Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita : Nota ke 47 (Umum)

Fiqh Wanita : Nota ke 47 (Umum)

380
0
Iklan

Soal Jawab Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Saya ada pertanyaan berkaitan dengan hukum haid bagi seorang wanita, dan keadaan:

  1. Wanita yang sedang hafal quran, jika datang haid, bagaimana dia nak menghantar hafalan baru? Mengulang? Pegang quran?
  2. Seorang Ustzah mengajar quran, tapi datang haid, bagaimana keadaan dia jika dia nak mengajar?
  3. Mengajar golongan wanita dan mereka ni bukan hafal quran. Jadi ada la ustaz datang mengajar, wanita ni datang haid. So mcm mana? Boleh belajar atau tidak? Pegang quran?

Jawapan 1 Thtl

Wanita haid dan al-quran. Hukum umum, wanita haid boleh membaca al-quran. Dalilnya:

ثم حجي واصنعي ما يصنع الحاج غير أن لا تطوفي بالبيت ولا تصلي

“Kemudian berhajilah, dan lakukan apa yang dilakukan oleh orang yang berhaji kecuali thawaf dan shalat” (HR.Al-Bukhary dan Muslim, dari Jabir bin Abdillah)

  1. Wanita sedang hafal al-quran. Dia boleh teruskan, mengulangi dan menyentuh al-quran. Adapun sentuh al-quran, keluar dari khilaf ialah menggunakan bukan musyhaf, seperti PDF, smartphone dan terjemahan al-quran.
  2. Wanita haid mengajar al-quran. Boleh asalkan dia menggunakan al-quran edisi terjemahan atau smartphone.
  3. Belajar al-quran pun boleh, keluar dari khilaf, semasa belajar, guna al-quran edisi terjemahan.

 


 

Soalan 2

Mengikut solat sifat nabi, tiada perbezaan antara wanita & lelaki. Adakah wanita perlu untuk melebarkan tangan ketika sujud? Adakah wanita perlu meluaskan kaki (kangkang bersentuhan) dengan saf apabila berjemaah semasa berdiri tegak ?

Jawapan 2 Thtl

Perbezaan solat antara lelaki dan wanita. Hukum asal, tiada beza, dalil:

Imam Bukhari dalam At-Tarikh As-Shaghir, dari Ummu Darda r.a,

أنها كانت تجلس في صلاتها جلسة الرجل ، وكانت فقيهة

“Ummu Darda duduk ketika salat sebagaimana duduknya lelaki. Padahal ia adalah seorang ulama wanita”

Dalam mazhab, seperti syafi’iy memang ada perbezaan antara solat lelaki dan wanita. Terpulang jika anda ingin ikut pendapat tersebut, tapi di sisi ahli hadith, ia tiada beza.

 


 

harga-emas-pegadaian

Soalan 3

Berkaitan zakat, benarkah emas yang dipakai, dikecualikan daripada bayaran zakat?

Jawapan 3 Thtl

Zakat emas perhiasan, ia isu khilaf. Jumhur, perhiasan wanita tidak dizakatkan, ini pendapat majoriti sahabat. Dalilnya: Dari Jabir ra

لَيْسَ فِى الْحُلِىِّ زَكَاةٌ

“Tidak ada zakat pada perhiasan.” mauquf, albani, Irwa’ no 807

Negeri Kelantan ikut Jumhur, yakni semua perhiasan wanita tidak diwajibkan zakat, zakat free. Amalan di Malaysia untuk semua negeri kecuali kelantan, perhiasan ada dua jenis:

  1. Yang dipakai, tidak ada zakat atasnya.
  2. Perhiasan yang di simpan. Ini kena zakat jika melebihi nilai uruf.

Contoh:  Nilai uruf yang berzakat di selangor, bila perhiasan simpanan melebihi 800 gram emas, perlis darul sunnah ialah 170 gram. Nilai satu gram emas ikut nilai semasa, contohnya sekarang RM170/gram. Jika 170 X 170 = RM28K

 


 

Soalan 4

Adakah sebarang dalil/sanad sahih mengatakan, semut/kepala & ekor ikan, elakkan daripada ter/dimakan terutamanya budak-budak kerana akan mudah menjadi ‘lembap’ dalam pelajaran ?

Jawapan 4 Thtl

Hukum makan semut dan kepala ikan. Tidak ada dalil sebab dalam urusan makan minum ia kembali kepada hukum asal, harus semuanya kecuali yang ditegah seperti daging babi dan bangkai. Makanan dan minuman dikembalikan kepada apa yang baik mengikut uruf atau adat, dalil:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan, karena sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu.” [QS. Al-Baqarah: 168]

 


Kuala_Lumpur_Malaysia-Istana_Negara-Jalan-Duta-01

Soalan 5

Persoalan berkenaan protokol dalam institusi raja melayu dalam negara. Apa hukumnya ‘Merafak Sembah’ dan ungkapan ‘Duli Yang Maha Mulia’, adakah dibenarkan dalam islam? Dan adakah perbuatan ini berkecuali? terima kasih

Jawapan 5 thtl

Protokol dalam istana. Merafak sembah dan ungkapan duli yang maha mulia adalah ungkapan yang salah, namun tidak ada mufti yang berani membuat teguran kepada majlis raja-raja. Antara sebabnya ialah majlis agama digabungkan dengan adat melayu, maka ia menjadi majlis agama dan adat istiadat melayu kelantan, Maik. Maka adat yang fasid atau rusak dimasukkan sekali ke dalam urusan agama atau syariat tanpa di sana ada usaha-usaha mengislahkan adat yang buruk.

 


 

Soalan 6

Situasi : Ibu dan ayah sudah bercerai. Dan ayah berkahwin lain. Isteri ayah yang sekarang telah mendedahkan sendiri niat dia menyekat belanja dan nafkah kami 6 beradik, semasa mereka mempunyai anak 2 yang kecil. Kami 6 beradik bersekolah masa itu. Keadaan ibu terumbang ambing susulan ayah tidak beri nafkah yang sepatutnya. Kami turut mendapat kesukaran untuk berkahwin setelah apa sahaja keputusan ayah bergantung kepada jawapan ibu tiri kami. Masa berlalu begitu sahaja. Terbaharu, si ibu tiri ada membuat perancangan untuk menyekat pembahagian harta kami adik beradik, atas dasar si ibu tiri berketurunan Negeri Sembilan.

Jadi kami 6 beradik terpanggil untuk membuat 1 tindakan kerana dia keterlaluan. Tapi ibu kami ada juga melarang kami untuk melawan apa yang sedang berlaku.

Soalan saya, perlu atau tidak kami 6 beradik tuntut hak dan nafkah kami yang ayah kami tunggakkan dahulu semasa kami 6 beradik bersekolah? . Isu pembahagian harta tersebut, jika kami masuk campur, boleh atau tidak? Dan perlu atau tidak kami membalas dendam atas apa yang dia buat ke atas kami?

Untuk pengetahuan, kami 6 beradik (3 perempuan 3 lelaki). Manakala di sebelah sana pula (anak ibu tiri, 4 orang anak dan kesemuanya perempuan).

Jawapan 6 Thtl

Isu nafkah dan penjagaan. Jika keluarga bercerai, ada beberapa isu kena selesai:

  1. Hak penjagaan anak, jika anak telah mumaiyyiz, mereka memilih untuk menetap dengan ibu atau ayah.
  2. Hak mendapat nafkah dari ayah. Ini kena diputuskan oleh mahkamah syariah

Jika anak-anak telah dewasa dan ingin berumah tangga:

Hak jodoh ditentukan oleh si anak bukan ibu tiri, jika ibu tiri menghalang, maka hendaklah diadukan kepada Hakim untuk mendapat wali hakim. Si anak juga boleh berpindah rumah dan menyewa jika ada kerjaya sendiri. Wallahu-A’lam

 


Studio shot of syringe and vial

Soalan 7

Apa pendapat sheikh berkenaan vaksin? Ada golongan antivaksin terlalu taksub dengan pandangan peribadi sehingga menimbulkan kekeliruan dalam hukum agama terutamanya.

Jawapan 7 Thtl

Hukum vaksin. Hukumnya harus bahkan dituntut, dalilnya, kaedah fiqh yg masyhur

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan

 


 

Soalan 8

  1. Macamana dengan hukum bagi pihak yang sengaja menyiarkan pogram tribute si artis yang sudah meninggal?
  2. Bagaimana nak menjawab tuduhan keras dan fitnah terhadap sekolompok manusia yang mengatakan pogram tribute seorang artis yang meninggal baru- baru ni adalah “idea wahabi” dengan mengantikan tahlil kepada konsert tribute.

Jawapan 8 Thtl

Susulan, idea wahabi yang mencipta tribute kepada artis?. Tanya dia balik, kat saudi, artis langsung tidak disanjung, apatah lagi mengadakan tribute, fitnah kepada kerajaan dan negara saudi. Siapa yg menyebut wahabism adalah ahli bid’ah.

 


 

Soalan 9

Apa hukumnya seseorang mengucapkan RIP kepada mereka yang non muslim meninggal? Apa yang boleh kita ucapkan untuk memberi tahu yang bersedih yang kita faham kesedihan mereka.

Jawapan 9 Thtl

Makna RIP – Rest in peace -Bersemadilah dengan tenang. Takleh doa non muslim yang dah mati. Ijmak.

Ungkapan takziah, RIPRIP = semuga ruhnya bersemadi dengan damai di sisi Tuhan adalah ungkapan berbentuk doa. Maka ia dilarang. yang diharuskan ialah ungkapan takziah yang sesuai seperti ” I offer you my deep condolence, may you have the strength to go through the sad moments.

Dalil larangan:

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

[Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni (neraka) Jahim. ](AQ, at-Taubah 9: 113)

 


 

Soalan 10

Betulkah tidak boleh kita fidyah kepada simati yang semasa dalam hidup dia, dia seorang ahli maksiat?

Jawapan 10 Thtl

Fidyah. Fidyah apa? solat, puasa? Kalau solat, tak ada fidyah. Kalau puasa, semasa dia hidup, dia ahli maksiat, boleh membayar fidyah untuknya berdasarkan dalil umum, fatwa Aisyah ra:

لا بل تصدَّقي عنها مكان كل يوم نصف صاعٍ على كل مسكين

“Tidak perlu qadha, namun bayarlah fidyah dengan bersedekah atas nama ibumu dalam bentuk setengah sha’ (cupak) makanan, diberikan kepada orang miskin. (HR. At-Thahawi dalam Musykil Al-Atsar 1989, dan disahihkan Al-Albani)

 


 

Soalan 11

Saya dan adik beradik membayarkan hutang dan membayar kan fidyah untuk arwah ibunda setelah 3 hari meninggal. Ketika itu ibunda berumur 54 thn. Niat fidyahnya hanya membayarkan segala hutang puasa arwah yang mungkin pernah tertinggal. Dan di fidyah kan hanya sekali itu saja, sebanyak kurang lebih 3 guni beras. Kerana ibunda pernah berkata, dia banyak meninggalkan puasa ketika mengandung kan dan menyusui kami anak-anaknya seramai 7 orang, dan takut tak sempat dapat menggantikan puasa. Memang ibunda tidak berpesan kepada kami, tetapi hanya inisiatif kami anak-anaknya. Apa dan bagaimana hukum nya?

Jawapan 11 Thtl

Fidyah. Puasa si mati yang ditinggalkan wajib difidyahkan menurut jumhur, dalilnya:

Fatwa Ibnu Abbas ra. Dari Said bin Jubair rh, bahwa gurunya (Ibn Abbas) pernah mengatakan,

إِذا مرض الرجل في رمضان، ثمّ مات ولم يصم؛ أطعم عنه ولم يكن عليه قضاء، وإن كان عليه نَذْر قضى عنه وليُّه

“Apabila ada orang sakit ketika Ramadhan (kemudian dia tidak puasa), sampai dia mati, belum melunasi utang puasanya, maka dia membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin dan tidak perlu membayar qadha. Namun jika mayit memiliki hutang puasa nadzar, maka walinya harus mengqadhanya. (HR. Abu Daud 2401 dan di shahihkan Al-Albani).

Estimate berapa hari puasa yang ditinggalkan dan darab atau kali dengan nilai satu fidyah, yakni RM1.80.

 


 

Soalan 12

Apa hukum non muslim memberi kata-kata berkaitan dengan islam, berkaitan dengan bacaan al-quran. Adakah kita perlu menegur perkara-perkara begini, takut mempermainkan agama islam.

Jawapan 12 Thtl

Non-muslim memberi komen mengenai bacaan al-quran. Pelik bagaimana non-muslim tahu tajweed dan tafsirnya. Ini kerana umat Islam pun tak tahu

 


 

Soalan 13

Adakah tumbuhnya rambut pada kemaluan kanak-kanak lelaki dikira sudah baligh juga?

Jawapan 13 Thtl

Tanda baligh. Salah satu tanda baligh budak lelaki ialah tumbuh bulu pada ari-arinya. dalil:

Dari ’Athiyyah, ia berkata :

عرضنا على النبي صلى الله عليه وسلم يوم قريظة فكان من أنبت قتل ومن لم ينبت خلي سبيله فكنت ممن لم ينبت فخلي سبيلي

“Kami dihadapkan kepada Nabi saw pada hari Quraidhah (peristiwa pengkhianatan Yahudi Bani Quraidhah), di situ orang yang sudah tumbuh bulu kemaluannya dibunuh, sedang orang yang belum tumbuh dibiarkan. Aku adalah orang yang belum tumbuh maka aku dibiarkan” [HR. At-Tirmidzi no. 1584, An-Nasa’i no. 3429, dan yang lainnya; shahih].

 


 

Soalan 14

Hukum kutu emas bagaimana ya? Ada syarat-syarat yang mengharuskan?

Jawapan 14 thtl

Hukum kutu emas. Maksud kutu emas ialah membeli emas secara ansuran. Jumhur atau 4 mazhab mengharamkan kerana pembelian emas mesti secara cash atau tunai, namun jika ia emas perhiasan, rantai, cincin, gelang, maka diharuskan kerana ia bukan lagi pure gold. Demikian kata Dr al-Qardhawi (website UZAR).

 

 

Komen dan Soalan