Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 32 ( Umum)

Fiqh Wanita 32 ( Umum)

184
0
Iklan

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

 

Soalan 1

Boleh jelaskan semula pengertian bid’ah?

Jawapan 1 Thtl 

Bid’ah .
Pengertian bid’ah = jalan yang dibuat-buat dalam agama untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan beranggapan Nabi cuai atau alpa untuk menyampaikan kepada umat sebelum wafat.

 

 

Soalan 2

Adakah bid’ah hasanah  diamalkan oleh Para sahabat?

Jawapan 2 Thtl 

Bid’ah hasanah tak ujud di zaman salaf.

 

 

Soalan 3

Mengapa perlu ada pembahagian bid’ah ,sedangkan jelas ” setiap sesuatu yg sesat itu bid’ah dan bid’ah itu sesat” ?

Jawapan 3 Thtl 

Pembahagian bid’ah di mulakan oleh Imam Muhammad Idris asySyafi’iy , tapi maksudnya kembali kpd bid’ah bahasa .

 

 

Soalan 4

Apakah cara terbaik untuk kita tidak mengatakan bid’ah pada si pengamal untuk mengelakkan ketegangan?

Jawapan 4 Thtl

Cara terbaik utk tidak menyatakan bid’ah kpd manusia .
tak ada, kena kasi tahu juga bid;ah tu cuma mereka tak dapat terima kerana mereka menerima konsep pembahagian bid;ah kpd dua dan lima .

 

 

Soalan 5

Boleh share hadith amaran dari Nabi bagi yang melakukan bid’ah dalam hal ibadah?

Jawapan 5 Thtl 

Dalil tercelanya bid’ah .

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Artinya: “Siapa yang membuat hal baru dalam ajaran agama kami apa yang bukan bagian darinya, maka perbuatannya itu tertolak.” HR Muslim

 

 

Soalan 6

Tapi ada yang sebut bid’ah hasanah / bid’ah Mahmudah ?

Jawapan 6 Thtl 

Bid’ah hasanah=bid’ah mahmudah .
atau bid’ah yg baik atau bid’ah terpuji. Ia bemaksud di luar kotak ibadat.
contoh : naik  pergi mekah; mesjid ada aircond dan escalator, pembesaran mesjidil haram, itu maksud mahmudah dan hasanahnya.

 

 

Soalan 7

Betulkah ada riwayat dari Umar mngenai perkataan bid’ah hasanah ni?

Jawapan 7 Thtl  

Umar kata bid’ah hasanah .
Ya mmmg sahih, ia mengenai peristiwa persyariatan semula solat tarawih bulan ramadhan, selepas ia di KIV semasa Nabi dan Abu Bakar, maka Umar kemudian memerintahkan ia dilaksanakan secara tetap setiap malam berjamaah. Kemudian Umar kata, inilah bid’ah hasanah.

Maksud umar tu secara lughawi atau berseloroh. Ini kerana solat tarawih berjamaah tu dah ada pada zaman Nabi cuma Nabi tak izin dilaksanakan kerana dibimbangi akan jadi wajib.

 

 

Soalan 8

Apa hukum melambatkan solat Isyak hingga ke setengah jam atau 1 jam sebelum masuk waktu solat Subuh?

Jawapan 8 Thtl 

Waktu utama solat Isyak ialah sekitar 10-11 mlm, waktu puncak. manakala jam 5 pagi, itu waktu tahajjud. jumhur kata makruh waktu tsb sebab waktu isyak tak adala panjang dari jam 8:15 malam sampai 5:30 pagi.

 

 

Soalan 9

Sekiranya saudara perempuan menjadi janda, adakah menjadi tanggungjawab saudara lelaki untuk menyara kehidupan saudara perempuan itu? (ibubapa dh meninggal dunia)

Jawapan 9 Thtl

Ya, kalau janda tsb takder kerjaya sendiri. sebab wali pindah kpd anak lelaki sulong
*Abang yg faham syarak kena jaga janda adiknya, nafkah, makan minum dan tempat berteduh .

 

 

Soalan 1o

Antara anak lelaki yang sudah berkawin, anak perempuan yang ada suami , anak perempuan yang jadi janda dan anak perempuan yang belum berkahwin . Boleh bagi turutan mengikut islam siapa yang perlu lebih menjaga ibubapa ?

Jawapan 10 Thtl

Siapa kena jaga ibubapa .
Semua anak , kena gilir atau pilihan ibubapa , siapa yg ia senangi menjaganya . Namun anak lelaki lebih utama kerana pesaka anak lelaki dapat 2 bahagian berbanding anak pompuan 1 bahagian.
Adik beradik kena mesyuarat dan muawafakat.

 

 

Soalan 11

Adakah mak ayah berdosa kalau harta mereka banyak diberikan kepada anak tertentu . kes ibubapa masih hidup.ibubapa bagi harta pada anak-anak yang dia lebih sayang.

Jawapan 11 Thtl

Hibah .
Hibah ialah pemberian si ayahibu ketika mereka masih hidup. Ia harus. Itu harta mereka dan ia bebas memberi kepada anak kesayangannya .

 

 

Soalan 12

Korban ada berapa jenis ?

Jawapan 12 Thtl

Jenis Korban:
1. korban aidil adhha- sunat muakkad
2. korban nazar, wajib
3. korban akikah, sunat muakkad .

 

 

Soalan 13

Adakah daging korban nazar haram di makan oleh orang yang mengorbankan dan org yang mengerjakan korban tersebut?

Jawapan 13 Thtl 

Daging korban sama juga dgn korban biasa, boleh dimakan oleh tuan punya korban .

 

 

Soalan 14

Syeikh ada tak dalil permansuhan hukum haram menyimpan daging korban dalam masa 3 hari ?

Jawapan 14 Thtl 

A’isyah,

مَا فَعَلَهُ إِلاَّ فِى عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ ، فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِىُّ الْفَقِيرَ ، وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ
Beliau hanya melarang hal itu karena kelaparan yang dialami sebagian masyarakat. sehingga beliau ingin agar orang yang kaya memberikan makanan (daging qurban) kepada orang miskin. Karena kami menyimpan dan mengambili daging paha kambing, lalu kami memakannya setelah 15 hari.

(HR. Bukhari 5107).

 

 

Soalan 15

Maksudnya tak ada hukum haram simpan daging korban dalam 3hari?

Jawapan 15 Thtl 

Tak ada, dah kasi hadith aisyah .

 

 

Soalan 16

Macam mana hukum orang yang bernazar tapi dah lupa apa yang dinazarkan ?

Jawapan 16 Thtl 

Nazar makruh, sapa yg nazar dan lupa, kena bayar kaffarah nazar, beri makan org miskin 10 org

 

 

Soalan 17

Menurut petua org tua , ibu mengandung digalakkan untuk meletakkan limau nipis di beberapa kawasan rumah untuk mengelakkan gangguan jin atau makhluk halus, apa pandangan sheikh mengenai perkara ini ?

Jawapan 17 Thtl 

Itu amalan perdukunan melayu je. Kita kena amalkan ruqyah Islami , amalkan ayat AQ.
 

 

 

Soalan 18

Bagaimana pula dengan amalan garam ? Memakan garam,menyembur ke arah pesakit bagi yang mngobat?

Jawapan 18 Thtl  

Amalan makan garam tak sahih. Nanti kena high blood .

 

 

Soalan 19  ‍‌‌‌‌‍

‍‍‌‍Apakah amalan yang Nabi buat ketika berqiamullail? Solat apa yang Nabi buat, adakah Solat Tahajjud atau ada yang lain ?‌

Jawapan 19 Thtl 

Tahajjud je, sebab solat beliau lama sampai bengkak kaki .

 

 

Soalan 20

Apa hukumnya kita menadah tangan untuk meng’aminkan doa . tapi dari arah jauh . Doa itu kita dengar tak jelas ?

Jawapan 20 Thtl 

Doa yg kita tak dengar, tak paham dan tak tau apa tujuan , tak perlu angkat .

 

 

Soalan 21

Kami ada lawatan ke sebuah kampung , masuk dalam satu rumah , ternampak rumah kecil sperti hiasan dan ada kain kuning dan hijau dekatnya.Tanya kepada tuan rumh , katanya itu rumah untuk anak yang dia keguguran waktu dulu. Dan katanya anak itu banyak membantu dia . Makanan turut diletakkan dalam rumah kecik itu dan kadang-kadang pada petang khamis mereka akan masakkan pulut kuning dan telur rebus dan di letakkan depan rumah kecik itu. Apa hukumnya?

Jawapan 21 Thtl 

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah . kepercayaan ruh orang mati balik semula ke rumah dan memberi manfaat kpd org yg hidup.
Ini akidah animisma atau pagan, biasanya org asli yg menganut akidah songsang ni.

 

 

Soalan 22

Betulkah bacaan Al Quran orang yang bersugi ,70 kali lebih disukai Allah dari bacaan Al Quran org yang tidak bersugi?

Macam tu juga solat 2 rakaat  org yg bersugi lebih disukai oleh Allah dari 70 rakaat orang yang tidak bersugi?

Jawapan 22 Thtl 

Fadilat melampau takder, semua manusia berus gigi setiap hari, ini benda rutin je .

 

 

Soalan 23

Betulkah pendapat haram melakukan solat sunat selagi tidak qadha solat fardhu?

Jawapan 23 Thtl 

Tak adalah haram, sebab qadha solat yg berzaman tu tak ada hukum qat’iy atasnya.
*Solat yg ditinggalkan pada zaman remaja atau ketika jahil, tak ada hukum yg jelas, samada kena qadha’ atau kena taubat.
*4 mazhab, kena qadha’ kerana hutang dengan Allah tak akan lepas, *Pendapat Ibn Taymiya, Ibn Hazm, takleh qadha’. kena tawbat sahaja
*Sapa pilih pendapat 4 imam, kena qadha’ laa…tapi tak ada hukum haram utk dia lakukan solat sunat.

 

 

Soalan 24

Kalau kita memang dah berniat utk bangun solat tahajjud kemudian tertidur tetapi  terjaga selepas terdengar Azan bagi solat subuh , berdosakah sebab tidak menunaikan solat tahajjud tadi?

Jawapan 24 Thtl 

Dia dapat pahala sebab dah pasang niat. bukan dosa, tapi pahala, niat dah dikira ,
dalil: “setiap amal dengan niat”

 

 

Soalan 25

Bolehkah kita melakukan solat sunat Rawatib yg ditekankan jika dalam keadaan bermusafir?

Jawapan 25 Thtl 

Musafir, solat sunat gugur, namapun musafir.

 

 

Soalan 26

Saya sedang mendengar ceramah di surau , ustaz ada mengatakan yang binatang qurban akan menjadi tunggangan kita bertemu Allah di padang masyar nanti. Betul ke ni, ada hadith sahih ke ?

Jawapan 26 Thtl 

Hadits yang menyatakan bahwa hewan qurban akan menjadi tunggangan melewati shirath tidak shahih, bahkan sangat lemah. Ibnul ‘Arabi dalam Syarah Sunan At Tirmidzi mengatakan:
ليس في الأضحية حديث صحيح
“tidak ada hadits yang shahih mengenai keutamaan hewan qurban” (dinukil dari Kasyful Khafa, 1/133).

Sumber: http://muslim.or.id/22724-hadits-lemah-hewan-qurban-menjadi-tunggangan-melewati-shirath.html

Komen dan Soalan