Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Sahihkah Hadis Malaikat Tunggu 6 Jam Untuk Catat Kejahatan

Sahihkah Hadis Malaikat Tunggu 6 Jam Untuk Catat Kejahatan

4260
0
Iklan

Soalan:

Mohon status hadith ‘Malaikat tunggu enam jam untuk catat amal kejahatan’

S23: Daripda Abu Umamah R.A. Dari Nabi s.a.w.sabdanya bermaksud:
Malaikat yang disebelah kanan (yang mejadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tesebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat disebelah kanan berkata: Tunggu dahulu “lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam, maka jika orang itu beristighfar daripda perbuatan jahat itu, tidaklah ditulis sesuatu pun, dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah dituliskan bagi nya satu kejahatan sahaja.. (Hadis riwayat at-tabrani)

Jawapan Ustaz Adli Khalim:

Tidak Sahih. Allah Maha Mengetahui. (Dipetik dari jawapan Ustaz Fathi al-Sakandary)

 

 

Soalan :

Adakah tidak sahih itu dhoif atau maudhu?

Jawapan Ustaz Ad-Dien:

Riwayat malaikat berhenti enam/tujuh jam diriwayatkan oleh Al-Thabrani dalam Mu’jam Al-Kabir. Riwayat Ja’far bin Zubair daripada Al-Qasim daripada Abi Umamah yakni Sudaiyy ibn ‘Ajlan memang ma’lul dan dikritik ramai aimmah nuqqad salaf..

Antaranya Al-Bukhari menilai riwayat dr jalan itu matruk. Hal yang sama disebutkan berulang kali oleh Ad-Daraquthni dan An-Nasaie.

Bahkan Abu Hatim berkata riwayat Ja’far dari Al-Qasim drpd Abi Umamah banyak kepalsuan lebih daripada 100 hadith. Hingga syu’bah pernah kata tentangnya, dia palsukan lebih kurang 400 hadith. Ini suatu jarh yang berat.

Begitu juga Abu Nu’aim dalam Dhu’afa’nya menyebutkan jarh yang berat, kata beliau Ja’far itu tidak ditulis (diambil) riwayatnya malah tiada nilai pun (la yaktub wala yusawi syai-an) au qama qal.

Wallahua’lam.

Komen dan Soalan