Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Nazar

Nazar

258
0
Iklan

Bismillah…
Note 48 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

NAZAR

1. Pengertian :

1.1. Bermaksud perjanjian yang baik atau atau yg buruk, dari segi syara’ dikhususkan kepada perjanjian yang baik sahaja.

1.2. Nazar bermaksud membuat iltizam untuk melakukan sesuatu kebajikan yang tidak wajib dari segi syara’ sama ada dikaitkan dengan sesuatu ataupun tidak.

Allah SWT berfirman : “Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya.”
Surah Al Hajj : 29

2. Al Sunnah :

Aisyah R. Anha memberitahu Nabi SAW penah bersabda : “Sesiapa bernazar mentaati Allah, hendaklah dia mentaatinya, dan sesiapa bernazar untuk berbuat maksiat terhadap Allah, janganlah dia melakukannya.”
Riwayat Al Bukhari : 6318

3. Hukum Nazar :
Nazar ialah jenis ibadah yang disyaratkan untuk mendampingi Allah. Seseorang itu afdal terus melakukan ibadah yang dikehendaki tanpa membuat iltizam dengan bernazar.

4. Jenis Nazar dan Hukumnya :

4.1. Nazar bantahan iaitu membuat nazar yang didorong oleh perasaan marah ketika berlaku pertengkaran.

Contonhya : Jika aku bercakap dengan seseorang, wajiblah aku berpuasa kerana Allah selama sebulan.”

Wajib baginya menunaikan atau membayar denda sumpah.

4.2. Nazar balasan iaitu nazar akan melakukan sesuatu amal kebajikan sekiranya tujuan yang dihajatinya itu tercapai.

Contohnya : Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitnya dia wajib melaksanakan iltizamnya.

4.3. Nazar semata-mata iaitu nazar akan melakukan amal kebajikan tanpa berkaitan dengan sebarang sebab sama ada hajatnya tercapai atau disebabkan kemarahan.
 Contohnya : “Wajiblah ke atasku berpuasa pada hari kamis kerana Allah.”

Nazar tersebut wajib dilaksanakan.

5. Syarat-syarat Nazar :

5.1. Islam : Nazar tidak sah dilakukan oleh orang kafir disebabkan dia bukan ahli dalam mendapat kebajikan.

5.2. Mukallaf : Nazar kanak-kanak dan orang gila tidak sah kerana kedua duanua tidak berkelayakan membuat iltizam.

5.3. Kerelaan Diri : Tidak sah nazar orang yang dipaksa melakukannya.

5.4. Perkara yang dinazarkan:

5.4.1. Perkara kebajikan : tiada nazar bagi perkara yang harus iaitu perbuatan yang tidak menyebabkan pahala arau dosa sekiranya dibuat atau ditinggalkan.

5.4.2. Bukan Fardhu Ain : seseorang bernazar utk solat zuhur atau mengeluarkan zakat hartanya, nazarnya adalah batal. Kerana nazar tersebut tidak memberi sebarang kesan yang baru kepada perkara yang dinazarkan ini disebabkan ia memang telah wajib pada asalnya atas orang berkenaan tanpa bernazar.

6. Nazar Yang Sah :

6.1. Beriltizam melakukan sesuatu ibadah mestilah dilaksanakan menepati nama ibadah tersebut dari aegi syara sama ada yang dinazarkan itu ialah solat, puasa, sedekah dan lain-lain.

6.2. Dinazarkan bagi bilangan rakaatnya atau secara duduj, dia wajib beriltizam dengan kadar dan cara yang ditetapkan.

6.3. Bernazar puasa semata mata maka sekurangnya yang dinamakan puasa ialah sehari.

6.4. Bernazar sedekah ianya mestilah dikeluarkan daripada miliknya yang boleh dinamakan harta dan diberikan kepada golongan penerima zakat seperti fakir dan miskin.

Berdasarkan hadith daripada Uqbahbbin Amir R.A katanya : “Saudara perempuanku bernazar mengunjungi Baitullah dengan berjalan kaki dan meminta aku mendapatkan fatwa untuknya daripada Nabi SAW. Setelah aku meminta fatwanya, Baginda pun bersabda : “Dia hendaklah berjalan atau menaiki kenderaan.”
Riwayat Al Bukhari : 1767
Muslim : 1644

Komen dan Soalan