Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 31 (Umum)

Fiqh Wanita 31 (Umum)

149
0
Iklan

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

 

Soalan 1

Apa hukum bersama suami dalam keadaan tak sedar kita sedang haid?

Jawapan 2 Thtl

Jimak tanpa menyedari sedang haid.
Diangkat hukum dalam 3 hal:

*Dari Ibnu Abbas ra
Bahawa Rasulullah Shallallahu Wa Sallam bersabda,
“Sesunguhnya Allah Azza Wa Jalla memaafkan kesalahan(yang tanpa sengaja)dan (kesalahan karena)lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.”HR Ibn Majah 2045,Albani sahih.

 

 

Soalan 2

Seorang wanita haidnya 15 hari tetapi terdapat hari (contoh hari ke 7) haidnya kering sebentar dan haid ada semula pada hari ke lapan.
Adakah wajib mandi wajib pada hari ke 7 untuk mengerjakan ibadah wajib atau tunggu saja kerana memang menjadi kebiasaan haidnya 15 hari ?

Jawapan 2 Thtl 

Jika period konsisten 15 hari atau x hari , maka memang kena habiskan 15 hari atau x hari tersebut.(Syeikh ben Othimin,fiqh al-mar’ah)

 

 

Soalan 3

Berkenaan wiladah.
A) Adakah darah yang keluar semasa dalam proses mengeluarkan bayi iaitu sewaktu contraction disaat beberapa waktu sebelum bayi keluar itu dianggap wiladah?
B) Bolehkah mandi hadas untuk wiladah itu dibuat esok harinya.Contoh bersalin malam ?

Jawapan 3 Thtl

Wiladah.
Wiladah maksudnya bersalin.
A) Darah yang keluar semasa contraction adalah darah nifas.
B) Mandi suci dari wiladah atau nifas dilakukan selepas 40 hari pantang,jika nifasnya normal 40 hari.

*Mandi kerana bersalin tidak dinamakn mandi untuk suci dari bersalin,kerana nifasnya belum kering.
*Kalau mandi wiladah esoknya,untuk apa?
sedangkan dia masih dalam keadaan hadath kerana bersalin.

 

 

Soalan 4

Kita membaca ayat-ayat AQ dengan niat mengajar anak dan dalam masa yang sama kita terlupa yang kita dalam keadaan haid.Bila teringat baru berhenti.Apakah dikira berdosa?

Jawapan 4 Thtl 

Wanita haid boleh baca AQ , yang tak boleh menyentuh dan membawa mushaf (AQ tanpa terjemahan).

 

 

Soalan 5

Boleh jelaskan maksud sujud sahwi dan bila perlu dilakukan?

Jawapan 5 Thtl 

Seputar sujud sahwi.
A) Jika terdapat kekurangan pada shalat-seperti kekurangan tasyahud awal
B) Jika terdapat kelebihan dalam shalat-seperti terdapat penambahan satu rakaat
C) Jika seseorang terlanjur salam , namun ternyata masih memiliki kekurangan rakaat
D) Jika terdapat keraguan dalam shalat,lalu ia mengingatnya dan hendaklah memilih yang yakin,semisal ia ragu apakah shalatnya empat atau lima rakaat.
(Fatwa Al-Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’soal ketujuh,fatwa no 8540,7/129.

 

 

Soalan 6

Saya memakai implan hampir 2 tahun,sejak 2 bulan lepas,period saya panjang selama 17 hari cuma dari bulan 4 dari 13 hb hingga 8 mei lebih 3 minggu.Saya sudah berjumpa pakar dan tiada cyst fibriod cuma implan penyebab gangguan hormon saya , jadi period tidak betul dan panjang.
Jadi pada hari ke 7 belas period , saya sudah mandi dan solat seperti biasa bila tiada bau darah haid yang keluar darah merah cair saja. Doktor ada memasukkan ubat dalam kemaluan saya untuk stopkan darah pada 8 mei dan kering sepenuhnya pada 10 mei,hari ni 13 mei saya period balik.
Adakah itu dikira haid atau tidak kerana saya pun ada gangguan senggugut sekali?
Jika bukan ,perlukah saya mandi hadas untuk solat ?

Jawapan 6 Thtl 

Isu haid kerana gangguan hormon.
Kalau implan menyebabkan hormon dan period semakin panjang , maka ia kena kaji balik . kerana bila suami nak bersama anda?
*Period 17 hari, kemudian selepas kering 3 hari,maka period datang lagi, maka haid lah. Maka anda cuma bersih 3 hari saja dalam bulan mei.
Pattern haid anda perlu dimonitor lagi untuk sebulan dua sebelum berjumpa pakar sekali lagi.

 

 

Soalan 7

Mengenai telinga yang ditindik.Ada pendapat mengatakan kena melalukan air di lubang tindik semasa mengangkat hadas besar untuk tujuan meratakan air ke seluruh anggota badan.
Mohon penjelasan .

Jawapan 7 Thtl 

Seputar mandi junub.
Meratakan air apakah air kena masuk lubang tindik?
*“Hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan diwaktu Al-Quran itu diturunkan , niscaya akan diterangkan kepadamu,Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun ” (QS Al – Maidah : 101)
Jawabnya : tidak perlu kerana termasuk perkara yang didiamkan oleh syarak.

 

 

Soalan 8

Saya pernah terbaca bahawa solat jumaat wajib kepada semua  lelaki dan perempuan . Lelaki wajib berjemaah di masjid dan perempuan boleh solat di rumah, solat seperti biasa 4 rakaat.Cuma niatnya perlu ditukar kepada niat solat jumaat 4 rakaat. 4 rakaat seperti lepas zohor.

Jawapan 8 Thtl 

Hukum solat keatas kaum wanita.Ini hukum yang maklum. Aneh kalau wanita tidak tahu hukumnya solat jumaat.
*Dari Thoriq bin Syihab ,dari Nabi SAW bersabda ,
“Shalat jum’at itu wajib bagi setiap muslim secara berjemaah selain empat orang:hamba abdi,wanita,anak kecil dan orang sakit.”(HR Abu Daud no.1067.Syeikh Al-Albani:Sahih)

Jika wanita solat di masjid , maka solatnya sah dan tak payah buat solat zuhur sesudahnya,jika wanita solat di rumah,ia solat zuhur 4 rakaat bukan niat solat jumaat sebab solat jumaat adalah di masjid.(Fatwa Al-Lajnah Ad Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’,8/212,no.4147).

 

 

Soalan 9

Bolehkah wanita uzur /period membaca ayat-ayat AQ dengan niat zikrullah? sebagai contoh membaca Al-Mathurat dan rukyah perubatan islam?

Jawapan 9 Thtl

Wanita period / haid berzikir , membaca AQ dan rukyah.
Harus hukumnya.
Dalil:
“Lakukanlah segala sesuatu yang dilakukan orang yang berhaji selain dari melakukan tawaf di kaabah hingga engkau suci.”(HR Bukhari no.305 dan Muslim no.1211 dari Aisyah)
Maka yang tidak boleh ialah solat,puasa tawaf dan sentuh musyhaf. Yang lain semua boleh fatwa saudi.

 

 

Soalan10

Saya ada masalah keputihan, bila nak solat saya dah bersihkan tapi masih ada keputihan yang tersekat . Boleh kah saya solat sahaja dan sambung dengan membaca Al quran?

Jawapan 10 Thtl

Keputihan atau vaginal discharge
Ia termasuk istihadzah , cecair selain darah haid dan nifas
caranya , bersihkan kemaluan , berwudhu’ dan pakai panty liner dan boleh bersolat . Adapun membaca AQ tidak memerlukan wudu’.
Jika diperiksa panty liner masih kering , tak ada stain, maka wudhu masih valid/sah.

 

 

Soalan 11

Bila waktu paling lewat yang boleh untuk mandi wajib supaya puasa sah pada hari tersebut?

Jawapan 11 

Mandi Junub di bulan Ramadhan .
Wajib mandi kerana nak solat subuh . Kalau ditangguhkan mandi hingga naik matahari , maka solat subuhnya melayang . Maka sebaiknya mandi sebelum terbit matahari untuk elakkan terlepasnya solat subuh . WA

 

 

Soalan 12

Seorang isteri yang baru saja berhenti darah haid dan belum pun mandi wajib telah diajak oleh suami untuk bersama .
Apakah hukumnya dan bagaimana cara mandi bagi dua sebab (haid dan jimak) yang ditanggung oleh isteri?

Jawapan 12 Thtl 

Jimak selepas haid tetapi belum mandi wajib.

“Dan janganlah kamu mendekati mereka , sebelum mereka suci” Aq 2 :222

Ini khilaf jumhur (Maliki, Syafiiy dan Hanbali) kena mandi junub dulu kerana bersih dalam ayat tersebut ialah mandi.
Manakala mahzab Hanafi boleh asalkan wanita membersihkan kemaluannya terlebih dahulu . Ini juga (pendapat Imam al-Syuyuti I’aanah at-Thaalibin 1/85)
Pendapat yang rajih kena mandi dulu .(Ibn Qudamah,Al- Mugni1/387).

Komen dan Soalan