Utama Bilik (14) Tajwid & Tasmi' Sifat-sifat Huruf

Sifat-sifat Huruf

2617
0
Iklan

Sifat menurut bahasa: Adalah suatu keadaan yang menetap pada sesuatu yang lain.

Menurut istilah: Adalah keadaan yang baru datang yang berlaku bagi suatu huruf yang dibaca tepat keluar dari makhrajnya.

SIFAT HURUF BERLAWANAN

Sifat-sifat huruf yang berlawanan ada 5, ditambah lawan lagi 5 sifat, sehingga seluruhnya menjadi 10 sifat, iaitu:

1. جَهْرٌ (JAHAR) = Jelas  >  <  هَمْسُ (HAMAS) = Samar

3. شِدَّةٌ (SYIDDAH) = Kuat  >  <  رَخَاوَةٌ (Rakhawah) = Lunak

3. اِسْتِعْلاَءٌ (ISTI’LA’)= Terangkat  >  <  اِسْتِفَالٌ (ISTIFAL) = Turun

4. اِطْبَاقٌ (ITHBAQ) = Tertutup  >  <  اِنْفِتَاحٌ(INFITAH) = Terbuka

5. اِصْمَاتٌ (ISHMAT)= Diam  >  <  اِذْلاَقٌ (IDZLAQ) = Lancar

Huraian:

1.   جَهْرٌ (JAHAR) = Jelas

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan tidak berdesis dan nafas tertahan, sehingga bunyi terdengar lebih jelas dan bersih. Hurufnya ada 19; iaitu:

عَظُمَ وَزْنُ قَارِئٍ ذِيْ غَضٍّ جِدٍّ طَلَبَ

Sifat berlawanan:

هَمْسُ (HAMAS) = Samar.

Maksudnya ialah membuinyikan huruf dengan berdesis dan nafas terlepas, sehingga bunyi huruf terdengar agak samar. Hurufnya ada 10 iaitu:

 فَحَثَّهُ شَخْصٌ سَكَتَ

2.   شِدَّةٌ (SYIDDAH) = Kuat.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan suara tertahan dan lebih kuat tertahannya ketika mati atau waqaf. Hurufnya ada 8 iaitu:

 اَجِدُ قِطَّ بَكَتْ

Sifat berlawanan:

رَخَاوَةٌ (Rakhawah) = Lunak.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan suara terlepas, berlalu /berjalan beserta huruf itu. Hurufnya ada 16 iaitu:

خُذْ غَثَّ حَظَّ فّضَّ شُوْصٍ زَيَ سَاهٍ

3.   اِسْتِعْلاَءٌ (ISTI’LA’)= Terangkat.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan mengangkat pangkal lidah ke langit-langit mulut, sehingga bunyi huruf menjadi lebih tinggi, tebal dan berat. Hurufnya ada 7 iaitu :

خُصَّ ضّغْطٍ قِظْ

Sifat berlawanan:

اِسْتِفَالٌ (ISTIFAL) = turun.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan menurunkan pangkal lidah ke dasar lidah, sehingga bunyi huruf menjadi rendah, tipis dan ringan. Hurufnya ada 22 iaitu:

ثَبَتَ عِزُّ مَنْ يُجَوِّدُ حَرْفَهُ اِنْ سَلَّ شَكَا

4.   اِطْبَاقٌ (ITHBAQ) = Tertutup.

Maksudnya ialah membnyikan huruf dengan melengkungkan keliling lidah ke langit-langit mulut, sehingga bunyinya lebih besar dan berat. Hurufnya ada 4 iaitu:

 صَضْطَظَ

Sifat berlawanan:

اِنْفِتَاحٌ (INFITAH ) = Terbuka.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan pertengahan lidah terbuka (tidak melengkungkan keliling lidah ke langit-langit), sehingga bunyi huruf lebih kecil dan ringan. Hurufnya 25 iaitu:

 مَنْ اَخَذَ وَجَدَ سَعَةً فَزَكَا حَقٌّ لَهُ شُرْبُ غَيْثٍ

5. اِصْمَاتٌ (ISHMAT)= Diam atau menahan.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan berat dan tertahan. Hurufnya ada 23 iaitu:

 جَزُّ غِشَّ سَاخِطٍ صَدَّ ثِقَةٍ اِذْوَعَظَهُ يَحُضُّكَ

Sifat berlawanan:

اِذْلاَقٌ (IDZLAQ) = Lancar, ujung atau tajam. Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan ringan dan lancar. Hurufnya ada 6 iaitu:

 فَرَّ مِنْ لُبٍّ

Komen dan Soalan