Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.02 #240215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.02 #240215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

156
0

#240215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 01.02 Pembahagian Diskusi Ulum Al-Hadits

Susunan: BroSyarief

Perbincangan tentang Ulum al-Hadits (Sciences of Hadits) biasanya terbahagi kepada tiga perspektif utama:

1. Pengenalan

Membincangkan prinsip-prinsip asas Ulum alHadits, kepentingan dan perkembangannya, istilah-istilah asas, kedudukan sunnah dalam syariat, hubung-kait sunnah dengan alQuran, dll.

2. Ilmu Riwayah alHadits

Ilmu Riwayah adalah cabang dalam ulum hadith yang membicarakan berkenaan pemeliharaan hadith dengan hafazan terutamanya, serta pembukuannya, serta periwayatannya, seperti menghafaz hadith di dada (di minda), serta mengenal fiqh bagi matan hadith itu, serta makna-makna lafaz-lafaznya, serta semakan riwayat itu dari kesilapan tahrif serta semisal.

3. Ilmu Dirayah alHadits

Ilmu Dirayah pula ialah cabang ulum hadith bagi mengenal serta menyemak perihal sanad dan matan hadith dari segi penerimaan (qabul) dan penolakan (radd). Misalnya ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, ilmu al-‘Ilal, qawaid-qawaid, mustolah, serta manhaj para huffaz.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan