Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Segeralah Laksana Amalan Yang Bagus-bagus: Bab 10

Segeralah Laksana Amalan Yang Bagus-bagus: Bab 10

152
0
Iklan

Bab: Bersegera melakukan kebaikan. Bab 10

Berikut adalah hadith-hadith berkaitan.

87. Pertama: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bersegeralah engkau sekalian untuk melakukan amalan-amalan – yang bagus-bagus – sebelum datangnya bermacam-macam fitnah yang diumpamakan sebagai potongan-potongan dari malam yang gelap gulita.” [10]

Berpagi-pagi seseorang itu menjadi orang mu’min dan berpetang-petang menjadi orang kafir, ada lagi yang berpetang-petang masih sebagai seorang mu’min, tetapi berpagi-pagi telah menjadi seorang kafir. Orang itu menjual agamanya dengan harta dari keduniaan.” (Riwayat Muslim)

88. Kedua: Dari Abu Sirwa’ah (dengan kasrahnya sin yang muhmalah dan boleh pula dengan difathahkannya), iaitu ‘Uqbah bin al-Harits r.a., katanya: “Saya bersembahyang di belakang Nabi s.a.w. di Madinah yakni shalat ‘ashar. Kemudian setelah bersalam lalu berdiri bergegas-gegas, terus melangkahi leher orang-orang banyak untuk menuju ke salah satu bilik isterinya. Orang-orang banyak yang takut kerana melihat bergegas-gegasnya beliau itu. Selanjutnya Nabi s.a.w. keluar lagi menemui sahabat-sahabatnya itu lalu mengetahui bahawa mereka itu benar-benar terhairan-hairan kerana bergegas-gegasnya tadi. Beliau s.a.w. lalu bersabda:

Saya ingat pada sepotong emas yang ada di tempatku, maka saya tidak senang kalau benda itu mengganggu fikiranku – untuk menghadap Allah Ta’ala. Oleh sebab itu saya menyuruh supaya benda tadi dibahagi-bahagikan.(Riwayat  Bukhari)

Dan disebutkan dalam riwayat Imam Bukhari yang lain demikian: “Saya meninggalkan di rumah sepotong emas dari hasil sedekah, maka saya tidak senang kalau sampai menginapkannya.”

At-tibru, ertinya ialah potongan-potongan emas atau perak.

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((بَادِرُوا بِالأعْمَال فتنًا كقطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ، يُصْبحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤمِنًا ويُصبحُ كَافِرًا، يَبيعُ دِينَهُ بعَرَضٍ مِنَ الدُّنيا)). رواه مسلم.

  • Kewajipan berpegang teguh dengan agama serta segera mengerjakan amal soleh sebelum menjumpai halangan dan rintangan.
  • Pelbagai fitnah yang menyesatkan akan muncul pada akhir zaman; selepas satu, satu … Moga Allah melindungi kita..
  • Kita seharusnya memanafaatkan kesempatan dengan sebaik-baiknya.
  • Kita berlindung kepada Allah dari su’ul khotimah.

 

Komen dan Soalan