Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 91

Nota Fiqh Wanita 91

164
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Mohon pencerahan. Bukankah jodoh itu takdir ketentuan Allah?

Jawapan

Itu faham jabariah. Ketentuan Allah tu sebab Allah Maha Alim, Dia tahu dari awal lagi, tapi kita kena usaha dan doa.

Faham jabariah=manusia spt bulu yg berterbangan, semua yg berlaku atas diri sudah ditakdirkan, manusia tak ada iradah dan kudrat merubahnya…just folow.

Sebab tu masa dulu, bila puak jabariah didakwa di mahkamah kerana mencuri, dia jawab, mmg sudah ditulis aku akan mencuri. Allah telah menetapkan demikian atasku. Ini akidah yg salah.

 

Soalan 2

Berkaitan solat, semasa sujud tangan berlapik sekali dengan kain telekung sah ke solat sama juga bahagian muka ?

Jawapan

Sujud atas telekong
Sah menurut jumhur kecuali syafi’iy.
Menurut hanbali, boleh jika lantai mesjid panas (solat outdoor dan mesjid zaman dulu takder lantai dan carpet)
Kata Ibn Hajar, ijmak, solat tidak batal jika sujud atas lapik cuma makruh jika tidak ada keperluan kerana ia amalan org yg takbur. (fathul bari, 2: 383, ibn qudamah, al-Mughni, 1:561)

Rumusan; tidak ada alasan utk sujud di atas telekong kerana masjid ada carpet atau sejadah.

 

Soalan 3

Benar ke jika mimpi gigi nak tercabut tanda akan ada kematian keluarga terdekat. Begitu juga mimpi bencana alam seperti gempa bumi dan banjir besar akan berlaku sesuatu yang buruk? Jika kita mempercayai mimpi tersebut dikira syirik kepada Allah, adakah hadis berkenaan mimpi?

Jawapan

Mimpi dan takwil

إِذَا اقْتَـرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ، وَأَصْدَقُكُـمْ رُؤْيَا أَصْدَقُكُمْ حَدِيثًا، وَرُؤْيَا الْمُسْلِمِ جُـزْءٌ مِنْ خَمْسٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ.

“‘Jika Kiamat sudah dekat, maka hampir-hampir mimpi seorang muslim tidak dusta. Mimpi kamu yang paling benar adalah yang paling benar pembicaraannya. Dan mimpi seorang muslim adalah satu bagian dari empat puluh lima bagian kenabian.’”. Ini adalah lafazh Muslim dari abu Hurayrah juga dikeluarkan oleh al-Bukhori.
Syarat mimpi itu adalah dr org mukmin dan org yg jujur lisannya.

1. Mimpi gigi menurut ibn sirin adalah lambang family kerana susunan gigi tsb, maka apa yg terjadi kpd gigi adalah musibah akan terjadi kpd family anda.

2. Gempa atau banjir takwil menurut ibn sirin adalah malapetaka yg melanda kawasan anda.

3. Percaya kpd mimpi adalah harus namun mimpi tidak boleh menjadi fiqh atau akidah. Tidak percaya kpd mimpi juga hak masing-masing. Mimpi hendaklah ditakwil oleh seseorang yg ahli spt ulamak yg soleh.

 

Soalan 4

Jika ada sejumlah duit mana yang perlu didahulukan dulu membuat umrah atau membayar hutang?

Jawapan

Hutang atau umrah
Hutang ada dua jenis:
Hutang berjadual spt kereta, rumah, PTPTN. Hutang berjadual tidak menghalang seseorang mengerjakan umrah. sebab hutang tsb ada insuran
manakala hutang yg kena dilunaskan ialah hutang dgn manusia.
Dalil:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (QS. Ali Imron: 97)
Sanggup itu bermaksud mampu membayar hutang.

 

Soalan 5

Jika kita buat program dan ada lebihan baki duit program,adakah kita boleh gunakan untuk kegunaan sendiri?

Jawapan

Menjaga amanah
Duit persatuan dan kegunaan kena ikut SOP (std operation procedures) persatuan.

 

Soalan 6

Syeikh adakah sahih 15-30 minit sebelum Zohor ,kita tak boleh lakukan apa-apa solat sunat,kecuali solat khusus seperti tahiyatul masjid?
Boleh bagi dalil?

Jawapan

Waktu yang diharamkan solat
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir ra, ia berkata:

ثَلاَثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيْهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبَرَ فِيْهِنَّ مَوْتَانَـا: حِيْنَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ، وَحِيْـنَ يَقُوْمُ قَائِمُ الظَّهِيْرَةِ حَتَّـى تَمِيْلَ الشَّمْسُ، وَحِيْنَ تَضَيَّفَ الشَّمْسُ لِلْغُرُوْبِ حَتَّى تَغْرُبَ.

“Tiga waktu yang Rasulullah saw melarang kami salat atau mengubur orang-orang mati kami pada saat itu: ketika matahari terbit hingga naik, ketika pertengahan siang hingga matahari tergelincir, ketika matahari condong ke barat hingga tenggelam.” HR Muslim no. 831

kecuali tahiyatul mesjid, dalil:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلاَ يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ.

“Jika salah seorang di antara kalian masuk masjid, maka janganlah duduk hingga shalat dua raka’at.” Muttafaq ‘alaihi: [Sahih al-Bukhari (Fat-hul Baari) (III/48 no. 1163)],juga dlm Sahiih Muslim ]

 

Soalan 7

Benarkah salaf ada mengantung ayat Al-Quran dan hadith di leher anak tapi bukan azimat cuma untuk cepat hafalan?

Jawapan

Hukum gantung azimat untuk mudah hafalan
إنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتُّوَلَةَ شِرْكٌ

“Sesungguhnya jampi (yang tidak dibenarkan), tangkal dan al-Tuwalah adalah syirik.” (HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim, beliau juga menghukumkan hadis ini sebagai Sahih)

Jumhur hadith ini sebagai pengharaman semua jenis tangkal.
dalil kaum yg mengatakan ia diamalkan salaf..kata lajnah fatwa saudi, semuanya dhaif

فَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو ، يُلَقِّنُهَا مَنْ بَلَغَ مِنْ وَلَدِهِ ، وَمَنْ لَمْ يَبْلُغْ مِنْهُمْ كَتَبَهَا فِي صَكٍّ ثُمَّ عَلَّقَهَا فِي عُنُقِهِ ” .
وهذا الحديث في إسناده نظر ، إذ أنه من رواية محمد بن إسحاق ، وهو مدلس وقد عنعن.
وقد قال الترمذي : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ .
وقال الشوكاني في “فتح القدير” (3588) : فِي إِسْنَادِهِ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ
Andullah bin amru dikatakan menggantung azimat kepada anaknya. Ia hadith dhaif, didhaifkan oleh Termidzi kerana perawi Muhammad bin ishak. Albani juga mendhaifkan, juga Syaukani.

 

Soalan 8

Hukum tadarus online secara berkumpulan.

Jawapan

Tadarrus online
Tadarrus=berkumpul untuk membaca Al-Qur’an dengan tujuan untuk menghafalnya, atau mempelajarinya, dan salah seorang membaca dan yang lainnya mendengarkannya, atau mereka masing-masing membaca sendiri-sendiri dengan tidak menyamai suara orang lain.

Hukumnya sunnah, dalil:
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيْتٍ مِنْ بَيُوْتِ اللَّهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللًّهِ وَيَتَدَارَسُوْنَ بَيْنَهُم إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَذَكَرَهُمُ اللُّه فِيْمَنْ عِنْدَهُ

“Apabila suatu puak berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) sambil membaca Al-Qur’an dan saling bertadarus bersama-sama, niscaya akan turun ketenangan atas mereka, rahmat Allah akan meliputi mereka, para malaikat akan melindungi mereka dan Allah menyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisi-Nya” [HR Muslim, 2699]
Maka tak ada masalah guna metod Online

 

Soalan 9

Ada sebarang hadith tak,kalau kita,berpegang dengan Sunnah,bersusah payah nak hidupkan sunnah untuk beri kesedaran pada keluarga,dapat bantahan , sehingga kita meninggal?

Jawapan

Hadith susah payah nak hidupkan sunnah di kalangan famili
Dari Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda,

يَأْتِى عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

“Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi no. 2260. mutaqaddimin, dhaif, al-albani sahih).

إنَّ مِن ورائِكم أيامَ الصَّبرِ ، لِلمُتَمَسِّكِ فيهنَّ يومئذٍ بما أنتم عليه أجرُ خمسين منكم

“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, orang yang tetap mengamalkan ajaran agama ketika zaman itu akan mendapatkan pahala amalan 50 orang dari kalian (para sahabat Nabi)” (HR. Abu Daud 4341, disahihkan Al Albani dalam Silsilah As Sahihah, 494
dan banyak lagi hadith semisalnya

 

Soalan 10

Tentang solat jemaah, kalau dalam satu saf, di tengahnya ada kanak2 perempuan, solat mcm main2..solat budak2 lagi…saf terputus ke tidak atau tidak wujud istilah tu?

Jawapan

Kanak-kanak akan memutuskan saf solat?
Tidak sahih, Syeikh al-Albani rh juga berkata,

وفي صف النساء لوحدهم وراء الرجال أحاديث صحيحة وأما جعل الصبيان وراءهم فلم أجد فيه سوى هذا الحديث ولا تقوم به حجة فلا أرى بأسا من وقوف الصبيان مع الرجال إذا كان في الصف متسع وصلاة اليتيم مع أنس وراءه صلى الله عليه وسلم حجة في ذلك

“Dan dalam masalah saf wanita di belakang saf laki-laki ada hadith sahih yang menyatakan hal itu, adapun menjadikan anak-anak (khusus) dibelakang saf laki-laki maka tidak ditemukan hadith yang serupa dengan hadith ini, dan hadith ini tidak bisa dijadikan hujjah maka tidak mengapa menempatkan anak-anak bersama saf orang dewasa jika saf tersebut masih longgar dan (hadith) salatnya dua anak yatim bersama Anas (bin Malik) dibelakang Nabi s.a.w., adalah hujjah dalam permasalahan ini.” (Tamamul Minnah (taaliq atas Fiqh sunnah syed sabiq, 1/285)

Adapun amalan sesetengah tempat menempatkan kanak2 di belakang adalah masalah ijtihadi kemungkinan kanak2 tersebut jenis nakal dan mengganggu orang dewasa.

 

Soalan 11

Adakah digalakkan  ibu bawa anak kecil (baby) ke masjid untuk solat jemaah? Contohnya nak terawih nanti.

Jawapan

Membawa baby kecil ke mesjid
Jawab:
Ada nas, hadith muslim, abu Qatadah berkata…

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْنْصَارِيِّ قَالَ: ((رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا)) مسلم.

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”. HR Muslim dari Abu Qatadah ra.

Fiqh hadith, mmg boleh membawa kanak2 ke mesjid jika tiada pengasuh.

 

Soalan 12

Mengenai mengantung di dinding rumah khat kalimah Allah dan Muhammad dan ayat Al Quran seperti ayat kursi, ayat seribu dinar adakah dibolehkan?

Jawapan

Menggantung khat kalimah Allah, Muhammad dan ayat2 AQ di dinding rumah
Jawab:
Ia khilaf. Manhaj salafi mengharamkan secara mutlak, ada dalam fatwa saudi arabia. Namun pada ulamak2 azhar, tidak..hujahnya
Didalam dunia penulisan khat, setiap karya majoritinya adalah untuk digantung, termasuklah ayat Quran, hadith nabawi, syair, dan hikam. Bahkan sebahagian besar Al-Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dihiasi ayat Quran, hatta dipintu maqam Rasul, Abu Bakr dan Umar. Betapa juga kiswah juga merupakan ‘hiasan’ Ka’bah yang sarat dengan ayat suci dari kitab tersebut. Bendera Saudi juga mengandungi kalimah tayyibah yang mulia itu, juga banyak sekali negara-negara muslimin yang meletakkan ayat Quran di bendera.

Apa yang penting, adalah ayat-ayat yang ditulis itu dihormati dan dimuliakan sesuai dengan martabatnya. Dan alangkah baik jika ia dibaca setiap kali kita memandangnya, yakni baca dengan keinsafan dan iktibar dan ittiba’. Di zaman Uthmani, ramai pembesar negara termasuk Sultan sendiri yang memakai baju yang ditulis ayat Quran. Ditulis penuh gaya dan mutu, tapi hukum mengenainya agak kabur. Ayat Quran, lafaz Allah dan Muhammad adalah kalimah-kalimah yang mulia, dan tidak salah untuk dimuliakan. Bahkan lafaz Allah ada pada nama hambanya-Abdallah, Abdul Qadir, Abdul Majid..Muhammad Abduh, Ahmad Badawi, maka bagaimana kita berinteraksi dengan lafaz-lafaz mulia yang bersambung dengan nama kita ini?

Para khattat telah sampai ke satu tahap menulis ayat Quran pada biji beras, menulis khat pada telur burung dan batu, maka apakah kerja mereka itu sia-sia?
(ini perbincangan di laman web AFN 1.0)

Pendapat yang rajih ialah kita sebaiknya tidak menggantung, namun org yg nak gantung dan memuliakan adalah harus tanpa ada unsur akidah, percaya rumah akan diberkati dan dilindungi. kalau semata-mata seni boleh.

 

Soalan 13

Syeikh, jika tidak ada keinginan buat masa sekarang untuk menambah anak disebabkan masalah kewangan, adakah berdosa?

Jawapan

Tidak ingin tambah anak kerana masalah kewangan
menurut lajnah azhar:
Tanzim Al-Usrah (family planning) ini dibenarkan di atas sebab-sebab berikut :

1 – Agar si ibu mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menghadapi anak yang akan datang dan tempoh untuk menyusui anak yang pertama itu sempurna selama dua tahun sebagaimana menurut ajaran Al-Quran Al-Karim. Selain itu, dengan menyusun jadual kehamilan bagi tempoh 2-3 tahun bagi setiap kehamilan , lebih memberikan kekuatan dan tenaga kepada si ibu.Lihat dan pelajari Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 233. kata Qardhawi, jarak yg ideal antara anak ialah 33 bulan

2 – Jika si ibu itu lemah fizikalnya , tidak berupaya untuk kerap bersalin.

3 – Jika si ibu itu ataupun si bapa mempunyai “ penyakit keturunan “ yang boleh menjangkiti si anak yang bakal dilahirkan.

4 – Terdapatnya sebab-sebab ekonomi bagi sesebuah keluarga itu , seperti keadaan susah dan miskin . Perkara ini diistilahkan oleh ulama’ , khasnya oleh Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali (rh) sebagai : “ Bimbang terjerumus ke dalam lembah kesusahan disebabkan ramainya anak.”

5 – Si ibu itu sememangnya mempunyai penyakit , dan jika dia beranak lagi, penyakit yang dideritai itu akan lambat sembuh , ataupun tidak sembuh ataupun anak yang bakal dilahirkan itu dalam keadaan yang amat sukar.
Ruj:
1 – YASALUNAKA ‘ANID DIN WAL HAYAH – JILID I
‘Allamah Dr. Ahmad Ash-Syarbasi ( Profesor Universiti Al-Azhar )
ms 234 – 243 . Terbitan Darul Jil , Beirut.

2 – FATWA WA AHKAM LIL MARAH AL-MUSLIMAH
‘Allamah Syeikh Atiah Saqr ( Bekas Pengerusi Fatwa Al-Azhar )
ms 221 , Terbitan : Maktabah Wahbah , Cairo.

 

Soalan 14

Adakah duit hadiah insuran selepas mati termasuk dalam harta pusaka?
Bagaimana pula dengan duit ganjaran mati serta duit pencen dari kerajaan setelah mati – adakah ia termasuk harta pusaka?

Jawapan

Takrifan harta pesaka
Jawab:
Apa sahaja harta yang ditinggalkan si mati dan ia memang milik si mati secara legal. Maka termasuklah hadiah insuran, ganjaran, duit pencen kerajaan.

 

Soalan 15

Apakah manhaj Imam al hafiz ismail ibn kathir?

Jawapan

Manhaj al-Hafiz Ibn katsir
Abul Fida’, Imaduddin Ismail bin Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi ad-Dimasyqi, lebih dikenal dengan nama Ibnu Katsir. Wafat 774H adalah murid syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan manhajnya ialah salafiyah.

 

Soalan 16

Syeikh, adakah hadis menyebut kalau memberi salam itu Sunat atau hanya ijtihad para ulama saja?

Jawapan

Hukum memberi salam itu sunat, apa dasarnya
Jawab:
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda,

« حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ ». قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ ».

“Hak muslim pada muslim yang lain ada enam.” Lalu ada yang menanyakan, ”Apa saja keenam hal itu?” Lantas beliau saw bersabda, ”(1) Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (sampai ke pemakaman).” (HR. Muslim no. 2162)
Apa maksud hak, kata Imam syun’ani (subulus salam) maka dari hadith ini hak itu dimaksudkan dgn sunnah, membalasnya jatuh hukum wajib.
*tambahan:
Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242…dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
2. orang yang sedang berada didalam tandas
3. Orang yang sedang makan dan minum
4. orang yang sedang berperang
5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
10. Orang yang sedang qada’ hajat.
11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
12. Orang yang sedang iqamat
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
15. Orang yang sedang solat
16. Orang gila
17. kanak-kanak
18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah

 

 

Komen dan Soalan