Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 28 ( Umum)

Fiqh Wanita 28 ( Umum)

473
0
Iklan

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

Soalan 1

Aurat wanita sesama wanita adalah dari atas pusat hingga bawah lutut. Macamana dengan wanita yang buat mandi spa, lulur dan urut badan?

Jawapan 1 Thtl

Aurat wanita sesama wanita kalau untuk perubatan seperti spa boleh buka aurat kalau diyakini spa tersebut boleh dipercayai. 24:31  sebut’ wanita kalian” maksudnya dipercayai.

 

Soalan 2

Soalan berkenaan  pasal kena ‘hempap’ atau ‘himpit’ tu memang ada makhluk halus yang buat?

Jawapan 2 Thtl

Kena hempap hantu tu ada kemungkinan. sebab itu kena tidur dengan wuduk, baca ruqyah sebelum tidur.

 

Soalan 3

Apakah urusniaga forex halal bertepatan dengan syarak?

Jawapan 3Thtl

Txn forex yang halal ialah spot purchase je, contoh: anda planning nak pergi Indo untuk melancung/shopping, maka anda ke Pengurup Wang outlet dan beli Rupiah on the spot, itu je yang boleh. Contoh lain, anda beli SG$ 20K (dolar singapore 20,000) dan simpan dalam bank.

 

Soalan 4

Apakah hukum seorang isteri atau suami memandikan mayat suami atau isteri?

Jawapan 4 Thtl

Isteri mandi mayat suami atau vise versa, boleh. Dalilnya:  Dari Aisya ra

 

لو استقبلت من أمرى ما استدبرت ما غسله إلا نساؤه

 

“Seandainya aku mengetahui sebelumnya, maka tidaklah yang memandikan Rosululloh saw melainkan para istri beliau.” (Al-Irwa’: 702 dan Fathul ‘Allam: 2/298)

 

Soalan 5

Pernahkah di zaman Nabi Saw berlaku. Apa pandangan rasulullah?

Jawapan 5 Thtl

Pernahkah terjadi suami memandikan isterinya di zaman Rasulullah. tidak ada, sebab ada jurumandi mayat. Pandangan Nabi saw ada, dari Aisya ra

 

رجع إلي رسول الله صلى الله عليه وسلم من جنازة بالبقيع وأنا أجد صداعا في رأسي وأقول: وارأساه فقال: بل أنا وارأساه ما ضرك لو مت قبلي فغسلتك وكفنتك ثم صليت عليك ودفنتك

 

“Rosululloh saw kembali dari menguburkan jenazah di Baqi’, sedangkan aku menderita sakit kepala. Aku mengatakan: “Aduh, kepalaku!” Maka Nabi mengatakan: “Bahkan aku yang sakit kepala, tidak ada yang merugikanmu jika engkau mati lebih dahulu sebelumku, lalu engkau kumandikan, kukafani, kemudian kusholati dan kukuburkan.” (HR. Ahmad, Ad-Darimi, Ibnu Majah, Ad-Daruquthni, Al-Baihaqi dan Ibnu Hisyam dalam Ash-Shiroh, dihasankan oleh  Al-Albani dalam Ahkamul Janaiz, hal. 50).

* Koreksi, di zaman salaf mmg banyak kali terjadi, para sahabat memandikan isterinya dan isteri memandikan suaminya. Dalam Mushannaf Ibn abi syaibah, 3:249 isteri abu Bakar memandikan jenazah abu Bakar, manakala Ali memandikan Fatimah ra.

 

Soalan 6

Adakah bekam sunnah untuk lelaki sahaja dan adakah digalakkan wanita berbekam?

Jawapan 6 Thtl

Bekam bagi wanita sama saja, dibolehkan.

Dalilnya: Dari Jabir bin abdillah bahwa Ummu salamah pernah meminta izin kepada Rosulullah untuk berbekam, lalu Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam menyuruh Abu Thayyibah agar membekam Ummu Salamah. Jabir bercerita,”Aku kira beliau bersabda:”Dia (Abu Thayyibah) adalah saudara sepersusuan Ummu Salamah atau dia masih kecil ( belum baligh) yang belum bermimpi (basah) -muslim (no 2206) dari Abu dawud( no 4105)

 

Soalan 7

Adakah dalil yang  membenarkan kita berdoa pada sujud yang terakhir?

Jawapan 7 Thtl

Dalil doa ketika sujud:

 

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

 

“Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah do’a ketika itu.” (HR. Muslim no. 482, dari Abu Hurairah).

WA

 

Soalan 8

Adakah lelaki yang ingin memeluk islam diwajibkan berkhitan. Adakah hukumnya wajib atau sunat?

Jawapan 8 Thtl

Khitan ke atas mualaf. Ia khilaf kerana khilaf akan hukum khitan.

  1. Ia wajib dalam mazhab syafi’iy, maka mualaf wajib dikhitankan.
  2. Ia sunat dalam mazhab maliki, maka ia tidak wajib.

pendapat yang rajih kata prof al-qardhawi, ia bukan wajib kepada mualaf. Bila dia sudah mantap dengann agama Islam, barulah dijelaskan hukum khitan dan terpulang kepada mualaf samada dia nak khitan atau kekal seperti asal. Ini untuk memberi berita gembira kepada mualaf bukan menakutkan mereka (Qardhawi, Fiqh Thaharah)

 

Soalan 9

Bermakna boleh buat penangguhan untuk berkhitan? Jika tidak buat juga?

Jawapan 9 Thtl

Ya, buat penangguhan, jangan paksa dia “engko cepat-cepat khitan, kalau tidak…..engkau masih belum Islam” jangan ugut camtu. Banyak kes, kebanyakan di Indo, mualaf tak jadi convert. Sekarang, teknologi khitan amat advance, tak ada lagi zaman mudim, painless dan cepat sembuh.

 

Soalan 10

Kalau mualaf perempuan?

Jawapan 10 Thtl

Perempuan juga wajib dalam mazhab syafi’iy, kalau ikut fiqh sunnah umum, ianya sunat. Maka jika dah tua, maka tak usahlah.

 

Soalan 11

Bagaimana hendak bagi  nasihat yang cukup baik dan lembut agar tersedar seorg suami yang telah berusia awal 50an yang msih lagi tidak berkeinginan untk melangkahkan kaki ke masjid atau surau bahkan solat di rumah pun tidak pernah, malah sering melihat video lucah. Kesian ada sesetengah jiran yang mengadu suami nya begini. Boleh tak syeikh membantu?

Jawapan 11 Thtl

Suami yg dah 50++ tapi tak mahu solat. Ini adalah kes pasangan yg jahil agama bila dah tua, isteri insaf  tapi suami masih enjoy dan tak masuk iman lagi. Pujuk dan doa, ajak suami pergi kuliah dr maza ke, kuliah maghrib kat mesjid, beli buku2 agama yg simpel dan letak atas meja bilik, nasihat dan berleter, itu mmg fitrah wanita, teruskan leteran, dan doa. Solat tepi katil, baca AQ tepi katil sentiasa.Jangan give-up.

 

Soalan 12

Syeikh, Nabi SAW ada meminta hajat pada Allah, hanya 2 sahaja permintaan Nabi yang Allah tunaikan . Kenapa hajat ke 3 tidak dipenuhi Allah?

Jawapan 12 Thtl

Hajat ke 3: kesatuan umat dia.

 

Soalan 13

Kenapa tidak dipenuhi?

Jawapan 13 Thtl

Bersatu ini kena usaha, AQ dan Hadith dah kasi, bersatu tu kena follo AQ dan sunnah. Maksudnya Allah cuma kasi AQ dan sunnah, bersatu tu kena follow keduanya. Kalau Allah kasi kesatuan, maka tak ada gunalah AQ dan sunnah.

 

Soalan 14

Maknanya Allah nak lihat sendiri umat Nabi ikut Aq dan sunnah?

Jawapan 14 Thtl

Yup, ujian, macam Bani Israel Allah kasi Torah. The ten comandments.

 

Soalan 15

Saya tidak faham hadith Bukhari mengenai isteri Nabi Zainab bin Jahsh , yang berbangga sebab Allah mengahwinkan dia dengan Nabi di atas 7 langit. Boleh jelaskan syeikh?

Jawapan 15 Thtl

Zainab ni perkahwinan yang diperintah secara khusus oleh Allah. Tujuan nak buang taboo org arab, janda anak angkat tak boleh kawin, maka Allah perintahkan Nabi kawini janda anak angkatnya Zayd. Nabi suruh jaga wanita dan persamaan hak asasi manusia, arab dan non-arab. Zainab ni digelar isteri Nabi yg paling suka bersedekah. Juga antara isteri yang tercantik.Yang famous dan cantik Zaynab,Aisya dan Mariah the Egyptian.

 

Soalan 16

Aisyah cemburu dengan zainab kan syeikh?

Jawapan 16 Thtl

Yup.sangat jeles.

 

Soalan 17

Ayat abasa diturunkan  sebab tegur Nabi berpaling muka dari si buta yang minta Nabi ajarnya. Boleh share cerita ini syeikh?

Jawapan 17 Thtl

Ia pasal Ibn Umi Maktum, muazzin Nabi, dia buta.

 

Soalan 18

Jelaskan cerita tentang muazzin Nabi.

Jawapan 18 Thtl

Abdullah bin umi maktum, dia datang nak jumpa nabi, nak masuk Islam, tapi nabi sedang melayan pembesar2 quraish, baginda tidak layan ibn Umi maktum, maka turunlah surah abasa. Allah tegur Nabi supaya layan semua jenis manusia tanpa kira pangkat. Masa tu ibn umi maktum miskin dan buta, OKU.

 

Komen dan Soalan