Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 93,94 & 95: Pokok Dan Batu Turut Berbicara Membantu Umat Islam...

TKK 93,94 & 95: Pokok Dan Batu Turut Berbicara Membantu Umat Islam ; Umat Islam Akan Berperang Dengan Yahudi ( كلام الشجر و الحجر نصرة للمسلمين – قتال المسامين لليهود)

168
0
Iklan

Perang yang besar sebelum Kiamat ialah perhitungan Umat Islam dengan Yahudi diIsrael ialah turut melibatkan pokok dan batu bata . Di mana dua mahluk ini turut membantu umat Islam dalam menunjukkan tempat persembunyian Yahudi .

Ini adalah berita gembira yang besar di mana Israel menjadi duri dalam daging di dunia Arab sejak mereka mendirikan negara haram israel di negara Palestin . Israel menimpakan azab sengsara kepada bangsa Arab khususnya Palestin dan saban hari mereka menyiksa rakyat Palestine dan umat arab dan islam tidak dapat berbuat apa-apa .

TKK 93-95 Israel Dikalahkan

Dalil hadith :

Hadith Ibn Umar ,

عن ابن عمر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«تقاتلكم اليهود فتسلطون عليهم حتى يقول الحجر :يا مسلم هذا يهودي ورائي فاقتله> متفق عليه

Dari Ibn Umar ra , bahawa Nabi saw bersabda , ” Tentera Yahudi akan memerangi kalian namun kalian mampu mengalahkan mereka sehingga batu-batan akan berkata , ” Wahai Muslim , dibelakang aku ada Yahudi , maka bunuhlah dia ”

( Muttafaq alaih , Bukhari , no 2925 Kitab Jihad )

 

Dalil Hadith :

Hadith Abu Hurayrah ,

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر :يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي تعال فاقتله إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود>متفق عليه

Nabi saw bersabda , ” Kiamat tidak akan terjadi hingga umat Islam berperang dengan Yahudi . Umat Islam akan mengalahkan mereka sehingga Yahudi bertempiaran bersembunyi di belakang pokok dan batu batan . Lalu batuan dan pepohon akan berbicara , ” Wahai Muslim , di belakang aku ada si yahudi , kemari dan bunuhlah dia . Kecuali pokok Gharqad kerana dia pokok yang ditanam yahudi ”

( Mutaffaq alaih, Bukhari no 2926 )

 

TKK 93-95 Part 3

Syarahnya :

Hadith perang Israel -Yahudi ini amat musykil dan berikut beberapa pendapat UlamaK :

Pendapat pertama mewakili salaf , ia merujuk perang akhir zaman , di mana Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan muslimin .

 

“ينزلُ الدجالُ في هذهِ السبخةِ بمرقناةٍ فيكونُ أكثرَ من يخرجُ إليه النساءُ، حتى إن الرجلَ ليرجعَ إلى حميمِه وإلى أمِّه وإلى ابنتِه وأختِه وعمَّتِه فيوثقُها رباطًا مخافةَ أن تخرجَ إليه”

Terjemahan :

“Dajjal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Marriqanah . Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita , sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat/menjaga isteri , ibu , anak perempuan , saudara perempuan dan ibu saudaranya , kemudian diikatnya mereka kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajjal dan menjadi pengikutnya ”

( HR Ahmad (7/190) dan disahihkan oleh Ahmad Syakir )


Ia berlaku di akhir zaman kerana lafaz , ” Kiamat tidak akan berlaku hingga Islam dan Yahudi berperang ”

Dalam keadaan umat arab dan Islam lemah dan berpecah , maka sekarang tidak mungkin Islam dapat mengalahkan Israel , maka pasti ia berlaku di akhir zaman .

 

TKK 93-95 Part 4

Syarah:

Pendapat kedua : ulama’ seperti Syaikh Ibrahim al-Uula, al-Ardh al-Muqaddasah muka surat 156, perang Yahudi dan Muslim berlaku dua kali , ketika zaman salaf , di mana mereka dikeluarkan dari tanah Arab dan kedua ialah perang menghancurkan Israel sekarang .


Dalilnya :

( AQ Al-Isra’ 17 : 7 )

Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat , maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri , dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua , (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid , sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai .


Dalam ayat tersebut , di sebut kemusnahan Israel adalah dua kali.

 

TKK 93-95 Part 5

Syarah :

Kenapa Nabi saw menyebut dengan khusus , pepohon dan batu bata berbicara dan membantu umat Islam mengesan Yahudi ?


Ini suatu yang ajaib tetapi melihat kepada kerakusan dan kezaliman Yahudi di Israel , di mana mereka menggunakan jentolak mereka meranapkan kebu
n-kebun tin, tamar dan zaitun .

Maka di akhir zaman ketiga pokok ini akan turut membantu . Juga ganasnya jentolak yahudi meranapkan rumah-rumah Palestine , hingga batu tersebut diberi kuasa oleh Allah SWT untuk berbicara .


Dalilnya :


” Apakah kamu tiada mengetahui , bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit , di bumi , matahari , bulan , bintang , gunung , pohon-pohonan , binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia ? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya . Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya . Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki . Keadaan orang-orang kafir di dalam neraka dan balasan terhadap orang-orang yang beriman “

( AQ Al-Hajj 22 : 18 )

 

TKK 93-95 Part 6/Akhir

Syarah :

Kesimpulannya , peperangan besar di akhir zaman ada dua : satu perang muslimin dengan Yahudi dan perang Islam melawan Dajjal seluruhnya . Nabi saw memisahkan dua perang yang mega , perang melawan Yahudi dan perang melawan Dajjal dan keduanya akan dikalahkan sebelum Kiamat adalah dua mukjizat Nabi saw yang akan menggembirakan umat islam kerana yahudi telah memberi kesengsaraan berterusan kepada umat Islam bukan sahaja di Palestine tetapi dengan menguasai media , politik dan ekonomi , mereka terus menindas Islam dan umat manusia yang lain . kejayaan Islam menumpaskan mereka secara total sudah tentu merupakan berita gembira kepada kita kerana kali ini seluruh alam maya turut membantu , termasuk pokok dan batu .

(Ref dr al-Mubayyad , al-Mufassal)

 

 

 



Komen dan Soalan