Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Dosa-dosa Besar Yang Dipandang Ringan

Dosa-dosa Besar Yang Dipandang Ringan

203
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1437H~

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)”[Surah an-Nisa’ 31]

#Pengertian al-Kabaair (dosa-dosa besar) adalah semua larangan Allah dan Rasulullah yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis serta athar daripada salafussoleh.

#Contoh dosa-dosa besar yang dianggap biasa oleh umat Islam masakini (yang sepatutnya dijauhi):

1. Menipu dalam berniaga
2. Memberi dan menerima rasuah
3. Berhutang dengan niat tidak membayar
4. Mengumpat, menghasut dan memfitnah
5. Mengenakan pakaian pendek, nipis dan ketat
6. Lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki
7. Mewarna rambut dengan warna hitam
8. Memijak, duduk dan buang air di tanah kuburan
9. Derhaka kepada ibubapa dan putus hubungan adik beradik
10. Terlibat dengan riba dalam pinjaman rumah, kereta, kad kredit, peribadi, pendidikan, perniagaan dan sebagainya
11. Khianat, menipu dan zalim dalam memerintah dan banyak lagi.

#Dalam ayat ini, Allah swt menjamin bagi sesiapa sahaja yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara yang diharamkan Allah, akan diampuni segala dosa-dosa kecil yang dilakukannya.

#Berdasarkan ayat ini juga, Allah menjamin syurga bagi sesiapa yang menjauhi dosa-dosa besar.

♡Pastikan kita tidak terlibat dengan sebarang dosa besar dan bertaubat nasuha jika pernah dan sedang terlibat♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan