Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Qiyam Ramadhan: Solat malam 2 raka`at, 2 raka`at.

Qiyam Ramadhan: Solat malam 2 raka`at, 2 raka`at.

254
0
Iklan

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

susunan Ustaz Adli Khalim

34. Qiyam Ramadhan: Solat malam 2 raka`at, 2 raka`at.

صلاةُ الليلِ مَثْنى مَثْنى. فإذا رأيتَ أنَّ الصبحَ يُدركُك فأَوتِرْ بواحدةٍ. فقيل لابنِ عمرَ: ما مَثْنَى مَثْنَى؟ قال: أن تُسلِّمَ في كلِّ ركعتَينِ.
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 749 | خلاصة حكم المحدث : صحيح


“Solat malam 2 raka`at, 2 raka`at. Apabila engkau lihat Subuh akan masuk, lakukanlah solat witir satu raka`at.” Ibn `Umar ditanya: “Apa maksud 2 raka`at, 2 raka`at?” Jawabnya: “Engkau memberi salam setiap 2 raka`at.” – Shahih Muslim, no. 749.

 

ما كان يزيدُ في رمضانَ ولا غيرِه على إحدى عشْرةَ ركعةً، يصلي أربعُ ركَعاتٍ ، فلا تَسألْ عن حُسنِهن وطولِهن، ثم يصلي أربعًا، فلا تسألْ عن حُسنِهن وطولِهن، ثم يصلي ثلاثًا، فقلتُ: يا رسولَ اللهِ تنامُ قبلَ أن تُوتِرَ؟ قال: تنامُ عيني ولا ينامُ قلبي.
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 3569 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Baginda tidak menambah bilangan raka`at di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain melebihi 11 raka`at. Baginda solat 4 raka`at, dan jangan engkau tanyakan tentang bagusnya serta panjangnya setiap raka`at. Kemudian baginda solat 4 raka`at, dan jangan engkau tanyakan tentang bagusnya serta panjangnya setiap raka`at. Kemudian baginda solat 3 raka`at. Aku (`A’isyah) bertanya: “Ya Rasulullah! Adakah engkau tidur sebelum mengerjakan witir?” Jawab baginda: “Kedua-dua mataku tidur, tetapi qalbuku tidak tidur.” – Shahih Al-Bukhari, no. 3569.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Jumhur mengatakan solat malam hendaklah dikerjakan 2 raka`at, 2 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn `Umar.

2. Sebahagian yang lain pula berhujah dengan hadits `A’isyah yang secara zahirnya menyebutkan bahawa Nabi ﷺ mengerjakan solat 4 raka`at tanpa salam selepas 2 raka`at, dan tanpa menyebutkan adanya tasyahhud awal pada raka`at kedua.

3. Namun, kata-kata `A’isyah “baginda solat 4 raka`at” juga boleh ditafsirkan sebagai Nabi mengerjakan solat 2 raka`at, 2 raka`at, kemudian baginda berehat seketika, kemudian baginda menyambung kembali solatnya.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan