Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 52 (Umum)

Fiqh Wanita 52 (Umum)

1045
0
Iklan

 

Roses-Flowers-Jars
#Syafni

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Jika makan mee menggunakan chopstik adakah salah kerana bapa mengatakan berdosa makan pakai chopstik mengikut budaya cina?

Jawapan 1 Thtl

Guna chopstick
Rule atau Kaedah fiqihnya dalam mengikut budaya kafir:
Fatwa/kaedah dr saudi arabia:
“Menyerupai orang kafir boleh terjadi pada penampilan, pakaian, cara makan dan sebagainya kerana tasyabbuh/menyerupai adalah kata yang maknanya luas. Yang dimaksud menyerupai orang kafir adalah melakukan hal yang menjadi ciri khas orang kafir sehingga sesiapa sahaja yang melihatnya akan mengira bahawa orang yang dilihat adalah orang kafir. Inilah parameternya.

Adapun sesuatu yang telah tersebar luas di tengah-tengah orang Islam dan orang kafir maka melakukannya diperbolehkan meskipun pada asalnya budaya tersebut berasal daripada orang kafir tentu dengan syarat hal tersebut bukanlah terlarang secara khusus di dalam syariat seperti pakaian daripada sutera” (Syaikh Ibn Othaimeen, Majmu Durus wa Fatawa al Haram Makki 3/367, lihat Fatawa Ulama al Balad al Haram hal 601).

Maka chopstick bukanlah khusus kpd org Cina sahaja, bahkan budaya Korea, Japan, mongolia, vietnam termasuk china town di seluruh dunia. Bahkan umat Islam di china berjumlah 60 juta juga makan dgn chopstick. Maka chopstick bukan lagi khusus kaum china bahkan termasuk bangsa jepun, korea dan muslim di negara tsb.

 

 

Soalan 2

Jika ahli keluarga susah untuk menerima berkenaan bidaah yg dibuat cth membaca yasin setiap khamis malam jumaat, membaca yassin 3x nisfu syaaban, tahlil arwah dan lain2 lagi..bagaimana cara terbaik untuk menegur..mereka merasakan anak tidak banyak pengalaman seperti orang tua belajar..

Jawapan 2 Thtl

Family masih tegar amalkan bid’ah
Kaedah #16, kawaid Bid’ah
ahli masyarakat (termasuk famili kita) yang melakukan amalan2 bid’ah tidak otomatik menjadi ahli Bid’ah kerana kejahilan, tidak sampai manhaj sunnah kpd mereka dan keadaan realiti yg memaksa mereka melakukannya.
Maka anda tidak perlulah terlalu tertekan memikirkannya. Yang penting anda tidak menganjurkannya.

 

 

Soalan 3

Berdosa ke jika kita meluahkan rasa @ cerita tidak puas hati terhadap rakan sekerja yg lain..ini dikira mengumpat juga ke?

Jawapan 3 Thtl

Meluah rasa tidak puas hati hanya dalam situasi berikut:
1. mengadu kpd pihak yang boleh menyelesaikan isu tsb, khususnya kezaliman yang menimpa anda.
2. mengadi kpd si fulan, di mana si fulan tsb boleh mencegah kemungkaran dan kefasikan, maksudnya dia ada power nak stop kejahatan yang dilakukan oleh org tsb
3. mengadu hal kpd mufti atau ahli fiqih utk mendapatkan hukum
4. memperingati org ramai akan kefasikan seseorang yg memudaratkan masyarakat spt penzina, peminum arak, kai rasuah yg jelas dan nyata.
5. memperkenalkan seseorang OKU.
Ref: Imam Nawawi, syarah Riadhus Solihin oleh Ibn Othaimin, Unaizah, KSA

 

 

Soalan 4

Solat tamam maksudnya solat seperti biasa?

Jawapan 4 Thtl

Maksud solat Tamam
Tamam=sempurna ( تمام) = maksudnya solat yang dilakukan secara sempurna dan lengkap ketika tidak musafir.
Cth: solat zuhur yg tamam ialah 4 rakaat
solat zuhur yg rukhsah kerana travelling/safar ialah 2R

 

 

Soalan 5

Apa hukum beli brg secara ansur kt Court Mammorth?

Jawapan 5 Thtl

Pembelian ansuran Courts
Ianya haram kerana ia pakej pembiayaan Konvensional. Ini kerana Malaysia mengamalkan dasar liberal dan pragmatis, di mana ujud dwi sistem dalam muamalat, sistem patuh syariah dan konvensional diberi lesen beroperasi. Courts, syarikat yg berpusat di Belanda adalah syarikat credit secara Konvensional

 

 

Soalan 6
1. Hukum pengantin perempuan pakai rantai perhiasan di luar tudung?
2. Bagaimana kalau pengantin lelaki memakai rantai sebagai hiasan pada baju ?

Jawapan 6 Thtl
1. pengantin pakai rantai di luar tudung
Pengantin ni tidak diberatkan kerana uruf melayu kita yg dinamakan “Raja Sehari” maksudnya satu hari uruf meraikan hari besar mereka berdua.
2. Pengantin lelaki memakai rantai
Itu jelas di larang syarak, maka tidak boleh, larangan jelas itu Nabi mahu dibedzakan perhiasan lelaki dan perempuan. rantai dan inai mmg perhiasan perempuan, bukan utk lelaki.

 

 

Soalan 7

Mengenai ibu mengandung kalau dah perutnya makin besar, kalau pakai baju besar/jubah/maxi pregnen pun masih akan nampak perut boyot tu adakah berdosa?

Jawapan 7 Thtl

Mengenai perut boyot wanita mengandung
Jika sudah hampir bersalin, maka ia dinamakan daerah kemaafan, Umum al-Balwa, kesulitan yang sukar menghindarinya.

 

 

Soalan 8

Andaikata balik kampung selama 2 minggu. Boleh jamak/qasar tak ? Atau solat seperti biasa tanpa jamak/qasar

Jawapan 8 Thtl

Balik kampung dan status musafir
4 mazhab menetapkan kampung halaman di namakan wathan Hakiki dimana seseorang tidak lagi asing dan ganjil berada di kampungnya yg masih ada ibubapa, sanak saudara. sebaik sahaja dia sampai ke kampung halamannya, maka dia hendaklah solat tamam di mesjid bersama org kampungnya.

Jika dia merasa kesusahan balik kampung, tiada rumah yg tetap, misalnya menetap di homestay, ibubapa sudah lama meninggal. maka mengikut pendapat syaikhul Islam Ibn Taymiyah, boleh. cthnya, Nabi saw bila balik ke kampungnya di kota Mekah, melakukan solat qasar kerana baginda tiada rumah, kehilangan atuk, ibubapa dan sanak sedara.

 

 

Soalan 9

Kalau seorang muallaf meninggal, kena berbintikan siapa?

Jawapan 9 Thtl

Mualaf wafat, Ia tidak perlu diubah apa-apa, kerana ia ikut MYkad. Mykad yg menentukan nasab dia

 

 

Soalan 10

Betul ke semasa bersin adalah waktu yg mustajab doa?

Jawapan 10 Thtl

Doa mustajab ketika bersin
Itu salah faham, ayat yang betul ialah Adab bersin dan disunatkan membaca alhamdulillah
Dalil:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتُوهُ فَإِنْ لَمْ يَحْمَدْ اللَّهَ فَلَا تُشَمِّتُوهُ
“Bila salah seorang dari kalian bersin lalu memuji Allah maka tasymitlah dia. Tapi bila dia tidak memuji Allah, maka jangan kamu tasymit dia.” (HR. Muslim no. 2992)

Tasymit= membaca “YARHAMUKALLAH “(semoga Allah merahmatimu)
bukan ditakwil menjadi masa yg mustajab berdoa.

 

 

Soalan 11

Saya ada kemusykilan sikit tentang hubungan saudara tiri. Kisahnya :-
Seorang janda yang mempunyai seorang anak perempuan berkahwin dengan seorang duda juga mempunyai anak lelaki dan perempuan. Dan setelah berkahwin mereka dikurniakan anak 2 orang anak lelaki dan seorang anak prempuan.

1. Adakah batal atau tidak batal air wuduk anak janda tersebut dgn anak duda tersebut yakni adik beradik tiri itu ?
2. Apakah hubungan anak si janda tadi dengan anak kepada suami baru si janda tadi, adakah adik beradik kandung atau adik beradik tiri juga. Mereka sama ibu tetapi berlainan bapa sahaja dan batalkan wuduk mereka ?

Jawapan 11 Thtl

Hukum sentuhan antara mahram dan status wuduk sudah dijelaskan banyak kali sebelum ni, ada dalam archive
1. Mazhab Hanafi, tidak batal secara mutlak baik ada rasa syahwat atau tidak
2. Mazhab maliki dan hanbali: batal jika sentuhan yg ada rasa syok, tidak batal jika tidak ada rasa apa-apa
3. Mazhab syafi’iy: batal secara mutlak baik sengaja, syahwat atau tidak ada rasa syiok.

Pendapat yg rajih (lebih benar) menurut Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan Qardhawi ialah tidak batal secara mutlak. Maka inilah pendapat yg dipilih Ibn Abbas kerana menyentuh itu maksud hakiki ialah sentuhan dalam bahasa kiasan. sentuhan yg membatalkan wuduk ialah hubungan seksual.

Pilihlah pendapat ini dan tinggalkan pendapat syafi’iyah. buktinya penganut syafi’iyah akan pegang dgn pendapat ini ketika di Mekah, membuktikan mereka tahu itulah yg betul, cuma fanatik mereka yg menyebabkan mereka enggan pindah mazhab.

 

 

Soalan 12

Mohon kesahihan penyataaan ini.”Jangan dicabut pokok-pokok kat atasa kubur atau keliling dia. Memang nampak tak cantik,tak bersih tapi pokok-pokok itulah yang bertasbih kepada Allah Ta’ala. Moga  keberkatan Tasbih tersebut mengalir pada jenazah dibawahnya”.

Jawapan 12 Thtl

Pokok2 di atas kubur meminta ampun buat si mati.
Ia tidak sahih. kalau sahih, maka kubur baqi’ di medina akan ditanam pokok oleh kerajaan saudi.
Itu kubur baqi’ di medinah (pic dibawah)

baqi

Komen dan Soalan