Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Larangan Solat Bersandar Pada Tali : Hadith 146

Larangan Solat Bersandar Pada Tali : Hadith 146

179
0

Panel: Cikgu Rahim

146. Dari Anas r.a.,  katanya:   “Nabi  s.a.w.  masuk  ke dalam masjid, tiba-tiba nampak di situ ada seutas tali yang memanjang antara dua tiang.Beliau s.a.w. bertanya: “Tali apakah ini?” Orang-orang menjawab: “Ini adalah kepunyaan Zainab, jikalau ia sudah malas – letih bersembahyang, ia menggantung di situ.” Nabi s.a.w. lalu bersabda: “Lepaskan sajalah. Baik seseorang itu melakukan shalat di waktu ia sedang bersemangat, maka jikalau ia telah merasa malas, baiklah ia tidur saja.” (Muttafaq ‘alaih)

«146» وعن أنس رضي الله عنه قَالَ: دَخَلَ النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم المَسْجِدَ فَإِذَا حَبْلٌ مَمْدُودٌ بَيْنَ السَّارِيَتَيْنِ، فَقَالَ: ((مَا هَذَا الحَبْلُ؟)) قالُوا: هَذَا حَبْلٌ لِزَيْنَبَ، فَإِذَا فَتَرَتْ تَعَلَّقَتْ بِهِ. فَقَالَ النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم: ((حُلُّوهُ، لِيُصلِّ أَحَدُكُمْ نَشَاطَهُ فَإِذَا فَتَرَ فَلْيَرْقُدْ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
في هذ الحديث: الحث على الاقْتِصاد في العبادة، والنهي عن التعمُّق فيها، والأمر بالإقبال عليها بنشاط، وجواز تنفُّل النساء في المسجد إذا أمنت الفتنة.

Syarah ringkas

Islam agama yang penuh kemudahan dan jauh dari kesulitan

Lelaki dan perempuan boleh solat sunat di masjid.

Hendaklah menghilangkan kemungkaran dengan tangan bagi sesiapa yang mampu..

Dimakruh bersandar pada sesuatu bagi orang yang sedang solat.

Perintah untuk bersederhana dalam beribadat

Dianjur beribadah ketika sedang semangat

Boleh mengerjakan solat sambil duduk jika penat..

Pencegahan terhadap kemungkaran tidak mungkin dilakukan sebelum seseorang memiliki pengetahuan mendalam tentangnya.

Komen dan Soalan