Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim ♡Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1436h♡

♡Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1436h♡

189
0
Iklan

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

“Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

[Surah Muhammad 24]

#Sayidina Uthman, Ibnu Mas’ud dan Ubay b. Kaab memberitahu bahawa Rasulullah saw mengajar para sahabat 10 ayat 10 ayat. Mereka tadak akan beralih kpd 10 ayat yg baharu sblm mereka mengkaji semua yg boleh dipelajari daripada ayat2 tersebut. Kata mereka: “Jadi kami belajar dan beramal dengan al-Quran sekaligus” (Tafsir al-Qurthubi)

#Ahli al-Quran ialah mereka yang membaca al-Quran untuk difahami, dikaji dan diamalkan walaupun tidak menghafaznya.

#Abu Zar menceritakan bahawa Rasulullah saw berqiamullail dengan mengulangi satu ayat sahaja daripada surah al-Maidah ayat 118 sampai ke pagi (Riwayat Ibnu Majah) dan diwaktu yang lain Rasulullah saw menangis sehingga basah janggutnya apabila membaca ayat 118 surah al-Maidah ini disebabkan mengenangkan nasib umatnya.

#Berkata Ibnu Hubairah dlm Zail Tabaqat al-Hanabilah:

“Antara perancangan jahat syaitan ialah menjauhkan hamba2 Allah daripada mentadabbur/memahami al-Quran kerana dia mengetahui bahawa petunjuk itu hadir apabila mentadabburnya”.

Maka dia membisikkan: Ini membahayakan (yakni cuba memahami maksud ayat yg dibaca)!

Hinggakan ada manusia yg akan berkata: “Aku tidak akan bercakap tentang al-Quran kerana warak”

-Inilah gambaran org yg sangka dia ‘warak’ tetapi sebenarnya dia ditipu oleh syaitan kerana tidak mahu memahami dan mengkaji al-Quran.

♡Dapat mentadabbur al-Quran adalah nikmat yang lazat. Biar sikit asalkan tadabbur kerana tujuan dibaca al-Quran adalah untuk difahami dan diamalkan♡

~Ramadhan Bulan al-Quran~

Komen dan Soalan