Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 23: Menyayangi haiwan, berilah makan dengan baik

Hadits 23: Menyayangi haiwan, berilah makan dengan baik

257
0
Iklan

#SilsilahShahihah:

Takutlah kepada Allah dalam memelihara haiwan-haiwan yang tidak dapat berbicara ini. Tunggangilah ia dengan baik, dan berilah makan kepadanya dengan baik.

اتقوا الله في هذه البهائم المعجمة، فاركبوها صالحة و كلوها صالحة.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 2548.

Ulasan:

1. Hadits panjangnya adalah Rasulullah ﷺ melintasi seekor unta yang sangat kurus kerana tidak diberi makan dengan baik, lalu baginda mengucapkan hadits di atas.

2. Menjadi tanggungjawab penternak untuk memastikan haiwan peliharaannya mendapat makanan yang secukupnya.

Komen dan Soalan