Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.04.05#160415: AL-‘AZIZ (العزيز)

02.04.05#160415: AL-‘AZIZ (العزيز)

121
0
Iklan

Nota 02.04.05 Kategori-kategori Perspektif Jumlah Periwayat (كثرة الرواة وقلتهم)

Susunan: BroSyarief

 

AL-‘AZIZ (العزيز)

 

Secara bahasa, al-‘Aziz boleh bermaksud sedikit atau kuat.

 

Secara teknikal, ia merujuk kepada periwayatan yang mana terdapat pada paling kurang salah satu tobaqatnya mempunyai hanya DUA periwayat.

 

Contohnya, hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, di mana baginda bersabda:

 

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

 

“Tidak (sempurna) iman setiap dari kalian, sehinggalah aku lebih dicintainya dari anaknya, orang tuanya dan manusia kesemuanya” [HR al-Bukhari & Muslim]

 

Hadits ini diriwayatkan dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, hanya 2 orang sahabat iaitu, Anas dan Abu Hurayrah, dan mereka berDUA pada satu peringkat Tobaqah yang sama.

 

Dan kemudian diriwayatkan pula dari Anas, DUA periwayat di peringkat tobaqah ke-2 iaitu Qatadah dan Abdul ‘Aziz.

 

Dan bagi setiap mereka, diriwayatkan pula oleh dua periwayat masing-masing.

 

Syu’bah dan Husayn mengambil dari Qatadah, manakala Ismail dan ‘Abdul Warits mengambil dari ‘Abdul ‘Aziz.

 

Pada peringkat Tobaqah yang ke-3 ini, terdapat 4 periwayat.

 

Dan selepas peringkat ini, mula banyak periwayat meriwayatkan dari mereka berempat. (Lihat Rajah SI – ‘Aziz)

 

Hadits ini jatuh pada kategori Hadits Ahad jenis ‘Aziz, kerana pada salah satu, malah dua tobaqat dalam sanad hadits ini hanya terdapat DUA periwayat.

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan