Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary Apakah Status Periwayatan Ahli Bid’ah

Apakah Status Periwayatan Ahli Bid’ah

64
0

S: Saya nak tanya tentang beramal dengan hadith yang diriwayatkan oleh orang yang berfahaman selain daripada ahli sunnah wal jamaah.. Dalam pada itu,hadith yang diriwayatkan itu sahih pada sanad dan matannya.. barakallahu fiik

J: Periwayatan ahli bid’ah secara asasnya tertolak, diterima dengan qarain. Jika terbukti sahih, maka baginya diamal seperti hadith Sahih lain. Allah Maha Mengetahui

 

S: Daripada Abdullah bin ‘Amru r.a, ada seseorang bertanya Nabi s.a.w:

” Yang manakah (di dalam) Islam yang paling baik ?

Nabi s.a.w menjawab:

“Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenali dan orang yang tidak kamu kenali.”

( HR Bukhari )

J: Sahih

 

S: Saya nak tanya tentang hadith:

“Siapa yang kenal akan dirinya, maka kenallah dia akan tuhannya”

Hadith ni saya banyak dengar ulama’ sufi menyebutnya tetapi di dalam kitab silsilah ahadith al-daifah wal-maudhuat karangan al-albani menyebut ianya palsu berdasarkan pandangan beberapa orang imam fiqh..jadi saya nak tanya kedudukan hadith ini sama ada ianya menjadi percanggahan sesetengah fuqaha’ atau memang jelas palsu..tq

J: Tiada yang Sahih dalam bab

Komen dan Soalan