Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Lelaki ‘Salam’ Perempuan: Perbezaan Jumhur dan Dr Yusuf Qardhawi

Lelaki ‘Salam’ Perempuan: Perbezaan Jumhur dan Dr Yusuf Qardhawi

3260
0
Iklan

Siapa tahu hujjah Dr Yusuf Qardawi mengharuskan lelaki bersalam dengan perempuan bukan mahram?

 

Jawapan Ustaz Adli Khalim:

Nabi tak pernah sentuh wanita mahram, walaupun time bai`ah. Better pegang pendapat yang kata haram.

 

Secara umum terdapat 2 pendapat. Yang pertama dipegang oleh kebanyakan ulama yang lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan. Yang kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk tidak bersalam tangan dengan orang yang halal kita kahwini, namun sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah sesseorang itu, maka itu dibenarkan. Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam telah menutup segala pintu yang boleh membawa kepada hubungan yang haram antara lelaki dan perempuan.

 

Prof Qardhawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asirat): Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas.

 

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

 

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

 

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

 

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

 

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

 

Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita.

 

Sumber: http://www.al-ahkam.net/home/content/su-00046-bersalaman-dgn-wanita

 

 

Nabi kata haram.

Bukan Dr Yusuf Qordawi ikut sunah ke?

 

Komen Utz Adli Khalim:

Tuan dah baca betul-betul ke syarat-syarat yang Al-Qaradhawi sebutkan tu?

 

Jawapan Cikgu Rahim:

Harus tu pendapat Dr Yusuf Qaradawy..awat yang peleknya dengan  pandangan yang berbeza dengan jumhur.

Kita amal jumhur..

Jumhur kata haram..

 

Komen dan Soalan