Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Siapakah Yang Memberi Rasulullah Makan Ketika Kematian Ini…

Siapakah Yang Memberi Rasulullah Makan Ketika Kematian Ini…

253
0

Salam syeikh..Dalam isu makan di kenduri arwah, hujah puak A.B.W.J ni menggunakan hadis di bawah sebagai satu lesen besar keluarga si arwah boleh menganjurkan makan-makan.

Bagaimana syarahnya syeikh sebab kelihatan bertentangan dengan hadis jaafar tu.

satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya;

عن رجل من الأنصار قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي الحافر أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه فلما رجع استقبله داعي امرأة فجاء وجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا فنظر آباؤنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يلوك لقمة في فمه

Maksudnya;
“Daripada seorang lelaki dari Ansar berkata; kami keluar bersama Rasulullah SAW (untuk menziarahi) satu jenazah. Aku melihat Rasulullah SAW memberi wasiat ketika berada di atas perkuburan kepada penggali (penggali kubur) agar memperluaskan bahagian kaki jenazah itu dan memperluaskan dibahagian kepala jenazah itu. Ketika baginda SAW pulang, seorang seorang pemanggil kepada isteri telah menjemput Baginda SAW. lalu baginda SAW datang (menerima jemputan) dan Baginda SAW dihidangkan dengan makanan. Baginda SAW mengambil makanan itu, begitujuga sahabat-sahabat mengambil dan mereka makan beramai-ramai. Ayah kami melihat baginda SAW mengunyah satu suapan dalam mulutnya.

Jawapan:
Syarah hadith: Hadith ni memang sahih tapi orang yang cenderung kepada bid’ah tidak cermat dalam matan hadith, yang jadi khilaf ialah siapa yang panggil Nabi makan tu, ini dari kitab Tuhafah al-Ahwadzi (Syarah Sunan Termidzi:

قلت : قد وقع في المشكاة لفظ داعي امرأته بإضافة لفظ امرأة إلى الضمير ، وهو ليس بصحيح ، بل الصحيح ( داعي امرأة ) بغير الإضافة ، والدليل عليه أنه قد وقع في سنن أبي داود : ( داعي امرأة ) بغير الإضافة ، قال في عون المعبود : داعي امرأة ، كذا وقع في النسخ الحاضرة ، وفي المشكاة : داعي امرأته بالإضافة . انتهى

Terjemahan:
al-Mubarakfuri menyebutkan: Aku berkata: Terdapat di dalam kitab al-Misykat lafaz perkataan ‘wakil isterinya/isteri si mati’ yang mana perkataan ‘perempuan’ diidhofahkan/disandarkan kepada dhamir (huwa/dia yang membawa maksud isteri si mati). Ia adalah tidak sahih. Bahkan yang sahih adalah ‘wakil seorang perempuan’ tanpa disandarkan (maksudnya tak disebutkan itu isteri si mati). Dalilnya terdapat di dalam Sunan Abu Daud ‘wakil perempuan’ tanpa disandarkan (kepada si suami). Berkata penulis di dalam Aun al-Ma’bud: ‘wakil seorang perempuan’, sama sebagaimana yang disebutkan dalam nas yang ada. Di dalam al-Misykat: ‘wakil perempuan si mati/isteri si mati).
Ahli bid’ah dia sandarkan jemputan itu kepada si mati, yang sahih, jemputan makan tu tak ada kaitan dengan si mati, maksudnya jemputan makan kenduri dari perempuan Ansar yang kebetulan dah lama nak jemput Nabi makan di rumahnya.

Komen dan Soalan