Utama UiTO Bicara THTL Waktu Doa Mustajab (5) : Berdoa Ketika Solat

Waktu Doa Mustajab (5) : Berdoa Ketika Solat

2721
0
Iklan

 


Dalil Hadith :


Dari Abu Hurairah ra , bahwa Rasulullah saw bersabda ,


لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ رَفْعِهِمْ أَبْصَارَهُمْ عِنْدَ الدُّعَاءِ فِي الصَّلاَةِ إِلَى السَّمَاءِ أَوْ لَتُخْطَفَنَّ أَبْصَارُهُمْ

“ Hendaklah orang-orang berhenti mengangkat pandangan mereka ke langit ketika berdo’a dalam shalat atau mata mereka akan tersambar ”

( HR Muslim no 429 )

 
Nabi saw melarang memandang ke langit ketika solat dan juga ketika berdoa dalam solat . Terdapat 7 posisi di mana kita boleh berdoa dalam solat tanpa memandang ke langit .

 

7 posisi dibolehkan berdoa :

5.1) Selepas Takbiratul Ihram dikenali dgn doa ifititah, ada 10-15 versi. sila

       lihat dalam fiqh solat seperti Al-Albani .


5.2) Sebelum rukuk ( hanya dalam solat berqunut , solat witr )


5.3) ketika rukuk , boleh menambah doa ketika rukuk.


Contohnya :


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى
” Maha Suci Engkau Ya Alla h, Rabb kami , pujian untuk-Mu , ampunilah aku ”

(Hr Bukhari-Muslim dari Aisyah)

 

5.4 ketika i’tidal


Doa yang makthur , antaranya lafaz muslim :

اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ اْلحَمْدُ مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ اْلأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

“ Ya Allah Tuhan kami (hanya) untukMu lah (segala) puji sepenuh langit dan sepenuh bumi dan sepenuh segala sesuatu sesuai KehendakMu setelahnya “

(Muslim no 476)

 

ketika I’tidal ( bangkit dari ruku’ )


Contoh doa semasa I’tidal .

مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ اْلأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ. أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ. اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

 “ ( Aku memuji-Mu dengan ) pujian sepenuh langit dan sepenuh bumi , sepenuh apa yang di antara keduanya , sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu . Wahai Tuhan yang layak dipuji dan diagungkan , Yang paling berhak dikatakan oleh seorang hamba dan kami seluruhnya adalah hambaMu. Ya Allah tidak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada pula yang dapat memberi apa yang Engkau halangi , tidak bermanfaat kekayaan bagi orang yang memilikinya , hanya dari-Mu kekayaan itu ”

( HR Muslim 477 )

5.5) ketika sujud , inilah saat Nabi saw banyak berdoa .


Dalil Hadith :

Dari Abu Hurairah ra , bahawa Nabi saw bersabda :


أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

“ Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud , maka perbanyaklah do’a ketika itu ”

( HR Muslim no. 482 )


Sampel doa yang makthur ketika sujud , antaranya versi Muslim .

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِعَفْوِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Ya Allah , ampunilah diriku dari dosaku semuanya , yang detail atau yang besar, yang awal dan yang akhir , yang terlihat ataupun yang tidak terlihat . Ya Allah, aku berlindung dengan keridhaan-Mu dari murka-Mu, dengan maaf-Mu dari hukuman-Mu dan Aku berlindung dengan-Mu dari-Mu . Tidak terhitung pujian bagi-Mu Engkau sebagaimana pujian-Mu atas diri-Mu ”

( HR Muslim )

Nota :

Bolehkah berdoa saat sujud dalam Bahasa Melayu?
Mazhab Syafi’iy , kata Imam An-Nawawi , tidak boleh , jika berdoa dalam bahasa selain arabic, maka solatnya batal, al-Majmu’ 3;300
mazhab Hanabilah saudi Arabia, boleh buat sementara sehingga dia belajar menghafal doa-doa dalam bahasa arab .

 

5.6 ketika duduk antara dua sujud .

Doa yang biasa kita baca .


رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي

“ Robbighfirlii warahmnii , wajburnii , warfa’nii, warzuqnii , wahdinii ( artinya: Ya Allah ampunilah aku , rahmatilah aku , cukupkanlah aku , tinggikanlah derajatku , berilah rezeki dan petunjuk untukku )”

( HR Ahmad 1: 371. Syaikh Syu’aib Al Arnauth: hadith hasan )

 


Doa atau zikir yang lain:

Dari Hudzaifah ra ,

رَبِّ اغْفِرْ لِي، رَبِّ اغْفِرْ لِي

“Wahai Rabbku, ampunilah aku. Wahai Rabbku, ampunilah aku.”

( HR Ibnu Majah no. 897, Albani, sahihm sahih Sunan Ibni Majah serta Irwa’ul Ghalil no. 335 )

 

5.7) Selepas tashaahud akhir dan sebelum sebelum salam .


Dalil Hadith :

Mu’adz bin Jabal ra ,


أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Aku wasiatkan padamu wahai Mu’adz. Janganlah engkau tinggalkan untuk berdo’a setiap dubur shalat (akhir shalat) : Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik. [Ya Allah, tolonglah aku untuk berdzikir pada-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu].”

( HR Abu Daud no. 1522. Al Albani kata sahih )

Terjadi khilaf di kalangan ahli fiqh akan maksud ” dubur solat ” , majoriti ahli hadith dan fatwa Saudi Arabia , akhir solat ialah sebelum salam . Dari selepas tasyahud akhir hingga salam , itu maksud dubur solat utk berdoa .


Dalil Hadith :


hadith Ibn Mas’ood ra ,


ثُمَّ لْيَتَخَيَّرْ بَعْدُ مِنَ الْمَسْأَلَةِ مَا شَاءَ

“ Kemudian terserah kepadanya memilih setelah itu (setelah tasyahud) do’a yang dia kehendaki (dia sukai) ”


( HR Muslim no. 402 , An Nasa’i no. 1298 , Abu Daud no. 968 , Ad Darimi no. 1340 )


Fatwa Syaikh Ben Othaimin , qadhi Unaizah KSA :


Maksud dubur solat ialah sebelum salam , iaitu waktu untuk berdoa

jika maksud dubur solat itu selepas salam , maka itu waktu untuk berzikir bagi menampung kekurangan mutu solat , (Liqo’ Bab al-Maftuh)
doa sebelum salam , dan zikir selepas salam , ada didalam Hisnul Muslim .


Dubur dalam arabic tidak bermaksud kelucahan / kotor sepertimana bahasa melayu atau English maka bila disebut oleh orang arab , dubur solat , maksudnya penghujungnya . Sama dengan kes dialek daerah “patat kain” di kelantan , patat itu bukan lucah , ia bermaksud hujung kain batik samada ia berkualiti atau tidak .

Komen dan Soalan