Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 131 : Sebab Kemunculan al-Mahdi

TKK 131 : Sebab Kemunculan al-Mahdi

403
0
Iklan

 

4.8:Sebab Kemunculan al-Mahdi (سبب ظهور المهدي المنتظر)

 

Pertama: Kata Syaikh al-Areefi,sebab utama kemunculan al-Mahdi:

سيظهر في آخر الزمان رجل صالح وذلك بعد فشو الفساد وكثرة المنكرات و استفحال الظلم و قلة العدل وهو رجل يصلح الله على يديه احوال هذه الامة و هذا الرجل يعرف عند اهل السنة بالمهدي يجتمع له اتباع و يقود المؤمنين في عدد من المعارك و يكون قائدا حاكما

“Akhir zaman akan muncul seorang lelaki soleh ketika itu dunia gawat banyaknya kerusakan, kemungkaran, parahnya kezaliman, sikitnya keadilan, maka ia muncul untuk memperbaiki keadaan tersebut. Al-Mahdi dikenali oleh ahli sunnah, diikuti oleh banyak orang dan memimpin orang beriman di mana beliau akan menegakkan keadilan sejagat (polis dunia).” (Nihayah, 182)

 

Syarah Dr al-Mubayyad (Mawsuu’ah fil Fitan):

Al-Mahdi muncul ketika mana kezaliman telah merata di mukabumi, amat sedikit harapan mendapat keadilan. Bukan maksud, tiada lagi ahli hak dan adil, mereka masih ada, tapi dunia didominasi oleh kezaliman dan orang yang zalim. Menurut Ibn Sirin utama kezaliman dan kefasadan ialah banyaknya fitnah dan tingginya kadar jenayah. Pembunuhan pula setiap sembilan, 7 akan dibunuh.

 

عن ابن سيرين – رحمه الله – قال: » لا يخرج المهدي حتى يقتل من كل تسعة سبعة «

Dari Ibn Sirin rh, Tidak akan keluar al-Mahdi sehingga terjadi 7 pembuhunan dari sembilan orang manusia”

 

Begitu dahsyatnya pembunuhan ketika Mahdi muncul melambangkan kegagalan pihak polis dan mahkamah untuk membendung kegiatan kezaliman termasuk pembunuhan.

 

Syarah Thtl(Tuan Hassan Tuan Lah):

Kalau anda lihat hari ini mana ada keadilan, kes tertunggak yang tinggi, rasuah, penipuan, kezaliman, termasuk dari polis dunia Amerika Syarikat (USA) dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), umat Islam Palestin langsung tidak dapat keadilan di setiap kali persidangan Palestin. Keganasan ada di mana-mana tiada siapa yang tahu siapa yang bertanggungjawab dengan bom kereta saban hari di Iraq, Syria, Turki dan Pakistan. Maka logik umat Islam sentiasa meminta-minta untuk Allah kembali menegakkan keadilan di atas muka bumi hari ini.

 

 

Kedua:Fitnah ad-Duhaima’ (ظهور فتنة الدهيماء)

Hadith Ibn Umar ra

ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ لَا تَدَعُ أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ إِلَّا لَطَمَتْهُ لَطْمَةً فَإِذَا قِيلَ انْقَضَتْ تَمَادَتْ يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا حَتَّى يَصِيرَ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطَيْنِ فُسْطَاطِ إِيمَانٍ لَا نِفَاقَ فِيهِ وَفُسْطَاطِ نِفَاقٍ لَا إِيمَانَ فِيهِ فَإِذَا كَانَ ذَاكُمْ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أَوْ مِنْ غَدِهِ

“Kemudian Fitnah Duhaima’ yang tidak membiarkan ada seseorang dari umat ini kecuali dihantamnya. Jika dikatakan : ‘Ia telah selesai’, maka ia justeru berlanjut, di dalamnya seorang pria pada pagi hari beriman, tetapi pada sore hari men­jadi kafir, sehingga manusia terbagi menjadi dua kemah, kemah keimanan yang tidak mengandung kemunafikan dan kemah kemunafikan yang tidak mengandung keimanan. Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan Dajjal pada hari itu atau besoknya.”

HR Abu Daud, Ahmad, al-Haakim, disahihkan oleh al-Albani, silsilah al-sahihah no 972 ( رواه أبو داود وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة برقم(972))

 

Kosa kata:

Kata duhaima’ merupakan bentuk tashghir (pengecilan) dari kata dahma’, yang berarti hitam kelam dan gelap. Fitnah ini akan meluas mengenai seluruh umat ini.

 

Ciri-ciri fitnah ad-Duhaima’:

 

1. Fitnah ini akan menghantam semua umat Islam (lebih khusus lagi bangsa Arab).

 

2. Fitnah ini akan terus menerus berlanjutan melanda umat Islam akhir zaman, dan tidak diketahui bilakah ia akan berakhir sehingga muncul al-Mahdi.

 

3. Impak yang ditimbulkan oleh fitnah ini adalah munculnya orang Islam yang di waktu pagi masih beriman, namun di petang hari telah menjadi kafir. Iman berubah hanya dalam 24 jam.

 

4. Proses terjadinya kemurtadan pada sebagian umat Islam yang begitu cepat itu akan terus berlangsung dalam waktu yang tidak diketahui. Puncak dari kejadian ini adalah terbelahnya manusia dalam dua puak; kelompok iman yang tidak tercampur dengan kenifakan dan kelompok munafik yang tidak memiliki keimanan.
[‘Annul Ma’bud 11/310-311]

Komen dan Soalan