Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Pakaian Ahli Syurga Warna Hijau?

Pakaian Ahli Syurga Warna Hijau?

1662
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1437H~

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ ۖ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا

“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci”[Surah al-Insan 21]

#Ayat ini menyebut bahawa pakaian ahli syurga berwarna hijau. Pilihan warna ini mengandungi beberapa rahsia yang sangat mendalam.

#Dalam kitab Tazkirah, Imam al-Qurtubi mengatakan: “Warna hijau menjadi pilihan kerana ia sangat lembut dipandang mata”

#Warna hijau juga memberi kesan psikologi yang sangat mendalam.

Berkata Imam Mahmud bin Abdillah al-Alusi dalam tafsirnya: “Warna hijau ialah warna yang paling indah. Hati berasa gembira setiap kali melihatnya melebihi warna-warna yang lain”

#Para pengkaji moden mengatakan warna hijau mencerminkan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.

#Sebab itulah doktor bedah memakai baju hijau di dalam bilik pembedahan kerana apabila pesakit melihat warna hijau, hati mereka akan dipenuhi perasaan optimistik (harapan yang tinggi untuk masa depan)

♡Menyukai warna hijau putih dan hijau kuning. Jom mencari ketenangan dengan hijau-kehijauan♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan