Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.10.02 TANDA-TANDA BUKTI HADITS PALSU (BHG. 02)

02.10.02 TANDA-TANDA BUKTI HADITS PALSU (BHG. 02)

277
0
Iklan

Panel: BroSyarief
#160616 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.10.02 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Persoalan Hadits Palsu

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

TANDA-TANDA BUKTI HADITS PALSU (Bhg. 02)

04 Pertentangan dengan Al-Quran dan Kaedah Utama Agama

Terdapat perkara-perkara yang telah tetap disebutkan di dalam al-Quran, seperti perihal berlakunya hari kiamat yang hanya Allah sahaja tahu bila ia akan berlaku.

Maka, jika terdapat hadits yang menyebutkan bahawa kiamat akan berlaku pada hari khas atau tarikh tertentu, maka jelas ianya palsu kerja jelas bertentangan dengan al-Quran.

Contohnya, hadits berikut,

وَلَدُ الزِّنَا لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَى سَبْعَةِ أبْنَاءٍ

“Anak zina tidak akan masuk syurga selama 7 keturunan”

[al-Laa’i al-Masnu’ah fi al-Ahaadits al-Mawdhu’ah]

Hadits ini palsu jelas bercanggah dengan ayat al-Quran yang menyebutkan,

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

“Dan tidaklah seorang pendosa itu menanggung dosa orang lain”

[al-An’am(6):164]

05 Percanggahan dengan Sunnah yang Tsabit

Antara yang bercanggah dengan sunnah yang sahih adalah hadits-hadits yang mengatakan sesiapa yang diberi nama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk neraka.

Ibn al-Qayyim menyebutkan berkaitan hadits-hadits sebegini,

فهذا يناقض ما هو معلوم من دينه ان النار لا يجار منها بالاسماء والالقاب، وانما النجاة منها بالايمان والاعمال الصالحة

Hadits-hadits sebegini bercanggah dengan apa yang telah jelas dari agama, bahawa api neraka tidak dihindari dengan nama dan gelaran; malah hakikat kejayaan melepaskan diri dari neraka adalah dengan iman dan amal soleh

[al-Manar al-Munif]

06 Perselisihan Hadits dengan Ijma’

Contohnya, hadits berikut,

‘Sesiapa yang solat pada malam Jumaat sebanyak 8 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat itu, al-Fatihah sekali dan Qul Huwa alLahu Ahad 25 kali, (kemudian) apabila dia selesai solat dia menyebutkan selawat sebanyak seribu kali; Allah akan jadikan untuknya kaffarah bagi solat-solat yang pernah dia tinggalkan walaupun selama 100 tahun, dan Allah ampunkan untuknya seluruh dosa-dosanya..’

Ini adalah menyelisihi Ijma’. Ibnul Jauzi menyebutkan tentang hadits ini,

هَذَا حديث موضوع بلا شك وَكَانَ واضعه من جهلة القصاص

Ianya palsu tanpa syak, seakan-akan penciptanya dari kalangan tukang cerita yang jahil..

وكيف تقوم ركعتان يسيرة يتطوع بِهَا مقام صلوات كثيرة مفترضة هَذَا محال

Bagaimana boleh beberapa rakaat yang ringan menggantikan solat-solat fardhu sebanyak itu? Ini mustahil!

[al-Mawdhu’aat al-Kubro]

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan