Utama Tazkirah Admin Jangan Sia-siakan Bulan Ramadan Al-Mubarak

Jangan Sia-siakan Bulan Ramadan Al-Mubarak

52
0
KONGSI

๐Ÿƒ UiTO Channel: Tazkirah Harian

๐Ÿ“– โ˜†Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1437Hโ˜†

ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ููŽุฑููŠู‚ูŒ ู…ูู†ู’ ุนูุจูŽุงุฏููŠ ูŠูŽู‚ููˆู„ููˆู†ูŽ ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุขู…ูŽู†ู‘ูŽุง ููŽุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู†ูŽุง ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฑู‘ูŽุงุญูู…ููŠู†ูŽ

“Sesungguhnya ada sepuak dari hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”[Surah al-Mukminun 109]

#Setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu hendaklah kita semua sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt. Jangan malu dan malas untuk meminta ampun kepada Allah walau sebesar manapun dosa yang pernah dilakukan, selama masih bernafas, pintu keampunan Allah sentiasa terbuka untuk orang-orang yang bertaubat. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

#Sabda Nabi saw:

ู…ู† ุตุงู… ุฑู…ุถุงู† ุฅูŠู…ุงู†ุงู‹ ูˆุงุญุชุณุงุจุงู‹ุŒ ุบูุฑ ู„ู‡ ู…ุง ุชู‚ุฏู… ู…ู†ย ย ุฐู†ุจู‡ุŒ ูˆู…ู† ู‚ุงู… ู„ูŠู„ุฉ ุงู„ู‚ุฏุฑ ุฅูŠู…ุงู†ุงู‹ ูˆุงุญุชุณุงุจุงู‹ุŒ ุบูุฑ ู„ู‡ ู…ุง ุชู‚ุฏู… ู…ู† ุฐู†ุจู‡

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan iman danย ihtisabanย (mengharap balasan dari Allah) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadr dengan iman dan mengharap balasan dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Muttafaqun Alaih)

#Sama-sama kita hadam peringatan ini, agar kita sentiasa pastikan bahawa taubat antara agenda utama kita di bulan Ramadhan ini beserta puasa, qiyam, membaca al-Quran dan lain-lain.

ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฑู‚ู‰ ุงู„ู…ู†ุจุฑ ูู‚ุงู„ : ุขู…ูŠู† ุŒ ุขู…ูŠู† ุŒ ุขู…ูŠู† ู‚ูŠู„ ู„ู‡ : ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุŒ ู…ุง ูƒู†ุช ุชุตู†ุน ู‡ุฐุง ุŸ ูู‚ุงู„ : ู‚ุงู„ ู„ูŠ ุฌุจุฑูŠู„ : ุฑุบู… ุฃู†ู ุนุจุฏ ุฃุฏุฑูƒ ุฃุจูˆูŠู‡ ุฃูˆ ุฃุญุฏู‡ู…ุง ู„ู… ูŠุฏุฎู„ู‡ ุงู„ุฌู†ุฉ ุŒ ู‚ู„ุช : ุขู…ูŠู† ุŒ ุซู… ู‚ุงู„ : ุฑุบู… ุฃู†ู ุนุจุฏ ุฏุฎู„ ุนู„ูŠู‡ ุฑู…ุถุงู† ู„ู… ูŠุบูุฑ ู„ู‡ ุŒ ูู‚ู„ุช : ุขู…ูŠู† ุŒ ุซู… ู‚ุงู„ : ุฑุบู… ุฃู†ู ุงู…ุฑุฆ ุฐูƒุฑุช ุนู†ุฏู‡ ูู„ู… ูŠุตู„ ุนู„ูŠูƒ ุŒ ูู‚ู„ุช : ุขู…ูŠู†

Dari Kaโ€™ab Bin โ€˜Ujrah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: “Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar, Baginda berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi: Amin.

Dan ketika Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu Baginda menjawab:

โ€œSesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan selawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibu bapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya” (Hadis Riwayat Bazzar, al-Hakim katanya hadis sahih dan disetujui oleh Imam Az-Zahabi, jg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dlm Adabul Mufrad)

โ™กSekali lagi Allah swt memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan maka pastikan kita sentiasa beramal soleh beristighfar, bertaubat dan menyucikan diri dan hati agar sentiasa sejahtera dan sihat. Moga rahmat Allah bersama kita..Aamiiinโ™ก

๐ŸŠUst naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

โœ’๏ธ Ikhlas dari UiTO
ใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐใ€ฐ
๐Ÿ‘ฅ Ramadhan Kareem
๐Ÿ“ฃ SELAMAT BERSIAP SEDIA SEMUA

Komen dan Soalan