Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Hadis Sunnahnya Membaca Qunut

Hadis Sunnahnya Membaca Qunut

119
0
Iklan

🔴Bacaan qunut dalam solat witir ni ada hadis atau tidak? …baik dalam bulan ramadhan mahupun bulan selain ramadhan…

 

Jawapan:

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

 

42. Qiyam Ramadhan: Membaca qunut dalam solat witir.

ุนู„ูŽู‘ู…ูŽู†ูŠ ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ูŽู‘ู…ูŽ ูƒูŽู„ูู…ุงุชู ุฃู‚ูˆู„ูู‡ู†ูŽู‘ ููŠ ุงู„ูˆุชุฑู : ุงู„ู„ู‡ู…ูŽู‘ ุงู‡ุฏูู†ูŠ ููŠู…ู† ู‡ุฏูŽูŠู’ุชูŽ ุŒ ูˆุนุงููู†ููŠ ููŠู…ู† ุนุงููŠู’ุชูŽ ุŒ ูˆุชูˆู„ูŽู‘ู†ููŠ ููŠู…ู† ุชูˆู„ูŠู’ุชูŽ ุŒ ูˆุจุงุฑููƒู’ ู„ูŠ ููŠู…ุง ุฃุนุทูŠู’ุชูŽ ุŒ ูˆู‚ู†ูŠ ุดุฑูŽู‘ ู…ุง ู‚ุถูŠู’ุชูŽ ุŒ ูุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุชู‚ุถูŠ ูˆู„ุง ูŠูู‚ู’ุถูŽู‰ ุนู„ูŠู’ูƒูŽ ุŒ ูˆุฅูู†ูŽู‘ู‡ ู„ุง ูŠูŽุฐูู„ูู‘ ู…ู† ูˆุงู„ูŠู’ุชูŽ ุŒ ุชุจุงุฑูƒู’ุชูŽ ุฑุจูŽู‘ู†ุง ! ูˆุชุนุงู„ูŠู’ุชูŽ

ุงู„ุฑุงูˆูŠ : ุงู„ุญุณู† ุจู† ุนู„ูŠ ุจู† ุฃุจูŠ ุทุงู„ุจ | ุงู„ู…ุญุฏุซ : ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ | ุงู„ู…ุตุฏุฑ : ุณู†ู† ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ

ุงู„ุตูุญุฉ ุฃูˆ ุงู„ุฑู‚ู…: 464 | ุฎู„ุงุตุฉ ุญูƒู… ุงู„ู…ุญุฏุซ : ุญุณู† ู„ุง ู†ุนุฑูู‡ ุฅู„ุง ู…ู† ู‡ุฐุง ุงู„ูˆุฌู‡

Rasulullah ๏ทบ mengajarku tentang kalimat-kalimay yang aku ucapkan dalam witir: “Ya Allah! Beri petunjuk kepadaku sebagaimana orang yang Engkau beri petunjuk. Jagalah aku sebagaimana orang yang Engkau menjaganya. Peliharalah aku sebagaimana orang yang Engkau pemlihara. Berkatilah apa yang Engkau berikan kepadaku. Lindungilah aku daripada keburukanyang Engkau tetapkan. Kerana Engkaulah yang menetapkan, dan tiada sesuatu yang mengatur-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang mentaati-Mu. Maha Suci dan Maha Tinggi Engkau.” – Sunan At-Tirmidzi, no. 464. Kata At-Tirmidzi: Hasan, kami tidak mengetahuinya melainkan melalui jalur ini.

 

= = = = = = = = = =

 

Penjelasan:

 

1. Ini merupakan doa yang sepatutnya dibaca dalam qunut witir.

 

2. Menurut At-Tirmidzi, para `ulama’ berbeza pendapat tentang bila dibaca doa ini:

 

(a) Ibn Mas`ud berpendapat doa ini dibaca dalam solat witir sepanjang tahun, dan dibaca sebelum ruku`. Inilah juga pendapat Ats-Tsauri, Ibn Al-Mubarak, dan Ishaq.

 

(b) `Ali bin Abi Thalib pula tidak berqunut dalam witir, melainkan dalam separuh akhir Ramadhan, dan dibaca selepas ruku`. Inilah juga pendapat Asy-Syafi`i, dan Ahmad.

 

= = = = = = = = = =

 

Hashtag Telegram: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan