Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Pemimpin Kabilah atau wakil rakyat adalah orang fasiq : Tanda Kiamat Ke-43

Pemimpin Kabilah atau wakil rakyat adalah orang fasiq : Tanda Kiamat Ke-43

113
0

Tanda Kiamat Ke-43/131
Pemimpin Kabilah atau wakil rakyat adalah orang fasiq

(سيادة الفساق علي القبائل )

Dalil:

إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد ، وساد القبيلة فاسقهم ، وكان زعيم القوم أرذلهم

Terjemahan: “Jika harta fai’ atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, jatah zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kpd isterinya dan derhaka kpd ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, masjid menjadi bising, wakil rakyat adalah orang fasiq.., ”
HR Tirmidzi, dhaif tapi tapi ada penguat kata Tirmidzi, dihasankan oleh syaukani.

Syarah:
Sepatutnya yang menjadi pemimpin kaum atau yang menjadi wakil rakyat adalah orang yang terbaik akhlak, ilmu dan mengetahu hukum hakam, namun akhir zaman, tidak demikian, di mana yang menjadi wakil rakyat atau pemimpin kabilah dan wilayah adalah orang fasiq, maka ia akan mendatangkan musibah kepada kaumnya dan negara.

Komen dan Soalan