Utama Bilik (21) Aqidah Salaf Al-Jamaah Menurut Istilah

Al-Jamaah Menurut Istilah

102
0

AL-JAMA’AH

Al-Jamaah menurut bahasa :
Diambil dari perkataan (اجْتِمَاع) iaitu berkumpul dan lawannya (تَفَرَّقَ) iaitu bercerai-berai. Maka al-Jamaah membawa erti; satu golongan yang berhimpun untuk sesuatu urusan atau perkara .(Lihat Lisaanul al-Arab (8/53-60), oleh Ibnu Manzhur (w.711H). Lihat Al-Wajiz fi ‘Aqidati al-Salaf al-Soleh (ms.30), oleh Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari.)

Al-Jamaah menurut istilah :
Merupakan golongan salaf dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w., tabi’in ( generasi selepas sahabat ), tabi’ Tabi’in ( Generasi selepas tabi’in ), serta sesiapa yang mengikuti jalan mereka hingga hari kiamat, di mana mereka ini berkumpul atas landasan Al-Quran dan Al-Sunnah, serta berjalan di atas jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w, baik yang zahir mahupun batin.

– Sabda Nabi s.a.w:

(وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ، ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ)

Maksudnya : “ Dan sesungguhnya, agama ini (Islam), akan berpecah kepada 73 puak, 72 daripadanya di Neraka, dan satu di Syurga, iaitu al-Jamaah”.

[HR Abu Daud : no.4597] .

Hadith Abdullah bin Amru Radhiyallahu anhuma yang bermaksud :

………….Ia berkata : Siapakah jama’ah yang selamat dari api neraka wahai Rasulullah ? Beliau menjawab : ” Ialah Orang yang tetap berpegang dengan manhaj atau sunnah yang aku dan para sahabatku berjalan diatasnya “.

( Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Tirmidzi 2779 )

Berkata Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu :

( الجَمَاعَةُ مَا وَفَقَ الحَقَّ وَ إِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ )

Maksudnya : ” al-Jamaah itu, adalah apa-apa yang bertepatan dengan kebenaran, walau kamu bersendirian “.

( Diriwayatkan oleh Hibatullah bin al-Hasan al-Lalakai (w.418H) di dalam Syarh Ushul ‘Itiqaad Ahlis Sunnah wal Jamaah, (1/109), cet. Dar Thoyyibah, Riyadh, 1402, Pentahqiq : Dr.Ahmad Sa’ad Hamdan.)

Susunan: Cikgu Rahim

Komen dan Soalan