Utama Tazkirah Admin Antara Orang Sedekah Dan Bakhil…

Antara Orang Sedekah Dan Bakhil…

26
0
KONGSI

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1781.

Dari Ali r.a. katanya: Kami duduk bersama Nabi S.A.W dan di tangan beliau ada sepotong kayu yang dicocok-cocokkannya ke tanah dan di tunggang balikkannya, lalu beliau bersabda: “Setiap kamu telah ditentukan tempatnya dalam neraka atau dalam syurga.” Di antara orang banyak itu ada yang bertanya: “Apakah tidak lebih baik kita menyerah saja Ya Rasulullah?” Jawab Nabi S.A.W : “Tidak boleh, melainkan hendaklah kamu bekerja dan setiap orang memperoleh kemudahan.” Kemudian beliau membacakan ayat: “Adapun orang yang memberi dan bertakwa serta membenarkan hal yang baik, akan Kami mudahkan baginya hal mudah (kebaikan). Tetapi orang yang kikir dan merasa dirinya serba cukup serta mendustakan hal yang baik, akan Kami mudahkan baginya hal yang sulit (kejahatan).”

Surah Al Lail ayat 5-10.

فَاَمَّا مَنْ اَعْطٰى وَاتَّقٰى ۙ

Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), –
[QS. Al-Lail: Ayat 5]

وَصَدَّقَ بِالْحُسْنٰى ۙ

Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
[QS. Al-Lail: Ayat 6]

فَسَنُيَسِّرُهٗ لِلْيُسْرٰى ؕ

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).
[QS. Al-Lail: Ayat 7]

وَاَمَّا مَنْۢ بَخِلَ وَاسْتَغْنٰى ۙ

Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, –
[QS. Al-Lail: Ayat 8]

وَكَذَّبَ بِالْحُسْنٰى ۙ

Serta ia mendustakan perkara yang baik,
[QS. Al-Lail: Ayat 9]

فَسَنُيَسِّرُهٗ لِلْعُسْرٰى ؕ

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
[QS. Al-Lail: Ayat 10]

Komen dan Soalan