dan tanpa memerlukan kepada dalil lain untuk menjadikan ianya umum.

Dan pendapat ini yang paling tepat, berbanding pendapat seterusnya.

2. Sekumpulan ulama yang lain pula berpegang bahawa pengajaran diambil dari khususnya sebab, bukan umumnya lafaz. Untuk mengeluarkannya sebagai pengajaran kepada umum, maka ia memerlukan kepada dalil lain seperti menggunakan qiyas, dan seumpamanya.

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan
__

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan