Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 5: Masa depan Islam Dalam Sistem Pemerintahan

Hadits 5: Masa depan Islam Dalam Sistem Pemerintahan

67
0

#SilsilahShahihah:

“Masa kenabian akan berlangsung di kalangan kalian sehinggalah satu tempoh yang dikehendaki Allah, kemudian Allah akan mengangkatnya apabila Dia ingin mengangkatnya. Kemudian akan berlangsung sistem khilafah atas manhaj nubuwwah sehinggalah satu tempoh yang dikehendaki Allah, kemudian Allah akan mengangkatnya apabila Dia ingin mengangkatnya. Kemudian akan berlangsung sistem beraja yang menggigit (menghimpit) sehinggalah satu tempoh yang dikehendaki Allah, kemudian Allah akan mengangkatnya apabila Dia ingin mengangkatnya. Kemudian akan berlangsung sistem beraja yang zalim (tirani) sehinggalah satu tempoh yang dikehendaki Allah, kemudian Allah akan mengangkatnya apabila Dia ingin mengangkatnya. Kemudian akan berlangsung sistem khilafah atas manhaj nubuwwah.” Kemudian baginda ﷺ diam.

تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا ، فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً ، فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ” . ثُمَّ سَكَتَ

Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad 4/273.

Komen dan Soalan