Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 37(Umum)

Fiqh Wanita 37(Umum)

172
0
Iklan

flowers-04

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————————

 

Soalan 1

Ikut syariah, jika bayi berumur 9 bulan dan ibu juga ayah dah failkan perceraian, kemungkinan bayi tersebut akan diberi pada siapa? Ibu baru nak mula bekerja, bayi pulak menyusu sepenuhnya dengan susu ibu..ikut priority macam mana ye?

Jawapan 1 Thtl

Hadhanah atau penjagaan anak kalau bercerai.
Anak bawah mumayyiz bawah 7 tahun, di bawah jagaan ibu. kalau dah mumaiyyiz, hakim akan tanya kanak2 tersebut dia nak duduk dengan siapa.

 

 

Soalan 2 dan jawapan Thtl

a) Apa hukum seorang balu yang ziarah pusara arwah suaminya setiap hari dan sering taburkan bunga di pusara. Rose petals bukan nya jambangan bunga ?

Jawapan

Selalu tu yang dilarang. Tujuan ziarah untuk insafkan diri bukan untuk meratapi .

b) Maksud meratap ni, menangis terukkah ? Kalau kita masih sedih, dan tidak boleh menerima hakikat yang suami kita itu dah tiada. Itu dikira meratap tak? Walaupun ketika ziarah tu tak nangis beriya?

Jawapan

Nangis dgn mengalir air mata OK, tapi tidak boleh tampar pipi, usap nisan dan meraung.

c) Hadis yang kata kalau iringi jenazah dapat pahala satu qirat itu tak apply pada wanita atau hadis tu tak sahih ?

Jawapan

Hadith sahih dan apply utk lelaki .

d) Maksud makruh mengiringi jenazah tu, konvoi dengan van jenazah ya sheikh? Bila dah selesai penkebumian, wanita boleh ziarah la? Betul kan ziarah kubur sunat pada semua, tak kira gender?

Jawapan

Hukum ziarah sunat for all. Larangan telah dimansuhkan .

e) Larangan ziarah kubur dimansuhkan?

Jawapan

Larangan wanita ziarah kubur dimansuhkan. Sebab aisyah ra selalu ziarah kubur .

f) Untuk wanita: Iringi jenazah, makruh . Ziarah kubur, sunat. Hadiri upacara pengkebumian boleh?

Jawapan

Untuk wanita, setakat kat rumah je, bila mayat bergerak ke kubur, wanita tak ikutlah .
Sebab percampuran di tanah perkuburan tu yg salaf cuba elakkan .

g) Apakah hukumnya wanita haid ikut mengiringi jenazah ke tanah kubur?

Jawapan

Makruh wanita iringi jenazah, dalil:

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ نُهِينَا عَنِ اتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ ، وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Dari Ummu ‘Athiyah ia berkata, “Kami (para wanita) dilarang mengiringi jenazah. Namun larangannya tidak terlalu keras bagi kami.” (HR. Bukhari no. 1278 dan Muslim no. 938).

*Jumhur: perempuan makruh tanzih hampir haram kecuali Maliki yg harus wanita iringin jenazah.
Maka isu haid tak timbul.

 

 

Soalan 3

Mengikut mazhab syafie di Malaysia  anak dilahirkan selepas enam bulan ibu dn bapa bernikah (ibunya telah mengandungkan dia sebelum bernikah ) dikira mahram dengan adik beradik nya .

Adakah ini bermakna anak ini boleh jadi wali bagi adik perempuan nya ?

Jawapan 3 Thtl

Jika lahir selepas 6 bulan, maka ia anak sah taraf menurut mazhab tsb dan sah menjadi wali .

 

 

Soalan 4

Bagaimana aurat perempuan dengan lelaki kurang siuman?

Jawapan 4 Thtl

Jika dia ada syahwat, maka aurat kena jaga .

 

 

Soalan 5

Adakah perbezaan antara dugaan dan balasan atau ianya sama sahaja?

Jawapan 5 Thtl

Dugaan vs balasan .
Dugaan=cobaaan. Allah mencoba hambaNya, maka ditimpakan musibah
Balasan=akibat dari perbuatan manusia, akan dibalas baik atau jahat.

 

 

Soalan 6

Pendapat  pasal produk kecantikan yang guna kolagen tapi kolagen dari placenta binatang dan tumbuhan .

Jawapan 6 Thtl

Harus , collagen dari sumber haiwan kena diluluskan oleh Jakim, kena ada logo halal .
jika dari sumber selain haiwan, tak ada masalah.

 

 

Soalan 7

Shahihkah hadith ini., Rasulullah SAW bersabda,
“Jika kamu melihat seseorang terbiasa ke masjid , maka saksikanlah bahawa dia beriman ”
( HR Ahmad dan At -Tirmidzi )

Jawapan 7 Thtl

Tashih hadith

إذا رأيتُمُ الرَّجلَ يعتادُ المسجدَ فاشهَدوا لَه بالإيمان ،
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3093 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
HR Ahmad Termidzi, dinilai dhaif oleh al-Albani .

 

 

Soalan 8

Adakah benar jika ada tetamu di rumah, lebih utamakan layan tetamu walaupun untuk solat fardhu/ jumaat?

Jawapan 8 Thtl

Allah first .

 

 

Soalan 9

Apa pendapat syeikh, solat dhuha yang dijadikan rutin dan hampir tak pernah miss?

Jawapan 9 Thtl

Solat dhuha bukan rutin . Kena follow Nabi apa yg rutin.
*witir
*Rawatib
*Tahajud/qiam

 

 

Soalan 10

a) Doa yang terdapat dalam solat Dhuha , bukan asal dari Nabi SAW kan?
Dan ia ada unsur takalluf dan al tasyqiq . Ikut konsep yang macamna Nabi SAW anjurkan?

Jawapan

Bebas . Semua doa yg makthur dlm hisnul muslim .

b) Tapi solat dhuha ini bukan rutin Nabi buatkan?

Jawapan

Tak .

c) Boleh buat masa break 1 pm sebelum zohor?

Jawapan

Dhuha waktu dhuha. Balik pada nama dia dhuha, Dhuha dlm arabic , waktu pagi .

d) Waktu afdal masa unta dalam kepanasan antara pukul 10am ke ?

Jawapan

Sahih .

 

 

Soalan 11 dan jawapan Thtl

a) Boleh tak jelaskan antara dajjal iman mahdi yahjuj dan mahjuj dengan  Nabi isa yang mana ikut susunan betul , tanda besar ?

Jawapan

terj: Dari Abdullah bin Bisri, bahwasanya Nabi saw bersabda : Rentang waktu antara Al Malhamah Al Kubra dan penaklukan Madinah (Konstantinopel) adalah enam tahun dan pada tahun ke tujuh, Dajjal akan keluar .

b) Dalam teks itu , dajjal akan keluar semasa itu adakah imam Mahdi sudah diturunkan kebumi?

Jawapan

Mahdi bukan turun. Nabi Isa yg turun . Isa As yg turun sbb loni dia di rafiq a’la

c) Bermakna Nabi Isa saja yg diberi kelebihan memerangi dajjal. kenapa Nabi Isa syeikh?

Jawapan

Sebab kristian…agama terbesar dunia
Allah nak kasi peluang terakhir kpd puak kristian.

d) Imam mahadi pula?

Jawapan

Imam mahadi utk umat islam…peluang terakhir umat islam, agama kedua terbesar .

e) Masa ini orang alim sudah dimatikan syeikh? Yang tinggal hanya yang kufur mnjadi ulama?

Jawapan

Ya..ulamak yg ada diakhir zaman dah rosak, masa tu islam dah kucar kacir.

f) Macamana kita nak selamatkan diri dari fitnah dajjal ini syeikh?

Jawapan

Pegang teguh dgn manhaj salaf jer.

 

 

Soalan 12

Bagaimanakah atau cara yang betul menurut agama islam dalam membeli emas..seperti gelang..rantai ? Ada yang mengatakn emas kena beli secara tunai .

Jawapan 12 Thtl

Jual beli emas 99.99% dalam bentuk syiling, wafer, jongkong, kena tunai dalil:

اَلذَّهَبُ بِالذَّهَبِ, وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ, وَالْبرُ ُّبِالْبرُ,ِّ وَالشَّعِيْرُ بِالشَّعِيْرِ, وَالتَّمَرُ بِالتَّمَرِ, وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ, مِثْلاً بِمِثْلٍ, سَوَاءٌ بِسَوَاءٍ, يَدًا بِيَدٍ, فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الْأَصْنَافُ فَبِيْعُوْا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ.

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya’ir dengan sya’ir, korma dengan korma, dan garam dengan garam.

Harus sama besar, sama takarannya, dan harus tunai. Kalau jenis-jenis ini berbeda maka juallah sesuka kalian dengan syarat harus tunai.” (HR. Muslim) adapun emas perhiasan (rantai, gelang dan anting2).

khilaf, empat mazhab, kata emas perhiasan (sil’ah) juga wajib secara tunai. manakala muhaqiqin yg kata boleh ialah syaikhul islam Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan Dr Qardhawi kata harus.

 

 

Soalan 13

a) kalau wanita non muslim pegang kita yang ada wuduk. Batal tak wuduk kita ? Aurat mereka sama macam kita ke?

Jawapan

Tidak batal…depa najis maknawi je. Aurat khilaf, yg rajih kena lihat akhlak dia.Tafsir ibn alarabi.

b) Apa maksud najis maknawi?

Jawapan

Maknawi , najis iktikad .
*Batas aurat wanita Islam vs non-muslim
dalil:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya ) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau perempuan-perempuan.” {Annur: 31}

*ayat akhir tu yg jadi khilaf, kalimah AQ, “au nisaa’ ihinNA”   atau perempuan mereka.
Menurut ibn al-Arabi (ahkam al-Qur’an), perempuan mereka tu maksudnya wanita Islam atau bukan Islam yg baik-baik yg dipercayai. Maka kalau dok asrama, takkan nak berjilbab sepanjang masa 24/7 .

 

 

Soalan 14

a) Bolehkah kita ,minta orang doakan kita , macam esok kita nak pergi hospital ,jadi kita mohon kawan- kawan doakan kita?

Jawapan

Tawassul tu. Tidak digalakkan . kita sendiri yg doa .
Tawassul guna perantara. Walhal kita boleh online direct pada Allah .

b) Maknanya perantara disini ,kawan-kawan kita ?

Jawapan

Kawan2 .

c) Macamana kalau yang lepas- lepas kita selalu buat macamni, dosa tak syeikh?

Jawapan

Tidak dosa sbb wasilah dgn org hidup . Dosa dgn arwah .

d) Kesimpulannya tetap tak boleh tawassul ya syeikh?

Jawapan

Tidak digalakkan .

 

 

Soalan 15

Kalau macam orang awam , paling baik berapa juzuk yang perlu dibaca dalam sehari untuk melatih diri istiqomah membaca AQ sebab orang awam macam saya ini ada masanya cuai dan leka .

Jawapan 15 Thtl

Mafhum hadith Riwayat Tirmidzi: plg kurang 10 ayat BESERTA tadabbur makna. Supaya tidak jd org yg lalai .

 

 

Soalan 16

Boleh jelaskan mengenai aurat lelaki

Jawapan 16 Thtl

Tarmizi, aurat lelaki menurut jumhur kecuali malik, ialah antara pusat dan lutut. maliki aurat lelaki ada dua, aurat berat, yakni zakar dan aurat ringan, yakni paha .

 

 

Soalan 17 dan jawapan Thtl

a) Umat terawal dihisab ialah umat Nabi SAW Amalan terawal dihisab ialah solat dan dosa terawal diadili ialah dosa darah , apa yang di maksudkan dengan dosa darah?

Jawapan

Dosa darah: pembunuhan yg berleluasa.

b) kalau yang pembunuh itu islam  dan yang dibunuh non islam , dia tetap di adili atas dosa bunuh juga?

Jawapan

Yup…murder mmg besar sbb sama dgn bunuh satu ummat .
Kes bunuh juga amat berleluasa akhir zaman.suicide bomb.

 

 

Soalan 18

Ada tak dalil,setiap penyakit itu kifarah dosa.

Jawapan 18 Thtl

Dari Ibnu Mas’uud radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Aku masuk menemui Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam ketika beliau sakit. Lalu aku raba beliau, lalu aku berkata : “Sesungguhnya demammu bertambah keras”. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Benar, sebagaimana demamnya dua orang di antara kalian”. Aku berkata : “Semoga engkau mendapatkan dua pahala”. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tidaklah seorang muslim ditimpa cobaan berupa sakit dan sebagainya, kecuali Allah akan gugurkan dosa-dosanya sebagaimana sebatang pohon yang menggugurkan daunnya” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 5667]

 

 

Soalan 19

Isteri beribadah. Isteri juga cuba mengajak suami. Tapi suami hanya buat tidak tahu.Hidup sebagai suami isteri hanya sekadar kasihan kepada anak-anak .Adakah isteri dikira menzalimi dirinya sendiri kerana hidup dengan orang fasik?

Jawapan 19 Thtl

Ok…opsen sabar. Jika tak tahan baru opsen hakam.
Kalau sabar kuat, bertahan la .

Komen dan Soalan