Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 53 (Umum)

Fiqh Wanita 53 (Umum)

512
0
Iklan

alhamdulillah

 

#El Rose

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Hadis yang mengatakan dalam banyak-banyak kumpulan hanya ahli sunnah saja yang akan masuk syurga.Benarkah status hadis ini?

Jawapan 1 Thtl

Hadith perpecahan.
Hadits Mu’awiyah bin Abi Sufyan :

عَنْ أَبِيْ عَامِرٍ الْهَوْزَنِيِّ عَبْدِ اللهِ بْنِ لُحَيِّ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِيْ سُفْيَانَ أَنَّهُ قَامَ فِيْنَا فَقَالَ: أَلاَ إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فِيْنَا فَقَالَ: أََلاَ إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ اِفْتَرَقُوْا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ. ثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ .

Dari Abu ‘Amir al-Hauzaniy ‘Abdillah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata: “Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah saw pernah berdiri di hadapan kami, kemudian beliau bersabda, “Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan dan sesungguhnya ummat ini akan berpecah belah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, (adapun) yang tujuh puluh dua akan masuk Neraka dan yang satu golongan akan masuk Syurga, yaitu “al-Jama’ah.” HR Abu Daud, no 4597, albani, sahih.

 

 

Soalan 2

Boleh ke ucap merry chrismas , deevapali dan sebagainya?

Jawapan 2 Thtl

Ucapan Merry Christmas (semuga bergembira sempena Birthday Jesus al-Masih
kata Dr al-Qardhawi, kebanyakan ulama salaf tidak membolehkan kerana:
1. suasana hostility zaman dulu, di mana ahli kitab memerangi dan memusuhi ajaran yg baru ketika itu, Islam. sebelum Nabi wafat baginda mengutus surat2 kpd raja2 kristian di sekitar tanah arab, semuanya kecuali Najashi menyatakan permusuhan kpd Muslim. Maka tidak ada ucapan kpd ahlil kitab
2. semasa zaman khilafah, Islam menakluk negara kristian timur, maka warga kristian menjadi warga kelas kedua dan umat Islam menguasai dunia sbg super power, maka tidak ada keperluan mengucapkan merry krismas kpd warga kelas kedua
3. era kejatuhan Islam dan penjajahan, maka umat Islam lemah di kuasai oleh kristian, juga hostiliti dan permusuhan, tiada ucapan merry krismas
4. era moden, era PBB, era United nations, negara setuju tidak lagi ada penjajahan dan permusuhan, maka banyak umat Islam yg berhijrah dan menetap di USA dan EC; juga warga kristian yg menetap di negara OIC utk urusan business dan politik. Maka zaman ini isu merry christmas timbul kerana ujudnya perdamaian dan hubungan baik antara dua umat, kristian 2 bilion dan muslims 1.4 bilion.
apakah boleh?

Part 2 merry christmas
2. Hukumnya boleh jika:
1. anda mempunyai jiran2 kristian yg mempunyai hubungan yg baik
2. bekerja di syarikat yg majikannya kristian atau pekerjanya kristian yg baik kerana membina kilang dan ofis serta melabur di negera Islam
3. jalinan kerjasama dalam partai politik dinegara yg berbilang kaum, cthnya BN memiliki rakan sekutu parti kristian baik di semenanjung dan borneo, PR juga mempunyai parti kristian sbg rakan sekutu mereka
dasar keharusannya ialah:
“Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah menghitungkan segala sesuatu. “Surah An-Nisaa’ : 86)
Cthnya, mereka mengucapkan selamat HariRaya kpd muslim, maka selayaknya muslim juga mengucapkan selamat hari Natal kpd mereka

Kedua: “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”. Al-Mumthanah ayat 8
Ayat ini menunjukkan era yg dilalui zaman, era permusuhan dan sekarang era perdamaian antara kristian dan muslim.

Ketiga: ini isu khilafiah dalam adat. ada yg keras spt Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, saudi arabia yg mengharamkan secara mutlak dan kelonggaran dan kemaafan dr Ibn Hazm, Dr qardhawi dan majlis fatwa Eropah.

 

 

Soalan 3

Adik beradik tiri ini boleh nikah dan bukan mahram kan.
Anak duda dari perkhawinan dahulu dengan anak janda dari perkhawinan dahulu.

Jawapan 3 Thtl

Adik beradik tiri boleh nikah. Boleh, tapi jarang atau tidak pernah kita dengar.

 

 

Soalan 4

Apakah fatwa semasa tareqat naqshabandi haqqani dan pandangan tentang tarekat
naqshabandi alliyah?

Jawapan 4 Thtl

Naqsyabandi
tareqat mempunyai banyak masalah termasuk tareqat naqsyabandi dan segala sub-groupnya. Masalah utama tareqat naqsyabandi adalah pada akidah dan ritualnya.

Dari segi akidah ada tiga masalah utama:
1. berdusta atas nama Abu Bakar as-siddiq. mereka mendakwa ajaran naqsyabandi berasal dari Abu Bakar. kedustaan ini jelas kerana Abu Bakar adalah khalifah pertama dan murid Nabi saw yg tidak akan mencipta sesuatu dalam agama.
2. meyakini sesiapa yg tak join naqsyabandi berada dalam bahaya, bahaya tidak dijamin masuk syurga
3. meyakini tokoh2 naqsyabandi yg sudah mati, masih hidup dan disyariatkan mendekati diri kpd arwah2 tokoh2 tsb utk mendekati diri kpd Allah atau memohon sesuatu melalui ruh2 pendiri tareqat.
pendiri tareqat:
Muhammad bin Muhammad Baha’udin al-Bukhari, yang kemudian mendapatkan gelar Syah Naqsyaband. Dia dilahirkan tahun 618 H dan meninggal tahun 719 H, atau hidup antara 1317-1389 M. warga Turkistan.

 

 

Soalan 5

Macammana kalau kubur di hias2 dengan marmar, rumput dan pokok cantik?

Jawapan 5 Thtl

1. Menghias kubur dgn marmar, rumput dan pokok landscape
Kesyirikan bermula dari kubur kalian, maka Nabi saw melarang keras budaya menghias kuburan. sesiapa yg berbuat demikian menjadi Kuburiyun atau pencinta dan pemuja Kubur, grave worshippers
dalil2:

أَلاَ وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ أَلاَ فَلاَ تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ إِنِّى أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ

“Ingatlah bahwa orang sebelum kamu, mereka telah menjadikan kubur nabi dan orang soleh mereka sebagai masjid. Ingatlah, janganlah jadikan kubur menjadi masjid. Sungguh aku benar-benar melarang dari yang demikian” (HR. Muslim no. 532 dr Jabir ra).
maksud menjadikan kubur sbg mesjid ialah hiasan dan ritual yg berlaku di kuburan khususnya kubur keramat

أُولَئِكَ قَوْمٌ إِذَا مَاتَ فِيهِمُ الْعَبْدُ الصَّالِحُ – أَوِ الرَّجُلُ الصَّالِحُ – بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا ، وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ الصُّوَرَ ، أُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ

“Mereka adalah kaum yang jika hamba atau orang soleh mati di tengah-tengah mereka, maka mereka membangun masjid di atas kuburnya. Lantas mereka membuat gambar-gambar (orang soleh) tersebut. Mereka inilah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah” (HR. Bukhari no. 434 dari Ummu Salamah).

2. Atsar sahabat

عَنْ أَبِى الْهَيَّاجِ الأَسَدِىِّ قَالَ قَالَ لِى عَلِىُّ بْنُ أَبِى طَالِبٍ أَلاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ

Dari Abul Hayyaj Al Asadi, ia berkata, “‘Ali bin Abi Tholib berkata kepadaku, “Sungguh aku mengutusmu dengan sesuatu yang Rasulullah saw pernah mengutusku dengan perintah tersebut. Yaitu jangan engkau biarkan patung (gambar) melainkan engkau musnahkan dan jangan biarkan kubur tinggi dari tanah melainkan engkau ratakan.” (HR. Muslim no. 969).

عَنْ جَابِرٍ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ

Dari Jabir, ia berkata, “Rasulullah saw melarang dari memberi semen/marmar pada kubur, duduk di atas kubur dan membangun binaan di atas kubur.” (HR. Muslim no. 970).
Bagaimanamana kita ingkar kpd sunnah?

 

 

Soalan 6

Mengenai pokok2 ada kata ulama berbeza pendapat ada yang kata, tanah arab tidak tumbuh pokok?

Jawapan 6 Thtl

Isu menanam pokok atau landscape kpd kuburan
Ia harus atas alasan hijau dan mencantikkan kuburan supaya ia tidak dipenuhi belukar dan semak samun, bukan ada akidah yg lain, misalnya pokok2 akan berdoa kpd ahlil kubur. Itu akidah yg tidak ada asalnya. Di tanah Arab mmg tidak ada pokok kerana kesusahan utk menjaga pokok2 tsb yakni keperluan menyiram dan menjaga memandangkan ia padang pasir. Maka isu menanam pokok dan rumput mmg tak ada larangan jika atas alasan landscape dan kehijauan alam sekitar. WA

 

 

Soalan 7

Kalau seseorang itu bernazar untuk sembelih dua ekor kambing sebab dapat jual tanah,masa tukang sembelih nak sembelih kambing tu kena niat apa-apa ke? Contoh: niat sembelih korban?

Jawapan 7 Thtl

Niat korban nazar
Niat adalah lintasan hati tanpa ada ungkapan. semasa darah mengalir dari haiwan nazar, maka niatlah inilah kurban Nazarku, ya Allah terimalah.

 

 

Soalan 8 Thtl

Hukum ASB…saya ambil kira pandangan 2 tokoh sunnah, Dr.Maza-harus & Dr.Zaharuddin-haram….
Apa pandangan tuan….Dan jika kita tidak lagi menabung di ASB, blehkan duit dividen itu disedekahkah kepada ibu bapa sendiri (sederhana ekonomi) yang tidak taraf fakir miskin tetapi berkeperluan utk mendapatkan duit….

Jawapan 8 Thtl

Hukum ASB
Bila ianya khilaf, langkah selamat ialah melabur dalam skim yang lain jika ada ilmu dalam wealth management. Jika tidak ada ilmu atau skill dalam wealth mgmt (pengurusan kekayaan), maka boleh melabur dalam ASB.
fuqaha yg membolehkan, maza dan majlis fatwa kebangsaan MFK menggunakan Mursalah Maslahah atau fiqh al-maqosyid, bertujuan menolak mudharat ke atas bangsa melayu dalam menguasai 30% equiti kekayaan negara milik melayu dan meraih kemaslahatan, supaya org melayu menguasai 30% equity kekayaan pasaran modal di Malaysia. itu tujuan utama mereka yg menghalalkannya
Fuqaha yg mengharamkannya adalah menggunakan kaedah yg jelas, apa yg haram tetap haram, yakni pelaburan ribawiyah, berasaskan riba. di mana ASB melabur dalam kaunter tidak patuh syariah khususnya sektur perbankan konvensional.
cara membersihkan pelaburan ASB ialah keuntungan yang diperolehi disedekahkan sebahgiannya utk membersihkan ia dari syubhat.

 

 

Soalan 9

Seringkali pihak sekolah menganjurkan pelbagai program agama yang bidaah. Jika tidak dikuti, dikatakan melawan arahan dan kawan2 memandang serong. Bagaimana cara terbaik untuk menghadapi situasi ini.

Jawapan 9 Thtl

Dilemma guru dgn program bid’ah
Dalil utk merubah bid’ah ialah”
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

[رواه مسلم]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”
(Riwayat Muslim)

Fiqh Hadith:
1. mencegah bid’ah bertahap dgn melihat kondisi, mentaliti, ilmu dan culture masyarakat yg kita nak ubah
2. ia bergantung kpd tahap ilmu dan keimanan anda yg ingin mencegah bid’ah, tuntutan tidak sama, ada yg kuat iman dan ada yg lemah imannya, maka lihatlah keadaan iman dan ilmu anda

 

 

Soalan 10

Dalam satu ceramah sunnah, ada dinyatakan kita di bolehkan qasar bermula dari musafir 5km…15km…18km dan begitu byk pandangan. Bagaimana cara terbaik utk saya berpegang kepada pendapat yang terbaik…

Jawapan 10 Thtl

Khilaf dalam jarak musafir utk mengqasar solat
1. Ada 20 pendapat dalam masalah ini kerana dalil yg qat’iy (jelas dan nyata/telus) tidak ada.
2. Perjalanan zaman dulu adalah menggunakan unta.
3. Kondisi laluan, perjalanan dari Madinah menuju mekah, tidak sama dgn perjalanan dr Madinah menuju ke Utara,
4. Musim, musim panas atau musim sejuk.

Ia menjadi semakin bingung kerana:
1. Perjalanan cara moden, kapalterbang dan keereta
2. Rangkaian lebuhraya yang canggih dan ada kawasan RnR yg selesa

Ada dua pendapat yang utama:
1. Perbatuan atau KM, mesti menempuh satu jarak yg menasabah, maka barulah di sana ada kesusahan. Maka yg diputuskan oleh Jumhur ulamak ialah 2 marhalah atau bersamaan 80-90KM
2. Definasi dan kondisi musafir yang diukur dgn perbekalan yg dibawa dan ditafsirkan oleh uruf sebagai suatu kembara atau perjalanan yg menyulitkan. Ini pendapat syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Musafir itu diri si musafir yg menilainya apakah dia benar2 akan bermusafir atau hanya perjalanan biasa dan rutin sahaja. Ini dikiaskan dgn perjalanan zaman salaf ketika mereka menaikan barang bekalan ke atas belakang unta atau kuda mereka dan perjalanan yang bakal dilalui.

Jalan keluar dr khilaf:
1. Jika anda tidak menguasai ilmu fiqih perbandingan mazhab, ikut mazhab syafi’iy sahaja, ia perjalanan yg melebihi 90KM
2. Jika anda menguasai ilmu fiqh dan rantingnya, bebas menetapkan samada ada musafir atau tidak berdasarkan bekalan yg anda bawa dan misi yg anda akan lakukan.

 

 

Soalan 11

Saya ada soalan. Amalan sunat dhuha tu amalan Rasulullah ke ?

Jawapan 11 Thtl

Amalan solat dhuha, ianya sunnah tanpa ragu, dalil:
Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda,

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

“Pada pagi hari diharuskan bagi seluruh persendian di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanallah) bisa sebagai sedekah, setiap bacaan tahmid (alhamdulillah) bisa sebagai sedekah, setiap bacaan tahlil (laa ilaha illallah) bisa sebagai sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu akbar) juga bisa sebagai sedekah.

Begitu pula amar ma’ruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua bisa dicukupi (diganti) dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at. HR Muslim. Kaifiat, 2 rakaat dan 4 rakaat.

 

 

Soalan 12

Adakah amalan memotong kuku pada hari2 tertentu? Ada yg mengatakan potong kuku pada hari rabu akan jatuh miskin?

Jawapan 12 Thtl

Kaifiat potong kuku
Kata al-Sakhawi:
لم يثبت في كيفيته، ولا في تعيين يوم له، عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء
Terj:
Tidak sahih (dalam bab memotong kuku) satu hadis pun dari nabi saw pada kaifiat (memotongnya) dan juga pada menentukan hari (memotongnya) (Rujuk: al-Sakhawi, al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)

 

 

Soalan 13

Apakah hukumnya seorg lelaki yg telah berkeluarga & punyai seorang anak bermesengger di FB dgn adik angkatnya… Walaupun si wanita itu tahu kedudukan lelaki itu telah berkeluarga tetapi masih tetap berhubung melalui media sosial Dan mengungkit kisah lampau ( berkenaan hati & perasaan yg tdk kesampaian ) akhirnya si isteri telah mendapat tahu dan perkara ini telah menyebabkan si isteri tawar hati dengan suami… Bagaimanakah kedudukan si isteri dalam perkara ini..

Jawapan 13 Thtl

Isteri tawar hati dengan sikap suami
Kasilah dia kawin satu lagi kalau dia mampu dan isteri pun dah tawar hati

 

 

Soalan 14

Apakah benar kenyataan di bawah ?
Tamat sudah diskusi kitab Kasyfus Sutur kali kedua bersama Syeikh Mahmud Said Muhammad Mamduh. Kesimpulan untuk diskusi kali ini ialah,
Antara kesalahan Muhammad b Abdul Wahhab aka pelopor gerakan Wahabi :
1- Memindahkan masalah2 furu’ kepada masalah2 usul.
2- Mengatakan hanya pendapat mereka sahaja yg betul dan org lain salah dan Mengkafirkan orang yg tidak sefahaman dengan mereka.

Kemudian Syeikh menerangkan makna hadis Allah melaknat Yahudi dan Nasrani kerana menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid. Yang dimaksudkan dengan “mengambil kubur sebagai masjid” ialah sujud di kubur itu sendiri. Maka dapat difahami bahawa jika sujud ditepi, atau bersebelahan kubur maka tidak termasuk dalam larangan hadis. Bahkan mustahil untuk seseorang sujud dikubur itu sendiri kerana kebanyakan kubur sekarang ada pagar atau binaan di atasnya. Jika sujud sekalipun di atas kubur itu hukumnya haram bukan sehingga tahap kafir seperti sangkaan wahabi.
Di sini jelas, terang lagi bersuluh kedangkalan wahabi dalam memahami makna hadis.
Di akhir kitab Syeikh memasukan fatwa2 yg dikeluarkan oleh Lajnah Fatawa Riyad yg berfahaman wahabi. Mengkafir orang yg bertawasul, menyembelih dan bernazar bg orang soleh. Dan mereka menghalalkn darah kaum muslimin, merampas harta kaum muslimin . Dan banyak lagi kisah menyayat hati berlaku ke atas kaum muslimin hanya kerana tidak sefahaman maka dihukum kafir oleh wahabi.
Semoga Allah menetapkan hati kita dalam golongan ahli sunnah wal jamaah. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kaum muslimin seluruhnya. Dan memberikan ganjaran yg selayaknya kepada masyaikh kita, masyaikh masyaikh kita yg bersambung sanad mereka kepada Sayyiduna Rasulullah
صلى الله عليه وآله وسلم.

Jawapan 14 Thtl

Syaikh Mahmood Said Mamduh
Beliau adalah pakar rujuk geng Habib. Tareqat mesir yg bergabung dgn Tareqat Yemen. Musuh utama mereka ialah Arab saudi kerana tareqat habib, alawi, syazili dan naqsyabandi tidak dibenarkan bergerak di KSA.
Perang tareqat habeeb/syazili dan alawi ni agak meruncing bila mereka mengembangkan sayab habeeb ke Indo da Malaysia. Kalau anda minat tareqat, abislah.

Komen dan Soalan