Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.04.03 Faedah-faedah dari Mengetahui Sabab an-Nuzul (Bhg 03)

06.04.03 Faedah-faedah dari Mengetahui Sabab an-Nuzul (Bhg 03)

149
0
Iklan

Panel: BroSyarief
#221216 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.04.03 Faedah-faedah dari Mengetahui Sabab an-Nuzul (Bhg 03) – فَوَائِدُ مَعْرِفَةِ سَبَبِ النُّزُولِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

4. Mengetahui ‘Sabab Nuzul’ sesuatu ayat adalah sebaik-baik jalan untuk memahami makna ayat dan membongkar kekeliruan pada sebahagian ayat yang terselindung kefahamannya selama tidak diketahui sebab penurunannya.

as-Suyuthi (w.911) menukilkan dari Ibn Daqiq al-‘Eid (w.702H) di mana dia menyebutkan:

بَيَانُ سَبَبِ النُّزُولِ طَرِيقٌ قَوِيٌّ فِي فَهْمِ مَعَانِي الْقُرْآنِ

‘Penjelasan sebab penurunan (bagi sesuatu ayat al-Quran), merupakan jalan terbaik pada kefahaman makna-makna (bagi ayat-ayat) al-Quran’

[al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran]

Di antara contohnya, merujuk kepada ayat berikut:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ

“Sesungguhnya Sofa dan Marwah itu merupakan di antara syiar-syiar Allah,

فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا

Maka, sesiapa yang menunaikan haji ke baitulLah atau (menunaikan) umrah, maka tiada halangan untuk mereka bertawaf pada kedua-dua (bukit) tersebut,

وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهِ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

Dan sesiapa yang sukarela melakukan satu kebaikan, sesungguhnya Allah Maha Menghargai, lagi Maha Mengetahui.”

[al-Baqarah(2):158]

Kefahaman zahir dari bahagian ayat di atas yang menyebutkan tiada halangan atau keberatan (لا جُنَاحَ) menunjukkan hukum Sa’ie tidaklah wajib, malah ianya harus. Terdapat segelintir yang berpegang kepada kefahaman zahir ayat tersebut, lalu ianya disangkal oleh Aisyah radhiyalLaahu ‘anha.

‘Aisyah meriwayatkan bahawa ‘Urwah pernah bertanya kepadanya:

أَرَأَيْتِ قَوْلَ اللَّهِ : إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا فَمَا أَرَى عَلَى أَحَدٍ جُنَاحًا أَنْ لَا يَطَّوَّفَ بِهِمَا؟

‘Apa pandanganmu tentang firman ALlah (lalu dia membacakan ayat di atas).. aku berpandangan tidaklah menjadi keberatan untuk seseorang tidak bertawaf (maksudnya sa’ie) di antara kedua bukit tersebut?’

فَقَالَتْ عَائِشَةُ: بِئْسَ مَا قُلْتَ يَا ابْنَ أُخْتِي، إِنَّهَا لَوْ كَانَتْ عَلَى مَا أَوَّلْتَهَا كَانَتْ: فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ لَا يَطَّوَّفَ بِهِمَا،

‘Aisyah menjawab: ‘Salah apa yang engkau katakan itu wahai anak saudaraku?

Sesungguhnya jika engkau ingin mentakwilkannya, ayat tersebut seharusnya menjadi:

فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ لَا يَطَّوَّفَ بِهِمَا

Maka, tiada halangan baginya untuk tidak bertawaf pada kedua (bukit) itu.

وَلَكِنَّهَا إِنَّمَا أُنْزِلَتْ، أَنَّ الْأَنْصَارَ قَبْلَ أَنْ يُسْلِمُوا كَانُوا يُهِلُّونَ لِمَنَاةَ الطَّاغِيَةِ الَّتِي كَانُوا يَعْبُدُونَهَا

Tetapi hakikatnya, ketika ia diturunkan; orang-orang Ansar dahulu sebelum memeluk Islam, mereka akan menyebutkan talbiyah kepada berhala Manat yang dahulu mereka sembah,

وَكَانَ مَنْ أَهَلَّ لَهَا يَتَحَرَّجُ أَنْ يَطَّوَّفَ بِالصَّفَا وَالْمَرْوَةِ فِي الْجَاهِلِيَّةِ،

Jadi, mereka yang pernah melakukan itu di masa jahiliyyah, kemudiannya merasa serba salah untuk melakukan sa’if di antara Safa dan Marwah,

فَأَنْزَلَ اللَّهُ: إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ . . . الْآيَةَ .

Maka, Allah pun menurunkan ayat tersebut (dibacakan sehingga selesai ayat tersebut)’

Aisyah pun (menyambung) berkata:

ثُمَّ قَدْ بَيَّنَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- الطَّوَافَ بِهِمَا، فَلَيْسَ لِأَحَدٍ أَنْ يَدَعَ الطَّوَافَ بِهِمَا

‘Kemudian, RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam pun menjelaskan akan bolehnya melakukan sa’ie di antara kedua-dua bukit itu, dan janganlah sesiapapun meninggalkannya.’

[HR al-Bukhari & Muslim]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan