Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Manipulasi Pasaran Oleh Segelintir Peniaga : Tanda Kiamat Ke-25

Manipulasi Pasaran Oleh Segelintir Peniaga : Tanda Kiamat Ke-25

237
0
Iklan

Tanda Kiamat Ke-25/131
Manipulasi Pasaran Oleh Segelintir Peniaga (سيطرة بعض التجار على السوق )

Hadith dalil:

أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ أَنْبَأَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ يُونُسَ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَفْشُوَ الْمَالُ وَيَكْثُرَ وَتَفْشُوَ التِّجَارَةُ وَيَظْهَرَ الْعِلْمُ وَيَبِيعَ الرَّجُلُ الْبَيْعَ فَيَقُولَ لَا حَتَّى أَسْتَأْمِرَ تَاجِرَ بَنِي فُلَانٍ وَيُلْتَمَسَ فِي الْحَيِّ الْعَظِيمِ الْكَاتِبُ فَلَا يُوجَدُ

Telah mengabarkan kepada kami ‘Amr bin Ali, ia berkata; telah memberitakan kepada kami Wahb bin Jarir, ia berkata; telah menceritakan kepadaku ayahku dari Yunus dari Al Hasan dari ‘Amr bin Taghlib, ia berkata; Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya diantara tanda-tanda Hari Kiamat adalah semakin banyaknya harta dan menyebarnya perdagangan, munculnya pengetahuan, seseorang menjual barang dan berkata; jangan engkau jual hingga aku meminta pertimbangan penjual dari Bani Fulan dan dicari seorang penulis yang adal disuatu kampung yang besar namun tidak ditemukan.” HR an-Nasa’iy no 4380, sahih oleh al-Albani.

Syarah: Akhir zaman, dalam hadith ini

1⃣ Melimpahnya hartabenda, negara-negara yang dulunya miskin telah makmur, Arab Saudi sejak penemuan minyak pada 1932, telah merubah kehidupan rakyatnya dengan harta yang melimpah ruah. Begitu juga negara GCC.

2⃣ Berkembangnya business, semua negara telah keluar dari negara pertanian (agrarian) kepada negara manufaturing atau perkilangan dan seterusnya kepada negara K-economy. Dengan e-commerce dan e-business, busines telah berkembang begitu pesat.

3⃣ Munculnya ilmu (وَيَظْهَرَ الْعِلْمُ). Maksud ayat ni agak mengelirukan, menurut as-Sanadi dalam syarah sunan nasa’iy ada beberapa versi tafsiran. Dalam manuskrip nasaiy yang lain ditulis ( وَيَظْهَرُ الْجَهْل) munculnya kejahilan. menjamak dua matan ini, sanadi berkata, bermaksud hilangnya ilmu.
Yang kedua maksudnya munculnya ilmu baru keduniaan, dalilnya:
“Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat”. (Rum ayat 7), maksud lain ialah banyaknya percetakan (dan juga e-book)

4⃣ Seorang ingin menjual barang tapi sukar menemui penjual dan orang yang akan mengurus jualbeli.

Kata dr al-Arifi, maksud tanda kecil kiamat di sini ialah manipulasi pasaran oleh segelintir peniaga melalui penguasaan pasaran sehingga peniaga kecil tidak dapat masuk pasaran melainkan dengan berunding dengan mereka
yang kedua, peniaga juga menghadapi kesukaran kerana business akhir zaman adalah dalam bentuk e-commerce, e-banking, online system, e-payment dan ini menyukarkan peniaga kecil dan sederhana untuk bersaing. Tamat

Komen dan Soalan