Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Qiyam Ramadhan: Disunnahkan untuk dilakukan secara berjama`ah, bahkan sesiapa yang menyelesaikan solat...

Qiyam Ramadhan: Disunnahkan untuk dilakukan secara berjama`ah, bahkan sesiapa yang menyelesaikan solat malamnya bersama imam, dituliskan baginya solat sepanjang malam.

214
0
Iklan

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

35. Qiyam Ramadhan: Disunnahkan untuk dilakukan secara berjama`ah, bahkan sesiapa yang menyelesaikan solat malamnya bersama imam, dituliskan baginya solat sepanjang malam.

أن رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم خرج ليلة من جوف الليل، فصلَّى في المسجد، وصلَّى رجال بصلاته، فأصبح الناس فتحدثوا، فاجتمع أكثر منهم فصلوا معه، فأصبح الناس فتحدثوا، فكثر أهل المسجد من الليلة الثالثة، فخرج رسول الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فصلَّى فصلوا بصلاته، فلما كانت الليلة الرابعة عجز المسجد عن أهله، حتى خرج لصلاة الصبح، فلما قضى الفجر أقبل على الناس، فتشهد، ثم قال : ( أما بعد، فإنه لم يخف علي مكانكم، ولكني خشيت أن تفرض عليكم فتعجزوا عنها ) . فتوفي رسول الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم والأمر على ذلك .

الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 2012 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Rasulullah ﷺ keluar pada satu pertengahan malam, lalu baginda solat di masjid. Beberapa orang ma’mum solat bersama baginda. Keesokan paginya, orang ramai bercerita tentangnya. Lalu lebih ramai ma’mum yang berkumpul dan solat bersama baginda. Keesokan paginya, orang ramai bercerita tentangnya. Lalu lebih ramai ma’mum yang berkumpul pada malam yang ketiga, dan Rasulullah ﷺ solat dan mereka solat bersama baginda. Pada malam keempat, masjid tidak dapat menampung jumlah ma’mum, (baginda tidak keluar solat malam) sehinggalah baginda hanya keluar untuk solat Subuh. Selepas selesai solat Subuh, baginda menghadap ke arah orang ramai, baginda bersyahadah, kemudian bersabda: “Amma ba`d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kalian (di masjid untuk solat malam berjama`ah malam tadi), namun aku bimbang solat ini diwajibkan atas kalian, dan sebahagian daripada kalian berasa lemah untuk mengerjakannya.” Baginda wafat dalam keadaan sedemikian. – Shahih Al-Bukhari, no. 2012.

 

 

إنَّهُ من قام مع الإمامِ حتى ينصرفَ هو كُتِبَ لهُ قيامُ ليلةٍ

الراوي : أبو ذر الغفاري | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 806 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

Sesiapa yang solat malam bersama imam sehingga imam selesai, dituliskan baginya qiyam sepanjang malam.” – Al-Jami` Al-Mukhtashar At-Tirmidzi, no. 806. Kata At-Tirmidzi: Hasan shahih.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Nabi ﷺ pernah melakukannya secara berjama`ah, dan pernah juga melakukannya secara bersendirian. Oleh itu, seseorang boleh memilih mana-mana yang dikehendakinya. Namun, ketika `Umar Al-Khathab melihat orang ramai solat secara berkumpulan dan bersendirian, beliau berpendapat berjama`ah adalah lebih baik. Ini juga merupakan pendapat Ibn Al-Mubarak, Ahmad, dan Ishaq. Sedangkan Asy-Syafi`i memilih pendapat seseorang boleh solat seorang diri sekiranya dia seorang qari (penghafaz Al-Qur’an).

2. Sesetengah orang meninggalkan jama`ah ketika imam mengerjakan solat witir, dan ini merupakan satu kerugian. Ini kerana tidak semua yang meninggalkan witir bersama imam akan melanjutkan solat malamnya di rumah, bahkan sebahagiannya menghabiskan masa dengan menonton TV, beristirahat, malah ada yang pulang ke rumah dan terus tidur.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan