Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita: Nota ke 64 (Umum)

Fiqh Wanita: Nota ke 64 (Umum)

399
0
Iklan

#NourelChinta

S & J Fiqh Wanita UiTO

 

Soalan 1

Mengenai uri. Apakah cara terbaik melupuskannya menurut islam?

Jawapan 1 Thtl

Pelupusan uri ada dua cara:
1. di serahkan kpd pengurusan hospital, mereka ada prosedur melupuskan sisa klinikal, biasanya organ manusia dilupuskan dgn membakarnya
2. membawa pulang dan ditanam di mana saja yg sesuai

 

 

Soalan 2

Betulkah semasa dialam kubur , mayat akan dilihatkan tempatnya samada di syurga atau neraka? Mohon dalil syeikh

Jawapan 2 Thtl

Pratonton tempat kesudahan
dalil:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم قَالَ: إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِاْلغَدَاةِ وَ اْلعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ وَ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ: هَذَا مَقْعَدُكَ حَتىَّ يَبْعَثَكَ اللهُ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ

Dari Ibnu Umar ra bahwasanya Rosulullah Saw telah bersabda, “Sesungguhnya seseorang di antara kalian itu apabila telah meninggal dunia akan diperlihatkanlah kepadanya (di dalam kubur) tempat tinggalnya (pada hari kiamat) di waktu pagi dan petang. Jika ia termasuk penduduk surga maka ia termasuk penduduk surga. Tetapi jika ia termasuk penduduk neraka maka ia termasuk penduduk neraka. Dikatakan (kepadanya), inilah tempatmu sehingga Allah akan membangkitkanmu pada hari kiamat”. [HR al-Bukhori: 1379, 3240, 6515, Muslim: 2866]

 

 

Soalan 3

Hukum melagukan Quran.

Jawapan 3 Thtl

Hukum taranum AQ
Khilaf, mazhab syafi’iy sunat, mazhab hanbali, bid’ah

 

 

Soalan 4

Hukum mematahkan jari atau membunyikan jari ketika solat .

Jawapan 4 Thtl

Ketika solat, makruh patahkan jari.
tanda x khusyuk.

صليت إلى جنب بن عباس ففقعت أصابعي فلما قضيت الصلاة قال : لا أم لك تقعقع أصابعك وأنت في الصلاة

Aku (Syu’bah) pernah salat di samping Ibnu Abbas, kemudian aku membunyikan jariku. Setelah selesai salat, beliau mengatakan, ’Kamu tidak sopan, membunyikan jari ketika sedang salat.’ (HR. Ibn Abi Syaibah, 7280 dan sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil).

 

 

Soalan 5

Apakah pendapat syeikh jika seorang suami merasakan memberi nafkah,menanggung anak dan isteri sebagai satu bebanan bukan tanggungjawab yg diamanahkan oleh ALLAH.mohon pencerahan.

Jawapan 5 Thtl

Memberi nafkah satu beban

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rizkinya hendaklah memberi nafkah dari apa yang telah Allah karuniakan kepadanya. Allah tidaklah memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang telah Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan” [Ath Thalaq : 7].
Mmg ia beban untuk suami mendapat kemaluan wanita secara halal. tapi beban itu mengikut kemampuannya

 

 

Soalan 6

Boleh ke tunaikan solat fardu secara jamak semasa berada di kampung halaman sendiri sekiranya Berkerja di kl , kampung di kedah. Pulang ke kampung pada cuti hujung minggu (eg: sabtu dan ahad)

Jawapan 6 Thtl

Solat jamak di watan hakiki
mazhab menetapkan definasi watan atau kampung untuk memudahkan org awam.
watan hakiki=kampung/lokaliti kelahiran seseorang, dia memiliki ibubapa, sanak saudara dan sahabat handai di sana. maka dia tidak boleh melakukan solat jamak atau qasar di kampungnya sendiri, kampung isterinya juga termasuk watan hakiki
watan mastautin atau sukna ialah watan atau tempat dia bekerja, menetap di taman tertentu utk mencari rezki dan dia memiliki rumah di taman tsb. sini juga tak boleh jamak dan qasar solat kerana dia telah memiliki rumah dan komuniti. dia tidak lagi ada status musafir di tempat dia menetap.
Uruf org malaysia ialah dia ada kampung halaman, tanah kelahirannya, watan hakiki dan kemudian dia bekerja di negeri yg lain. maksudnya kebanyakan rg malaysia ada kampung halaman watan hakiki dan tempat baru di mana dia menetap dan cari makan.
kedua tempat ni tidak dianggap musafir dan dia kena solat tamam atau lengkap
ruj lanjut: Fiqh islami wa adillatuh, dr wahbah zuhaili, jld dua

 

 

Soalan 7

Seorang lelaki telah diperangkap dimasukkan dadah dalam makanan/minumannya lalu telah bersetubuh dengan seorang wanita. lepas tu wanita tersebut mengandung.
5 bulan kemudian,mereka bertemu semula .kandungan wanita tersebut sudah membesar dan tidak boleh digugurkan.

Perlukah lelaki tersebut bertanggungjawab sedangkan beliau dianiaya?

Jawapan 7 Thtl

Terperangkap dan berzina
dalil hadits:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا-، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ إِنَّ اللهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ

Dari Ibnu ‘Abbas ra, dari Nabi saw, beliau bersabda : “Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku kekeliruan, kealpaan dan apa-apa yang dipaksakan terhadap mereka”. HR Ibn Majah, disahihkan al-Albani, al-Irwa’ no 82
maka dia dihukumkan tidak berdosa. apakah dia bertanggungjawab bergantung kpd keadaan:
1. jika dia ada kemampuan menolaknya, maka boleh tolak
2. jika ada rasa tanggungjawab kpd anak benihnya, boleh kawin
3. jika dia terus dipaksa kerana ujian DNA, maka nasib badan.

 

 

Soalan 8

Apakah perkara yg kita lakukan semasa hidup yg menyebabkan amalan kita tidak diterima ALLAH?

Jawapan 8 Thtl

Amalan tidak diterima

(فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً)

“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabb-nya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seoran gpun dalam beribadat kepada Rabb-nya.” (QS. Al Kahfi: 110)
tiga amalan yg dilakukan menyebabkan amalan x diterima:
1. tauhid yang salah
2. tidak ikhlas
3. amalan yg tidak ikut sunnah (amalan bid’ah)
(syaikh Jamil Zeenu, Hudz Akiidatak)

 

 

Soalan 9

Adakah perkataan “chia.. chia.. chiaa..” yg sibuk di gunakan oleh teman2 yg hanya sekadar guarauan( mengikut sketsa rancangan di tv) itu haram digunakan? Kerana ia dikatakan zikir agama lain yg bermaksud “saya cinta dajal”.. minta penjelasan.

Jawapan 9 Thtl

Kalimah chia chia bermaksud saya cinta Dajjal?
tak ada kaitan kecuali yg mendakwa dapat membawa dalil.

 

 

Soalan 10

Mahzab yang tidak membolehkan jamak di watan hakiki isteri dan suami.

 Jawapan 10 Thtl

Wathan asli
Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Dan tempat kediaman isteri juga adalah watan asli.

أنّ الوطن الأصليّ يتحقّق عند أغلب الفقهاء بالإقامة الدّائمة على نيّة التّأبيد ، سواء أكان في مكان ولادته أم في مكان آخر ، ويلحق بذلك مكان الزّوجة
Jumhur=majoriti mazhab kecuali maliki dan sebahgian hanbali
Ref: Al-Mausua’ah Al-Kuwaitiah: 28/271-273

 

 

Soalan 11

Ada tak hadith berkaitan soalan dalam kubur di mana mayyit ditanya ” kenal tak lelaki ini?” Stelah diperlihatkan rupa Rasulullah SAW.
Hadis ini ada dalam sahih bukhari..Kitab wuduk

Jawapan 11 Thtl

Hadith kenal x lelaki ini
matan:
إنَّ العبدَ إذا وُضِعَ في قبرِهِ ، وتَولَّى عنهُ أصحابُهُ ، إنَّهُ ليسمعُ قرعَ نِعالِهِم ، أتاهُ ملَكانِ فيُقْعِدانِهِ فيقولانِ لَهُ : ما كنتَ تقولُ في هذا الرَّجلِ محمَّدٍ ؟ فأمَّا المؤمنُ فيقولُ : أشهدُ أنَّهُ عبدُ اللَّهِ ورسولُهُ ، فيقالُ لَهُ : انظرْ إلى مَقعدِكَ منَ النَّارِ قد أبدلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقعدًا خَيرًا منهُ قالَ رسولُ اللَّهِ : فيراهُما جميعًا ، وأمَّا الكافرُ أوِ المُنافقُ ، فيُقالُ لَهُ : ما كنتَ تقولُ في هذا الرَّجلِ ؟ فيقولُ : لا أدري ، كنتُ أقولُ كما يقولُ النَّاسُ ، فيُقالُ لَهُ : لا درَيتَ ولا تلَيتَ ، ثمَّ يضربُ ضربةً بَينَ أُذُنَيْهِ فيصيحُ صَيحةً يسمعُها مَن يليهِ غيرُ الثَّقلَينِ

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 2050 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | انظر شرح الحديث رقم 13590
terj:
dari Anas bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya (mayat atau jenazah seorang) hamba ketika diletakkan dalam kuburnya dan berpaling darinya para sahabatnya (i.e. saudara mara, sahabat handai dll yg mengiringi jenazahnya) darinya sesungguhnya kedengaran/mendengar dia (simati) bunyi dua selipar mereka, maka datanglah dua malaikat (kepadanya dan) mendudukkan kedua-duanya akan dia, maka berkata kedua-duanya kpdnya: ‘Apakah engkau ada berkata di dalam ini lelaki Muhammad?’ (Maksudnya: Apakah engkau kenal lelaki ini?) Maka adapun orang-orang mukmin, maka berkata dia: ‘Aku naik saksi sesungguhnya dia (i.e. orang itu) adalah hamba Allah (a.w) dan Utusan Allah (a.w) (yakni, Rasulallah (s.a.w)).’ Maka berkata mereka (kedua-dua malaikat): ‘Lihatlah kpd tempat duduk engkau dari neraka (yakni, ditunjukkan neraka), sungguh-sungguh telah mengganti untukmu oleh Allah (a.w) dgnnya (i.e. neraka itu) dgn tempat yg lebih baik darinya (yakni, syurga).’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka melihat pada keduanya kesemuanya (yakni, yg berlaku dalam neraka dan syurga itu).

Dan adapun orang yg ingkar (yakni, kafir dan menolak as-Sunnah dan sebagainya) atau (yg) munafiq, maka berkata mereka berdua kpd mereka (yg kafir, ingkar dan munafiq): ‘Apakah ada engkau berkata pada ini lelaki?’ Maka berkata mereka: ‘Tidak tahu aku! Tidak membaca aku (apa-apa yg dibawanya)!’ Kemudian dipukul dia dgn satu pukulan (di bahagian) antara dua telinganya (yakni, di tengah-tengah kepalanya), maka berteriak (atau menjerit dia, simati) dgn suara jeritan yg boleh didengar oleh orang-orang yg mendekatinya (dalam kubur dan mengikut hadith lain oleh semua makhluk kecuali manusia) selain dua muatan (yakni, makhluk yg memukulnya, yakni kedua malaikat yg memukul itu).’ HR anNasaiy.sahi an-Nasa’iy 2050
bukan bukhari dan tak ada diperlihatkan Nabi kepadanya.

 

 

Soalan 12

Mohon pnjelasan tentang galakan mengerjakan solat dhuha.

Jawapan 12 Thtl

Galakan solat Dhuha

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ ، وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى (رواه مسلم، رقم 1181) .

Pada setiap persendian kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi; Setiap tasbih (membaca subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (membaca Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (membaca Lailaha illallah) adalah sedekah, setiap takbir (membaca Allahu Akbar) adalah sedekah, amar bil ma’ruf adalah sedekah, nahi ‘anil munkar adalah sedekah. Semua itu dapat terpenuhi dengan (shalat) dua rakaat yang dilakukan di waktu Dhuha.” (HR. Muslim, no. 1181)

 

 

Soalan 13

Perlukah qada solat yang ditinggalkan semasa habisnya period?
Contoh :
Kemarin saya last period dan dari pagi sampai malam darah haid sudah tidak keluar dan malamnya saya mndi wajib.
Perlukah qada solat yang saya tinggalkan itu?
Saya keliru sikit bab ini sebab ada ustaz kata kena qadha.

Jawapan 13 Thtl

Qadha solat semasa kering haid
tak ada qadha kerana hukum qadha solat ni tak ujud, demikian kata Imam Ibn Taymiyah, Majmu’ Fatawa jld 23:335
jika ada, sudah tentu Nabi akan mengkhabarkan kpd wanita.
ustaz yg kata kena qadha, kemungkinan langkah berhati-hati, cth dia kering haidh waktu asar, maka qadha waktu zuhur. yg sebenarnya tak ada nas.

كنا نؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة
“Kami (para wanita) diperintahkan mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha shalat.” umdatul ahkam 49

 

 

Soalan 14

a) Kalau seseorang tu murtad macamna, amalan yang dia buat seperti solat,puasa,sedekah sebelum murtad?

Jawapan Thtl

Murtad menghapuskan amalan

” Barangsiapa yang murtad diantara kalian dari agamanya kemudian mati dakan keadaan kafir, mereka itulah yang gugur amalan-amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka adalah penghuni neraka serta kekal di dalamnya.” (Al Baqarah 2: 217)

b) Jika dia kembali dari murtad macamana ? Bermakna amalan terdahulu tetap dikira sifar yer?

Jawapan Thtl

Sifar kena start semula. Murtad benda besar, dosa besar.

 

 

Soalan 15

Adakah sunnah mengikut suami menziarahi orang meninggal dunia?
seperti ex colleague, friends

Jawapan 15 Thtl

Hukum ziarah kematian
Sunat, dalilnya

عن أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : ” مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ ” مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar. Muttafa’un ‘alaihi.

 

 

Soalan 16

Tentang solat jamak qasar, saya belum begitu jelas.
Kalau bekerja di kl dan balik kampung tak boleh jamak qasar.tapi macamana pula dengan kes telah beli rumah di kl, bekerja di kl dan dah menetap di kl beberapa tahun, masih tidak boleh juga jamak qasar di kedah ke syeikh?

Jawapan 16 Thtl

Watan
watan asli=watan tempat tumpah darah, masih ada sanak saudara di kedah
watan sukna=watan iqamah=watan menetap kerana cari rezki, bekerja dan berumahtangga, di KL

Maka kedah tidak boleh jamak qasar jika pulang ke kampung kerana watan asli
di KL tidak boleh jamak qasar kerana itu watan sukna atau iqamah.
jika naik PLUS KL- kedah, maka boleh jamak qasar

 

 

Soalan 17

Macam mana kalau solat qabliyah dan badiah zohor , nk buat 4 rakaat , kita kena buat dua dua rakaat ke ataupun 4 rakaat terus?

Jawapan 17 Thtl

Solat sunat rawatib 4R
Boleh mengerjakan 2 rakaat satu salam. ini kaifiyat asal solat sunat, 2 rakaat, satu salam
Boleh juga nak buat 4R satu salam.

 

 

Soalan 18

Kalau kita pakai niqab ( maksudnya purdah yang tutup dahi tuh ) kalau pakai nampak kening boleh ke ? Ataupun tak boleh ?

Jawapan 18 Thtl

Purdah
Purdah/niqob= seluruh muka kecuali mata
hukumnya harus menurut jumhur. maksudnya di sisi jumhur, wajah wanita bukan aurat.
Jika anda ingin pakai niqob atau face veil atau tutup muka macam arab saudi, terpulanglah, nak tutup semua atau nak kasi nampak kening ker, nak pakai jaring ker.
satu lagi kena cek dgn majikan, dan uruf tempat kerja, adakah majikan selesa dan rakan2 sekerja selesa dgn anda berniqob…sebab anda melihat mereka, namun mereka tidak dapat melihat anda..jadi macam genie pulak

 

 

Soalan 19

Kalau anak-anak lahir di kl, bila balik kampung boleh jamak qasar ke syeikh?

Jawapan 19 Thtl

Boleh solat jamak qasar di kedah dalam keadaan ia sudah menjual semua hartanya di sana, ibubapanya sudah mati, sanak saudaranya sudah pupus. Ia pulang selepas 50 tahun merantau ke tempat lain

cth nabi dan para sahabat, mereka diusir dr mekah, harta benda di rampas dan sanak saudara mereka memerangi mereka dalam 10 kali peperangan. maka bila sahabat balik semula ke mekah, mereka menjadi org asing di watan asli sendiri.
itu boleh jamak qasar.

masalahnya melayu, budaya balik kampung masih tebal, jalanraya jem teruk setiap kali cuti panjang. maka watan hakiki/asli dan watan sukna masih ada di malaysia.

oleh kerana adanya watan asli, watan sukma dan org balik kampung cuti beraya, maka lahirlah istilah watan hakiki dan sukna oleh mazhab hanafi.

 

Komen dan Soalan